Tak Sihat

assalamualaikum, semua

apa khabar, semua? hope korang semua sihat lah ya. saya tak berapa nak sihat. nak kata demam tak lah jugak. just selesama dan sakit kepala. tapi alhamdulillah lepas makan ubat paracetamol, kurang sikit sakit kepalanya. start selesama semalam lah. tak tahu lah kenapa. allah nak uji kot. doakan saya cepat sembuh ya.

memandangkan saya tak kena PLKN dan ambil lesen pun rasanya lambat lagi, saya cadang nak kerja. tapi tu lah masalah saya, PEMALU. ada kawan mak saya offer kerja. kerja kilang coklat. kebetulan dia kekosongan kerja dan orang tu nak perempuan. so, ibu tanya saya. rasanya saya nak. try lah dulu cari pengalaman hidup. memang rasa cuak lah jugak sebab tak ada kawan kan. tapi tak apalah. cubalah dulu. orang tu kata hari isnin datang lah.

ibu perli saya. "aik, terus demam ke bila kena kerja?" mana ada. kena semalam kot. ibu nie, kesitu pulak. esok, ibu nak bawa saya pergi survey. tengok lah jalan nak kesana. doakan saya okay. cepat sembuh. mudah-mudahan allah permudahkan urusan saya. and dijauhi daripada perkara yang tidak baik. wish me wish me >.<

oh ya kilang coklat tu namanya Fidani Chocolate. korang boleh tengok pada laman web dia :

okaylah. sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaflah kalau simple sangat. tak sihat lorh. have a nice day. good luck buat korang yang akan kembali ke sekolah minggu depan. belajar rajin-rajin, okay :) assalamualaikum.

27/12/13

Comments

  1. alololo ciannye x sihat...skrg msti ko dh sihat kn :D dpt ke keje tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin