Posts

Showing posts from October, 2015

Tamat Cuti Midsem

Image
assalamualaikum, hahaha kemain besar lagi gambar emoji sedih saya. nie menggambarkan ape yang saya rasa. ceh tak boleh blah pulak. hari ahad nie saya akn pulang ke melaka and kembali rutin harian sebagai seorang mahasiswi. cepatnya masa berlalu. ececeh tak bersyukur betul. waktu awal cuti tu rasa macam lama pulak. nie dah nak abis cuti rasa sekejap. manusia biasa lah tak penah rasa bersyukur. saya lah tu siapa lagi. tak tahu apa mimpi saya nak update blog malam buta nie tapi itu lah tangan nie rasa gatal pulak nak menaip. padahal tak ada benda penting pon nak cakap.  macam biasa buku hanya dibawa untuk hiasan. sentuh and bukak tapi tak baca. haiyo anis! dah lah lepas cuti nie berderet exam midterm. dengan presentation lagi. slide tak prepare lagi. maklumlah belum turn diri ini untuk present plus jenis buat last minute. ish tak patut. ubahlah sikap anis oi. sorry lah ye. saya rasa mesti ada yang rasa annoying baca blog saya nie. hehehe ade ke orang nak baca?! argh peduli lah. h

Pemergian Ayah

Image
assalamualaikum, siapa sangka pertemuan dengan ayah waktu cuti hari raya haji merupakan pertemuan terakhir? terutama sekali buat kami adik-beradik. termasuk hari ini sudah seminggu 4 hari ayah pergi tinggalkan kami sekeluarga. ayah menghembuskan nafas terakhir pada 1 OKTOBER 2015  pada jam 5:05 petang di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) . pada hari khamis itu, adik saya bagitahu yang ibu suruh saya doakan ayah sebab ayah masuk ICU. time tu memang saya dah risau sebab setahu saya kalau ICU ni antara hidup dan mati tapi saya sangka baik je lah mungkin tak ada apa yang akan jadi. doktor just nak check ayah and then ayah masuk wad seperti biasa. saya pun buat biasa je lah. kemudian pukul 5 lebih gitu, makcik saya call suruh packing barang sebab dia nak datang ambil. saya dah pelik dah kenapa kena balik? sedangkan ibu pun tak ada call suruh saya balik tapi saya diam je lah. packing je barang. time tu kebetulan saya tengah siap-siap nak pegi keluar makan. so memang dah siap