3 in 1

assalamualaikum, semua

ape khabar, kawan-kawan ?? hehehe. kalau ikutkan hati, saya nak je sambung tidur nie. ngantuk kot. maklumlah sekolah ganti hari nie. kena lah pergi jugak. so, saya tak tahu lah dah berapa lama saya tak update blog. rasanya dah nak dekat sebulan kot. entah lah. hari ini, saya free plus rajin plus good mood. jadi saya pon mengrajinkan diri untuk update blog. so, ape cerita. adik perempuan saya tu dah tak sabar nak merdeka tu. UPSR dah selamat dah. tinggal PSRA je lah minggu depan. adik lelaki saya, bulan depan lah, PMR. saya pulak, exam akhir tahun sekali time budak PMR exam. sedih betul. saya belum ready lagi nie *memang tak pernah nak ready time exam*

oh ya, saya nak bagi tahu something nie. kucing saya, Meow dah selamat melahirkan anak . lebih kurang sebulan dah dia beranak. hehehe. hari nie baru nak bagi tahu. sorry okay :)) anak dia 5 ekor. 3 ekor, 3 warna and 2 ekor, hitam putih. gambarnya saya tak ambil lagi. lain kali lah saya akan tunjukkan kat korang semua. jangan bersedih, okay ?! hahaha

then, time-time exam nak dekat, sempat jugak saya baca novel. sekarang nie saya sedang berusaha untuk menghabiskan satu novel nie. novel nie memang TEBAL betul .... bagi saya lah. 


ini lah cover novel tu. penulisnya Fatimah Syarha Mohd Noordin. novel nie terbitan  PTS Litera Utama Sdn. Bhd.  harga novel nie, RM 31.00 (Sem. Malaysia) or RM 34.00 (Sabah/Sarawak). Jumlah muka surat, 874 m/s. tebal kan ?? bagi saya tebal lah sebab buat masa nie buku nie lah yang paling tebal saya pernah baca. novel nie pasal ... apa ya ?? saya pon tak tahu nak kata macam mana tau sebab novel nie Novel Tauhid. ia ada selitkan isu-isu poligami and ada selitkan nota-nota tambahan. best lah saya kata. banyak maklumat saya tahu terutama pasal poligami lah. menarik and tak rugi pon kalau korang beli. banyak ilmu yang boleh kita perolehi. oh ya, tajuk novel nie ialah Sebarkan Cinta-Mu. 

okay .... seterusnya, selain saya dok sibuk baca novel nie. saya pon sibuk baca komik kat internet. hehehe. untuk pengetahuan korang, saya asalnya minat kartun anime sebelum saya minat k-pop nie. memang minat giler lah. tapi tak ade lah obses sangat. tapi saya dah tinggalkan minat tu hampir 4 tahun lah sebab saya beralih minat kat k-pop lah plak. so, baru-baru nie saya ada beli majalah komik Kreko. entah tetiba saya terfikir nak beli pulak sebab dah lama tak baca. 4 tahun kot. bila dah baca, datang lah minat saya tu balik. dalam Kreko nie, komik yang paling saya suka baca adalah Code Breaker. saya memang suka baca cerita nie 4 tahun yang lepas.  sekarang nie dah episod berapa ratus entah. disebabkan saya tak boleh tahan nak tahu apa sambungan tu and episod-episod yang lepas-lepas tu, saya merajinkan diri baca kat internet, kat manga. and then even dia dallam bahasa inggeris, saya cuba memahamkan even ada certain tu saya tak faham. tak ape lah. minat punya pasal kan. 


nie lah komiknya. hehehe. so, saya dah cakap apa yang saya dah lama nak cakap. jadi, hope korang semua enjoy lah baca even saya tahu entri saya nie tak menarik pon. membosankan and annoying betul tapi nak buat macam mana kan ?? hehehe. so, have a good day and semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah. 

22/9/12 

pasti korang semua tahu kenapa entri saya bertajuk "3 in 1" kan ?! >_<

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018