Posts

Showing posts from 2015

Tamat Sem 3

Image
Assalamualaikum, apa khabar semua? dah lama tak update blog. itu je lah ayat saya setiap kali pos entri kan. hehehe. saya start cuti pada 3 Dis tu. itu pon sebab saya antara kos yang habis exam awal. abis exam awal, balik awal lah. pejam celik pejam celik dah 3 sem dah saya nie. tinggal 3 sem lagi, lebih kurang sethn lebih lah. excited lah pulak nak habiskan diploma nie. hehehe. harap result sem nie bagus lah. kalau boleh nak kekalkan pointer tu walaupun rasa macam mustahil je sem nie sebab saya banyak main-main. huhuhu takutnya nak tunggu result. 2 minggu lebih sudah cuti sem saya. seperti cuti sem sebelum nie, saya tak akan mereput diri di rumah. bekerja lah kan apa lagi. kalau ikutkan saya plan, cuti sem nie saya tak nak kerja lah sebab nak tolong ibu kemas rumah memandangkan kami akan berpindah awal tahun nanti.  allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk saya. ditakdirkan kakak supervisor saya tu call saya untuk tawarkan saya bekerja. saya dah maklumkan pada dia hal y

Final Exam is Coming

Image
Assalamualaikum, Disaat sahabat seperjuangan lain sedang berjimba dengan cuti sem, saya disini sedang berjuang untuk menghabiskan pengajian saya semester 3 nie. ececeh macam lah kau sorang je. hehehe. apabila saya update blog, bermakna saya di rumah. balik untuk ape? entah lah sebab dah lama tak balik? ke balik sebab cuti deepavali? or sebab homesick? semua itu salah. sebabnya adalah saya nak amek restu untuk exam nanti. hahaha :p okay tipu je. saya sendiri masih samar-samar lagi bila tarikh final exam. yang pasti bulan nie (#kelakarama). tak silap 20 lebih macam tu lah. waktu orang lain dah nak sambung balik belajar. hehehe. biasa lah saya kan special (muntah hijau kejap)  Hari nie dah masuk sebulan seminggu 2 hari dan berapa jam, minit, saat entah lah pemergian ayah. sekejap masa berlalu. rasanya macam baru semalam jumpa ayah kat hospital. okay tak mahu lah sedih-sedih kat sini. haish anis nie suka sangat buat suasana syahdu kat sini. in shaa allah menurut ibu saya, kami ak

Tamat Cuti Midsem

Image
assalamualaikum, hahaha kemain besar lagi gambar emoji sedih saya. nie menggambarkan ape yang saya rasa. ceh tak boleh blah pulak. hari ahad nie saya akn pulang ke melaka and kembali rutin harian sebagai seorang mahasiswi. cepatnya masa berlalu. ececeh tak bersyukur betul. waktu awal cuti tu rasa macam lama pulak. nie dah nak abis cuti rasa sekejap. manusia biasa lah tak penah rasa bersyukur. saya lah tu siapa lagi. tak tahu apa mimpi saya nak update blog malam buta nie tapi itu lah tangan nie rasa gatal pulak nak menaip. padahal tak ada benda penting pon nak cakap.  macam biasa buku hanya dibawa untuk hiasan. sentuh and bukak tapi tak baca. haiyo anis! dah lah lepas cuti nie berderet exam midterm. dengan presentation lagi. slide tak prepare lagi. maklumlah belum turn diri ini untuk present plus jenis buat last minute. ish tak patut. ubahlah sikap anis oi. sorry lah ye. saya rasa mesti ada yang rasa annoying baca blog saya nie. hehehe ade ke orang nak baca?! argh peduli lah. h

