Posts

Showing posts from May, 2021

Raya 2021

Image
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Salam PKP 3.0! So ape aktiviti korang semua raya tahun ini? Raya tahun ni lebih kurang macam tahun lepas. Tak ada beza sangat. Seperti yang dijangka raya tahun ni memang saya beraya di KL. Siapa raya di KL kita geng. Sep ciked! Tahun ni saya beraya bertiga dengan housemates saya. Tahun lepas berdua dengan Zhatul. Tahun ni tambah seorang ahli, Kak Naji.  Hidup bujang memang tak ada plan untuk memasak pun especially tukang masak saya, Tiah balik rumah makcik dia. Hehehe. Kak Naji order sate, nasi impit, kuah kacang dengan kawan dia. Zhatul pulak order ketupat palas. Saya? Saya tak order. Order biskut raya je lah kot. Nak beli meriah sangat takut tak habis sebab kami bertiga je. Malam raya melantak sate dengan ketupat palas. Tengok lah kemain meriah padahal tiga orang. Sampai hari ni ada lagi tak habis. Pening kepala nak perabis ni. Jam 9.30 pagi, 13 Mei 2021. Kak Naji ketuk pintu bilik setiap kita orang. Semangat kejut suruh bang

Short Staycation

Image
Assalamualaikum, Selamat menyambut bulan Ramadhan even though lagi beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita. Pejam celik pejam celik Syawal bakal tiba. And sad to say this gonna be second year saya menyambut di perantauan. Gituwww. Bukan saya seorang sahaja. Majoriti rakyat Malaysia yang tak dapat merentas negeri mahupun daerah untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Ohh so sad *nangis bucu katil* Tak tahu lah raya nanti apa saya akan buat. Merenung nasib kot macam tahun lepas. Hahaha *over je* Dah lama saya perap cerita nie dalam otak saya untuk update blog. So, hari ini gagahkan juga sebelum mood malas menguasai saya and idea untuk membebel dalam blog ini hilang begitu sahaja *tutup mulut. Ihikkss*  Sebenarnya, last minute juga plan untuk tidur hotel. Alkisahnya, saya tanya Alina bila nak iftar sama-sama. Kalau ikutkan saya bukanlah seorang yang suka iftar diluar sebab sesak, kemudian tergesa-gesa nak kejar maghrib. Kalau solat maghrib dulu pun, kena tunggu turn untu