Tahun 2016

Assalamualaikum,

berkorbanlah sedikit data mobile demi untuk update blog. memandangkan wifi tidak dapat disambungkan ke kampung saya sebab kabel telefon tak ada. nak soh orang tm pasangkan macam tak berbaloi betul. haih kaya betul orang kampung saya nie, tak guna telefon rumah :p 

seperti yang saya pernah bagitahu bahawasanya saya akan berpindah ke Johor pada 2 Jan. and now saya memang di Johor. 100% tinggal di Johor, kembali ke tempat lahir asal setalah 19 tahun bermastautin di negeri orang, Selangor. Actually, saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri saya kali ini. bantai je lah. hahaha... apa-apa pun saya nak ucapkan HAPPY NEW YEAR. masih belum terlambat lagi kan? hahaha lantokkk!!

saya tak mahu lah nak imbas kembali tahun 2015 yang memang merupakan tahun yang memang amat-amat bersejarah and tak akan dilupakan especially for my family. takut kang saya menangis sambil menaip nie kang. hehehe. harapan saya semoga apa yang berlaku tahun lepas menjadi kekuatan and iktibar buat kami sekeluarga untuk teruskan hidup. okay the end. hahaha. tak mahu lah sedih-sedih (saya sorang je T-T

ahad nie saya akan kembali menyambung pengajian saya. fuh cuaknya nak masuk sem 4 nie. bakal berdepan dengan subjek killer yang memang killer lah. antaranya math bisnes, pekaunan dan sebagainya. paling saya cuak, get ready untuk survey tempat praktikal untuk sem 5 nanti. huhuhu itu lah yang saya takut. oh lupa plak, ada lagi satu perkara yang saya takut jugak iaitu ..... jeng jeng jeng, MUET!!!! hahaha kemain jeng jeng. tapi betul apa. cuak tau dengan orang kata susah. huhuhu. kolej saya memang boleh graduate tanpa muet. boleh je kalau saya tak mahu amek tapi saya plan nak sambung degree nanti perlukan muet lagi-lagi universiti. fuhhh bukan calang-calang band dorang nak. takut saya. huhuhu doakan saya tau. buat korang yang akan amek muet macam saya nie sama-sama lah kita berusaha ye. all the best :)

saya share sedikit perkembangan pasal family saya. buat masa ni ibu tak keje lagi. ibu belum pikir tentang tu lagi. nak fokus pada urusan kami adik-beradik tambahan pula saya nak balik kuim ahad ni and adek perempuan saya tu akan daftar masuk Kolej Vokasional Jasin pada 26 Jan nanti.  adek saya amek bidang pastry and bakery. adakah dia minat? dah tentu tak. nie pon cuba-cuba je. alhamdulillah rezeki dia. time temu duga hari tu rasa macam tak yakin je dapat sebab dia jawab merapu. soalan bertulis betul 1/5. lisan pulak jawab merepek. boleh pula orang tu tanya kenapa pilih kos ini, dia jawab sebab kos ni nampak paling mudah. hahaha. lurus betul adek aku ni. jawab dengan jujur. apa-apa pon tahniah! huhuhu :)

adek bongsu saya masuk Maahad Tahfiz Al-Quran Muhammady (maaf andai salah eja) dekat kundang ulu. kalau nak kesana amek masa lebih kurang setengah jam kot. pilihan ibu lah. adek tu tak ada lah nak mana pon. dia kalau boleh nak masuk sekolah menengah biasa je. tapi memang dah jadi harapan ibu and arwah ayah nak anak-anak masuk tahfiz. kitorang yang lain dah terlepas. tinggal adek je. jadi tu yang masukkan adek kat situ. lagipon tahfiz tu antara yang paling dekat dengan kampung. memang minggu awal masuk tu dia tak nak. siap bawa semua barang dia time kitorang datang melawat tu. nak berhenti katanya. ibu terpaksa mintak excuse dekat pengetua untuk bawak dia balik untuk pujuk dia. alhamdulillah sekarang dia dah okay. sabtu lepas tu, dia tak ada bawak barang nak berhenti. just bawak baju kotor untuk dibasuh. hohoho. apa pujukan ibu pada dia?! ibu kata biasa lah tu memang tak seronok dok asrama, memang akan nangis sebab rindu family. ibu siap pancing adek lagi dengan kata saya and abang dia (adek bawah saya) pon menangis jugak time masuk asrama. mashitah nanti masuk vokasional pon akan nangis. bila ibu kata macam tu, dia boleh terima sikit. haish ibu nie jatuh lah maruah akak. huhuhu

selfie sebelum hantar adek ke tahfiz 

adek bawah saya tu tunggu result STAM hari khamis nie. harap cemerlang lah. tak tahu lah ape plan dia lepas nie. ada tanda-tanda yang dia tak mahu belajar dah. entah lah. harapkan dengan stam nie dapat lah beri sedikit petunjuk buat dia. saya rasa dia sebenarnya dah tak nak belajar sebab fikirkan duit nanti. macam mana ibu nak tanggung kitorang kan. ibu tak keje, tanggung kami lagi yang masih belajar, atuk nenek lagi. bila tanya pada ibu, ibu cakap in shaa allah rezeki itu ada. kita yakin je pada allah. huhuhu no komen. saya tahu ibu tengah susah hati sebenarnya. ya allah mudahkan segalanya. 

apa lagi yang saya nak cerita ye?! hmm rasanya itu je kot. just nak meluahkan rasa. doakan kami ye. hehehe. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. kata-kata itu saya gunakan setiap kali rasa down. berusaha untuk redha. setiap kali keluar masuk kampung mesti lalu kubur tempat ayah ditanam, memang sedih, serius sedih. tak kuat hati ni bila pikir. tapi ibu lagi rasa sedih dengan tanggungjawab yang ibu pikul. jadi saya kena kuat untuk ibu dan adik-adik. huhuhu maaf lah saya buat drama sedih pula kat sini. sampai setakat ini sahaja. kang lagi melalut plak saya membebel. 

19/1/16

p/s : adek kata aku dah boleh kawen sebab dah 20 tahun. haippp ke situ pulak dia. tapikan terdetik juga kat hati nie sapa lah bakal zauj ku ini?! hahaha :) berangan sudah 

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin