Sambung Belajar

assalamualaikum, semua

setelah sekian lama saya menyepi, kini saya kembali *poyo je*. alhamdulillah, 18 tahun sudah saya di bumi ini. dah nak masuk ke alam universiti. tak sangka saya dah besar. bukan budak sekolah lagi dah. bakal mahasiswi insyallah. kadang-kadang tu saya terfikir, betul ke saya bakal masuk universiti? bakal berjauhan dengan keluarga? berdikari sendiri. semuanya sendiri. rasa macam tak percaya saya dah besar. rasa macam semalam baru masuk tadika lah. hahaha. teruk sangat lah tu. memandangkan saya anak sulung dalam keluarga saya, kita orang memang tak ada pengalaman lah kan. tanyalah kawan-kawan, saudara-mara ke jiran-jiran kan. hehehe. tak salah tanya pendapat orang kan?! 

okay, saya pasti ramai yang dah masuk universiti dah ataupun bakal masuk nanti macam saya. tak pun ada yang sambung form 6 and amek matrik. good luck semua. semoga kita semua berjaya dan mencapai impian kita semua. insyallah, 2 JUN 2014 saya akan mendaftar. dekat mana?! Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

bakal merantau ke melaka sana lorh. actually, saya tak dapat tawaran UPU. sebabnya?! maybe bukan rezeki saya kot. saya buat lah rayuan. tak tahu lah keluar bila. so, sementara waktu nie saya masuk dulu KUIM nie tapi saya rasa andai rayuan saya diterima, saya tak ambil kot. 

pasti korang tertanya-tanya apa universiti yang minta tu? yang saya ingat saya mintak USIM. UNISZA, UIAM, POLITEKNIK dan UPSI. kenapa tak mohon UiTM?! soalan tu selalu orang tanya pada saya. hmm, jawapan saya senang je. tak ada bidang saya. bidang apa? saya ambil bidang agama. "ohhh okay" itu lah jawapan diorang. rayuan pulak, saya amek dua-dua tu UNISZA. ada kawan saya marah kenapa amek tu lagi kalau dah tahu tak akan dapat. saya cakap je lah saje je. hahaha. dah saya minat bidang agama, bidang tu lah yang saya nak. huhuhu T_T

matrik?! saya dapat kat perak bidang akaun. kenapa tak pergi? saya tak minat. kalau tak minat, macam mana boleh dapat? saya yang mohon. dah tu kenapa mohon kalau dah tak nak? saje je. hehe. actually, ikut kawan and cikgu pon suggest kan mohon je. macam nie lah maybe ada yang tak tahu saya amek aliran apa waktu sekolah dulu. saya aliran SAINS & AGAMA. maksudnya saya amek semua subjek sains tu fizik, kimia, biologi and addmath. agama pulak bahasa arab tinggi, pendidikan syariah islamiah and pendidikan al-quran & as-sunnah. jujur saya kata saya tak minat sains. minat saya ke arah bidang agama. sebab itu saya amek bidang agama.

bila saya tak dapat upu nie, saya rasa macam down lah. ye lah ade kawan saya yang result bawah sikit daripada saya dapat tapi saya tak dapat. maybe betul lah kata orang kan. tak semestinya yang dapat cemerlang tu dapat masuk universiti or matrik. itu lah yang berlaku pada saya. tapi tak apelah bukan rezeki saya. ada hikmah disebalik nie kan.

waktu tu, memang saya frust. jadi nak hilangkan frust saya, saya malas nak fikir benda tu and fokus pada kerja saya (itulah salah satu cara saya hilang stres)  ramai pertikaikan kenapa nak amek matrik? saya diam je lah. dorang tak faham. ibu lah yang banyak bantu saya. ibu yang tolong saya carik mana-mana tempat nak sambung. kolej swasta lah kan. KUIM nie pon ibu yang cadangkan. thanks to ibu. 

selain KUIM, saya mohon Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) and Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kat kedah. alhamdulillah dapat dua-dua tu. setelah bincang dengan parents and tengok kosnya. saya amek KUIM lah sebab paling murah antara tiga tu. pendaftaran RM300 lebih lah. saya tak ingat harganya. yurang pengajian dalam 3 tahun tu RM16 ribu lebih termasuk asrama and ada pinjaman PTPTN.  KUIM nie dekat lah sikit berbanding insaniah tu. memang KUIS paling dekat tapi kos sara hidup tinggi. 

oh ya, saya amek DIPLOMA KEWANGAN SYARIAH. minat ke? sikit lah kot. hahaha. saya dah fikir masak-masak and berdoa moga keputusan ini adalah yang terbaik. alhamdulillah gerak hati saya nak ke situ. hehehe. doakan saya ye :))


28/05/14

Stop saying "I Wish", Start saying "I Will"

Comments

  1. Salam, saya nak tanya kuim ni ada mcm kelas mengaji Al- Quran atau sama mcm ipt lain pembelajarannya?

    ReplyDelete
  2. Salam, saya nak tanya kuim ni ada kelas mengaji Al-Quran ke atau sama mcm belajar kat ipt lain ?

    ReplyDelete
  3. @Alif haiqal wasalam, hmmm saya tak berapa psti ttg itu. yg saya tahu kuim mmg ade tawarkan kos tahfiz al-quran. klo awak nak tahu lebih lanjut, better rujuk pd web kuim lah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum . Klau amek bidang syariah bi dapat D still boleh mohon ke . ?,

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum , klu nk amek bidang syariah bi wajib dapat kepujian ea . ?, Kalau dpt D xleh ea ?,.,Emm..emm... Minat bidan syariah ....

    ReplyDelete
  6. hai kak anis, saya nak tanya belajar kat kuim best tak? saya ingat saya nak masuk situ

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum, kak anis saya nak tanya kuim best tak? saya ingat nak masuk situ.hehe

    ReplyDelete
  8. @Fairuz Bee Osman waalaikumussalam. maap krn reply lmbt. x silap saya boleh mohon bidang syariah walaupun bi x dpt kepujian. utk kepastian, lebih baik awak rujuk pd protal kuim. dkt situ ade disertakan syarat utk mohon.

    ReplyDelete
  9. @tiyurma siregar waalaikummusalam, maap krn reply lmbt. kita x tau nak kata best ke x lah. hehehe setiap tmpt ade lebih ade kurg. pd kita, best lah jgk msok kuim. yg penting kurg lebih pd kuim, kita kne trima dgn hati yg terbuka :)

    ReplyDelete
  10. Wahh, okok. Akak tinggal berapa tahun? Kite dilema laa sama ade nak amik stpm atau diploma :(

    ReplyDelete
  11. @tiyurma siregar skrg kita sem 4. so tinggal setahun lagi. ohh klo mcm tu kne pikir btol2 tu. cuba bincang dgn parents mcm mana :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum akak. saya keliru tk tahu nk apply jurusan apa.. sama ada bidang jurusan dip syariah atau dip kewangan syariah.

    ReplyDelete
  13. dekat kuim xboleh pakai shawl ke?

    ReplyDelete
  14. @Dihaz Haras waalaikumusalam. boleh je pakai. yg penting kne pandai lilit lah. means kne tutup dada sume tu. hehehe

    ReplyDelete
  15. assalamaualaikum, nak tanya ni, kalau nak isi borang permohonan tu kene tggu reslut spm sebenar eh? and then, okay tak pengalaman sis kat KUIM tu ?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum , kak nak tanya , dekat kuim nanti , bila sesorang pelajar tu boleh bawa kenderaan sendiri ? dah bbrpa hari belajar , bleh ke nak bawa kenderaan sendiri ? lagi satu , kalau pelajar tu duduk area situ je , kalau taknak tinggal asrama boleh ke ? atau kena 1 tahun dulu di asrama ? terima kasih hee .

    ReplyDelete
  17. @Syhm Adwshh Waalaikumusalam. Maap reply komen lambat. Baru dpt bukak blog. Berkenaan bwk kenderaan sndiri ni boleh. yg penting awak pergi kat pejabat hepa utk isi borang and dptkan sticker kenderaan kuim. Berkenaan asrama, tak ada masalah kalo duduk luar memandangkan rumah awak area situ je. kne maklumkan pihak hepa utk permohonan duduk luar. Mintak maaf andai jwpn saya ni tersalah or x memuaskan sbb saya tak berapa pasti tentang perkembangan skrg. takut ada perubahan ke ape kan.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...saya dari aliran sains tulen, boleh x sambung diploma pengajian islam dekat kuim?

