Cuti Pertengahan Sem

Assalamualaikum,

*tengok tajuk entri* 

yup anis disini! sekarang ni saya tengah cuti midsem. budak sekolah dah habis cuti, saya pulak baru start cuti. huhuhu. and saya dengar kengkawan yang uitm tu start study week minggu nie kan. good luck untuk final exam nanti :) rasa macam cepat pulak masa berlalu. cuti midsem antara cuti yang students nantikan especially saya selain cuti sem yang memang sah-sah semua tunggu. naik midsem ni kena prepare jiwa dan raga lah. prepare untuk kuiz, presentation, esaimen and bla bla bla. hahaha 

okay cuti midsem nie belum start ape lagi yang saya plan nak buat iaitu siapkan esaimen and buat latihan bisnes math. naik cuti nie ada midterm untuk perakaunan pengurusan and bisnes matematik. huhuhu 2 subjek yang paling killer sem nie. okay tolak ke tepi kejap pasal kerja :p hehehe. tak sabarnya nak tunggu khamis nie. in shaa allah saya datang shah alam. motif? nak jumpa geng lah. actually saya plan cuti nie nak gi rawang, rumah kawan sekelas lah. konon nak lepak lah, jejalan memana ke kan sebab bosan dok kampung. hahaha alasan semata-mata. kalau kat shah alam dulu pon saya memang tak akan mereput gitu je kat rumah. ade je lah memana saya pergi. sebab kalau saya dok rumah, konfem tido punya lah. jadi baik saya keluar even pergi library shah alam je pon. huhuhu :)

nie pon idea alina lah yang mengajak saya datang. setelah saya pertimbangkan baik saya pergi shah alam. alang-alang kan. pergi rawang tu maybe bila-bila masa je lah saya ikut kawan saya balik. kena pulak parents dia jenis tak kesah kalau dia bawak kawan balik. kebetulan sabtu ni jugak ibu nak pegi shah alam sebab ada kenduri kahwin anak kawan ibu. so nanti ibu jemput saya je lah sabtu tu. khamis nie saya pergi naik bas je lah. 

okay panjang pulak intro saya nie. tak ada apa pon yang penting saya nak ceritakan. meh lah saya share sedikit gambar. gambar nie diambil pada hari selasa lepas. konon nak melepaskan stres kot, tu pergi pantai kejap. oh untuk makluman, tempat belajar saya memang dekat dengan pantai and laut. port dickson tu dah dekat lah tapi paling dekat pangkalan balak dengan tanjung bidara. kalau klebang tu jauh sikit lah. sementara menunggu makanan siap, kaksyuk bawak kita orang pergi kuala linggi tak silap. kalau korang lalu situ memang tak nampak pantainya. korang kena masuk dalam lorong rumah-rumah kat situ, baru jumpa pantai. menurut kawan saya, dalam cerita 'Cinta Si Wedding Planner' tu yang rumahnya si heroin tu dorang shooted kat kawasan kuala linggi nie. saya dah pergi rumah tu. dorang kata memang sebijik, rumah, surau.  saya tak tahu lah betul ke tak sebab saya tak tengok cerita tu. kemain 'penangnya'. huhuhu.

matahari get ready untuk terbenam


 buai laju-laju ...lalalala :)

 nie si ida mengorek pasir, nak carik remis (tak pasti betul ke tak namanya tu)

 dari kiri : akmar, saya, ida, fiqa, ana




 erghhh kenapa saya pandang arah lain?!

 hands up gaisss

me with ana

well we all memang suka ber-selfie :3

*free style*

sebenarnya niat asalnya pergi perpustakaan melaka untuk carik bahan esaimen. dari tempat saya nak ke sana dalam sejam jugak lah. first time pergi, so excited kejap. dah lah time tu penuh dengan budak sekolah. tebal muka je lah selfie depan dorang. hahaha excited punya pasal. hehehe.





itulah serba sedikit yang saya nak kongsikan. sampai setakat ini sahaja. jumpa lagi :)

21/3/2016

No comments :