Selesai Divaksin
Assalamualaikum, Apa khabar semua? Tengok jumlah kes positif Covid-19, sedih rasanya. Sama-sama lah kita jaga diri ye. Tak tahu nak komen apa. Tak nak tunding jari mana-mana pihak. Hanya mampu berdoa dan sentiasa jaga diri dan orang tersayang. Sesungguhnya saya rindu kampung. Lama dah tak balik. KL-Selangor yang dari awal PKP paling susah untuk diberi kebenaran untuk rentas negeri dek kerana jumlah kes positif terlalu banyak. Sabar je lah. In Shaa Allah, one day semua ini akan pulih. Panjang lebar mukadimmah saya ye. Alhamdulillah saya antara penerima vaksin yang telah selesai dos kedua. Al-kisahnya, saha mencuba nasib untuk menempah appointment bagi vaksin Astrazeneca tapi tak berjaya. Sudahnya saya give up and yakin semua orang akan terima juga nanti *sis cuba positif* . Satu hari bos saya minta nama siapa yang sudah daftar vaksin tapi belum dapat tarikh. Maka saya pun maklumlah. Selang beberapa hari, kecoh di whatsapp group office suruh semua yang bagi nama untuk semak MySejahtera.