    ReplyDelete
  19. @zayn Waalaikumusalam. Boleh je. Saya sndiri asal dari sains tulen. Asalkan result awak menepati kelayakan kos yg awak nak. Boleh refer kat laman web KUIM utk tgk syarat kelayakan tu ye :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.akak boleh ajar tak macam mana nak mohon kuim tu secara online terima kasih.

    ReplyDelete
  21. @AnonymousWaalaikumusalam. Boleh. Mudah je caranya. Awak pergi ke laman web rasmi kuim and daftar online dekat situ. Tak pun awak download borang2 pendaftaran and the pos or faks ke kuim. Boran tu semua boleh dapat dekat situ. Harap jwpn ni dpt membantu lah ye.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum kak . Nak tanya, nanti bila masuk rumsis . Kita boleh pilih mana yg kita nak ke ? Roomate kita boleh pilih juga ke ?

    ReplyDelete
  23. @AnonymousWaalaikumusalam. Kalo time kita dlu, depends pada felo asrama. kdg tu dia akn campurkan dgn kos2 lain.tapi kalo awak nak tukar bilik, try bincang dgn felo. Mgkin akn dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  24. spm xambik bidang agama...bahasa arab xde...boleh masuk untk diploma usuluddin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti tentang tu. boleh check pd web KUIM.

      Delete
  25. Assalamualaikum akak , dekat kuim perempuan xboleh pakai seluar ke ? maaf kalau soalan saya pelik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Biasanya kalau berseluar ni time hari bersukan. Kalau hari kuliah ke masuk kawasan kolej tak boleh pakai seluar.

      Delete
  26. Assalamualaikum , akak saya nak tanya . di kuim boleh pakai seluar tak mcm seluar slack dengan blouse untuk pergi ke kelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. kalau blouse tu boleh tapi yg longgar and labuh. and then tak boleh berseluar melainkan kalau baju korporat kos yang berseluar boleh.

      Delete
  27. Selepas tamat diploma di kuim, boleh smbg ijazah UA tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh if menepati syarat untuk mohon kos yg awk minat tu. tak ada masalah.

      Delete
  28. Assalamualaikum kak...saya ngan kawan saya still tertanya2 klau kt kuim ade iron ke x or kitorang kene bwak sniri?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum kak...kt kuim ade diorang sdiakn iron ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. tak ada. iron bawak sendiri

      Delete
    2. assalamualaikum kak...asrama lelaki kat kuim mcm mne erk?1 rumah ade berpe bilik?ada kemudahan ape je?dri asrama ke kolej jauh ke?ade bus disedeiakan tk

      Delete
    3. 1 rumah tu ade 2 tandas. satu tandas. satu bilik mandi. yg kita tau kalau asrama dalam kuim tak jauh pun. jalan kaki sampai tapi disebabkan asrama dh bertambah jadi kita tak tahu kot ada asrama lelaki yg lain. setakat yg kita tahu, asrama lelaki ade 2 blok saje.

      Delete
  30. Assalamualaikum kak nak tanya. Rumsis ni katil dia single bed atau double decker ya? And asrama untuk degree dan pelajar diploma campur ke? Satu lagi sampai semester berapa ya boleh tinggal di rumsis? Ada had tak ataupun boleh tinggal situ sampai last sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. berkenaan tu katil double decker. depends jgk pada kos. kalau skrg, kita tak tahu mcm mna kedudukan dorg. tapi time kita dulu ada setgh kos campur degree dan diploma. biasanya dpt duduk asrama untuk diploma dari sem 1-3. kita dulu sampai sem 6 duduk asrama tapi asrama luar kuim. kalau degree biasanya sem 1 je. tapi mcm kita bagitau yang itu berdasarkan pengalaman kita dulu sebab dah 2 thn graduated. so, mungkin rumsis ada buat perubahan lain memandangkan kita dengar kuim baru bukak asrama baru. so, awak better try call pihak sana utk lebih kepastian.

      Delete
  31. Kalau sambung asasi di kuim boleh sambung degree kt ipta ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak silap saya. ikut kos yg nak ambil nanti tapi better rujuk pihak pentadbiran sebab saya dah lama habis belajar

      Delete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Selesai Divaksin

Memories of 2018