Pemergian Ayah

Image
assalamualaikum, siapa sangka pertemuan dengan ayah waktu cuti hari raya haji merupakan pertemuan terakhir? terutama sekali buat kami adik-beradik. termasuk hari ini sudah seminggu 4 hari ayah pergi tinggalkan kami sekeluarga. ayah menghembuskan nafas terakhir pada 1 OKTOBER 2015  pada jam 5:05 petang di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) . pada hari khamis itu, adik saya bagitahu yang ibu suruh saya doakan ayah sebab ayah masuk ICU. time tu memang saya dah risau sebab setahu saya kalau ICU ni antara hidup dan mati tapi saya sangka baik je lah mungkin tak ada apa yang akan jadi. doktor just nak check ayah and then ayah masuk wad seperti biasa. saya pun buat biasa je lah. kemudian pukul 5 lebih gitu, makcik saya call suruh packing barang sebab dia nak datang ambil. saya dah pelik dah kenapa kena balik? sedangkan ibu pun tak ada call suruh saya balik tapi saya diam je lah. packing je barang. time tu kebetulan saya tengah siap-siap nak pegi keluar makan. so memang dah siap

Raya 2015

Image
assalamualaikum, rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya wish kat korang. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . maap andai sepanjang saya bergelar blogger ni ada post saya yg buat korang meluat ke terasa hati ke kan. kosong-kosong ye. hehehe. hampir 2 bulan saya tak update blog. last entry saya bulan 5. wow lamanya. hahaha ececeh bukannya ade orang pon yang menanti saya update kan. lebih kurang 2 bulan lebih saya bercuti. ahad nie saya akan sambung pengajian saya semula. huhuhu takutnya. tak mahu masuk sem3. hahaha itu lah padahnya lama sangat bercuti. hehehe cuti sekejap pon sama je tak mahu balik jugak. haih tak tahu bersyukur betul. raya tahun nie tak ada istimewa mana. saya beraya kat shah alam je. kenapa? ayah masuk hospital, kena tahan wad. sampai sekarang tak keluar lagi. in shaa allah hujung bulan nie keluar lah. ayah start masuk wad 1 julai tu. memang ayah selalu ke hospital ambil darah. kadang tu kena tahan juga sebab darah tak cukup ke paras

Mereput

Image
assalamualaikum, setelah sekian lama saya asyik tangguh-tangguhkan nak update blog. akhirnya, hari ini saya memaksa juga diri ini untuk update. hahaha. actually tak ada benda penting pun tapi bila dah berniat nak update, kenalah tunaikan. bukannya tak online pun. hampir setiap hari saya online and buka blog lagi tapi dok baca entri orang lain. tangan ni berat betul nak tekan button 'create post' tu. jadi, aktiviti saya untuk cuti sem kali ini adalah mereput di rumah sambil menternak lemak. haih dah banyak dah terkumpul di badan nie. belum pergi timbang lagi nie. tak sanggup aih. huhuhu :3 kumpul lemak sanggup pulak. okay, pada awalnya memang saya nak kerja tapi tak dapat. tempat yang saya kerja dulu tu saya dah mintak tapi tak dapat. boleh je saya kerja tapi tak berbaloi lah sebab sebulan je saya kerja. sekarang nie major orang nak carik pekerja untuk bulan puasa. itu agak payah tu.  okay, tak apa lah saya boleh terima *padahal dalam hati ni sedih gila bagai ditus

Jamuan Ustaz Asree

Image
Assalamualaikum, sedang orang lain diulit mimpi, saya berjaga untuk update blog. hahaha actually tadi selepas maghrib saya tertidur. kononnya nak tidur sekejap sementara menunggu azan isyak. sekali terlajak sampai pukul 10:30. so, sekarang tengah segar bugar mata ni. family saya semua dah tidur. ye lah esok sekolah and hari bekerja kan. saya pun bekerja juga, ternak lemak di badan ni hah. hahaha :) okay hambar anis.  saya rasa ada lagi yang belum tidur nie. sama-sama lah kita menjadi burung hantu malam ni. hiksss :p jamuan nie dianjurkan oleh ustaz saya, pensyarah subjek Bahasa Arab kita orang. saje dia nak buat makan-makan sikit dengan kita orang, share rezeki bersama katanya. kita orang bab-bab makanan nie on sahaja lagi-lagi free kan. hahaha. lagipun dah 2 sem ustaz ajar kita orang. so, anggap jamuan ni sebagai tanda perpisahan lah kot sebab sem akan datang dah tak jumpa ustaz juga. buat pengetahuan korang, dekat KUIM ni semua pelajar wajib ambil bahasa arab kecuali kos yang

Tamat Sem 2

Image
assalamualaikum apa khabar semua? dah lama saya tak update blog. pejam celik pejam celik dah nak hujung bulan april. tamat semester 2 saya selama 5 bulan. ya allah, cepatnya masa berlalu. tak sangka saya dah 2 sem dekat Kolej Universiti Islam Melaka. and paling tak sangka saya dah 19 tahun. hahaha perlu ke mention umur tu?! tahun depan 20 tahun. huarghhhh dah tua dah aku rupanya. takutnya nak menginjak umur 20-an nie.  Final exam mula pada 6 April sehingga 24 April. Paper saya mula 10 April and habis 23 April. petang last paper tu saya balik. nampak tak semangat?! hahaha. actually saya nak balik esoknya tapi nak elakkan jem tu ibu nak ambil hari khamis tu jugak. hmmm tak kesah lah yang penting final exam dah tamat. hehehe sem 2 ni agak mencabar sikit berbanding sem 1. mesti lah kan sebab sem 1 'budak' lagi. hahaha budak lah sangat. banyak lah juga dugaan. dengan assignments nya, presentation nya. hahaha normal lah kan hidup sebagai seorang pelajar. alhamdulillah a

Dinner KMKS

Image
assalamualaikum, apa khabar semua? dah lama saya tak update blog. miss me?! hahahaha. krik krik lah jawabnya. mana ada orang baca blog saya nie. huhuhu T-T setelah lebih kurang sebulan lebih saya tak balik, akhirnya minggu nie berpeluang untuk saya pulang ke rumah tercinta. ececeh. pengalaman pertama buat saya telah berlaku malam tadi. yang mana first time saya amek bas malam and nasib tak berapa baik bas yang saya naiki tu rosak, engine nya rosak. lama lah jugak tunggu bas ganti, 2 jam lebih. hmmm pengalaman yang tak boleh dilupakan. alhamdulillah sampai rumah pukul 1:30 pagi. bas saya bertolak pukul 8:30 malam. then stuck kat pedas pukul 9 lebih lah. pukul 12 malam naik bas ganti. hehehe. banyak dugaanya. tapi walau apa pun, saya tak mahu lah salahkan agensi bas tu. memang tak jangka benda nak berlaku kan, redha je lah. yang penting, saya selamat sampai ke rumah. balik sebelum final exam berlaku. hehehe. so entri saya kali ni saya nak share pasal program dinner yang dianjurk

Cuti Midsem

Image
assalamualaikum, sudah lama saya tak update blog. miss me? hmmm memang krik krik lah. mana ada orang jenguk blog saya nie. saya tengok graf orang view blog saya pon menurun habis lah. ye lah dah tak update kan memang lah tak ada orang jenguk.  pejam celik pejam celik dah masuk bulan februari. dah sem 2 dah saya nie. and paling sukar saya nak percaya adalah saya dah berumur 19 tahun. tahun depan 20 tahun. ya allah, nak menginjak umur 20 tahun itu buat saya rasa takut pulak. tak tahu lah kenapa. rasa macam saya tak percaya yang saya dah besar. hehehe maklumlah saya anak sulung. adik bomgsu pon baru umur 12 tahun. so rasa diri ini masih muda lagi. hahaha 10 FEBRUARI , genap umur saya 19 tahun. jangan lupa sediakan hadiah untuk saya tau. hohoho perasan sudah. sekarang nie saya tengah cuti midsem. seminggu je. haish tak sabar nak habiskan sem 2. hehehe. amboi jauh mengelamun. assignments banyak. menanti kau untuk siapkan. aduh, malasnya! hopefully, sem 2 nie lagi better result