21 October 2017

#ThrowBack : Hari Konvokesyen


Assalamualaikum,

Anis Hayati dan "throwback" berpisah tiada. Hehehe. Akhirnya hari ini di saat ini saya berjaya kumpulkan kekuatan dan kerajinan untuk update blog ni. Nampak tak kegigihan saya?! Okay, tak apa lah tak ada orang kesah pon. So, seperti yang semua maklum sekarang ni musim konvokesyen. Yeahhh! Tahniah korang-korang yang sudah graduated. Kita geng! Sepp sikit. Hehehe. Termasuk hari ini sudah 20 hari saya secara rasminya tamat pengajian sebagai mahasiswi di Kolej Universiti Islam Melaka

Majlis Konvokesyen ini diadakan selama 2 hari di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh iaitu pada 30 September 2017 dan 1 Oktober 2017. Giliran kos saya kena pada sidang keempat iaitu sidang terakhir pada petang 1 Oktober. Kira macam kami ni penutup lah. Huhuhu.

Memandangkan majoriti keluarga kami datang pada hari konvokesyen, so kami pakat untuk sewa hotel sebagai tempat tinggal kami kat sana untuk pergi rehearsal pada 29 September tu. Ini pun kami dah skip untuk makan pra-graduasi yang diadakan di Hotel Ramada. Kecewa sikit sebab tak dapat jumpa Siti Nordiana. Padan muka! Hahaha. Tak apa lah tak ada rezeki. *ayat untuk sedapkan hati :3* 

So, kami sewa Gold Leaf Hotel untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM145 berapa sen entah. Kawan saya selaku pakar mencari hotel setiap kali kami ke Melaka tempat dekat apps Agoda.com. Kemudian, malam hari konvokesyen iaitu 30 September dan 1 Oktober tu kami dok dekat Muslimah Homestay Rumah Melaka. Kami pilih rumah batu berharga RM100 untuk satu malam. Homestay ni dekat dengan Dewan Seri Negeri tu. So memudahkan kami untuk ke sana memandangkan sudah semestinya sesak kan jalan menghala ke dewan sana. 

Tanpa membuang masa, kita go thru je lah dengan gambar ye. Hehehe.
.
.
.
jeng
 .
jeng
.
jeng


 Kami nak konvo dah!! Oh yeahh.

 Menahan silau yang begitu terik ini demi selfie. Hahaha

 Bergambar sat untuk kenang-kenangan depan dewan ni pada hari rehearsal tu sebab takut kang nanti time hari kejadian tak sempat nak bergambar. Ye lah masing-masing dah sibuk dengan keluarga.

Bila nak konvo confirm lah nak bergambar dengan jubah kan. So, petang hari jumaat tu selepas rehearsal kami pergi Klebang untuk pre-convo. Tak sewa photographer pon. Just minta tolong seorang sahabat yang sentiasa ada kalau kami mintak tolong. 


Punya lah happy time lambung jubah. Macam-macam ghupe lah. Sorry gambarnya tak berapa lawa. Tak ada kamera DSLR. Just mengharapkan kamera Oppo A37 dan Iphone 5. Nie pon entah kali ke berapa entah lambung.


"Tiang". Kalau yang selalu lepak dekat Klebang mesti tahu tempat ni. Kawasan ni agak tersembunyi sikit. Tapi cantik bergambar kat sini. Time kami pergi ni ramai jugak orang. Memandangkan kami datang lewat so majoriti dorang dah nak balik. Jadi tak perlu nak rebut.




Ini lah dia abam kamera kami. Dialah jadi uber kami, tukang amek gambar, guider lagi apa lagi? Hah semua lah. Hahaha.


Tak cukup ahli lagi seorang. Akmar tak dapat join. Member pergi dating. Huhuhu.

Pejam celik pejam celik, tiba lah hari yang istimewa dan ditunggu-tunggu, Hari Konvokesyen 2017

 Sempat selfie sementara menunggu untuk masuk dalam dewan.




Meet Pain. Buddy gosip katil atas time kat asrama KUIM. Aduhai muka ceqqq. Gelap masha allah. Ini pon kuatkan semangat je untuk bergambar walaupun tak konfiden dengan muka sis ni sendiri. Why mesti tudung putih?! Komplen-komplen pon dah lepas juga hari tu. Alhamdulillah berjaya sis melalui hari tersebut. Hahaha.

 Gambar terakhir sebelum masing-masing balik. Sedih sebenarnya nak berpisah. Lepas ni tak tahu lah bila dapat kumpul semula. Gonna miss you guysss


Hadiah buat ibu and arwah ayah. Kebetulan hari yang saya konvo itu merupakan tarikh ayah saya meninggal dunia. So 1 Oktober 2017 genap 2 tahun ayah menghadap Illahi. Terdetik sekejap kat hati ni andai ayah ada sekali di sini. Sudah tentu ayah lah orang yang paling happy. I miss you ayah.

Last but not least, memandangkan time hari konvokesyen tu saya tak sempat nak bergambar dengan ibu so sebelum pulangkan jubah ni, selfie sat dengan ibu and nenek. Oh yeahh!

Begitu lah rentetan ceritanya. Kemain "rentetan". Hahaha. Tak sangka saya dah tamat diploma selama 3 tahun. Sekejapnya masa berlalu. Time sem satu tu kemain rasa macam lama gila nak tunggu 3 tahun tu. Korang pon mesti rasa gitu juga kan. Hehehe. Sampai setakat ini sahaja. Terima kasih sudi baca entri ni sampai habis *kalau ada reader. Huhuhu*

21/10/2017 

Terima kasih buat pensyarah-pensyarah KUIM yang mengajar saya sepanjang 3 tahun saya di KUIM. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Buat kawan-kawan seperjuangan saya Diploma Kewangan Syariah, Tahniahh akhirnya kita tamat juga pengajian kita. 3 tahun kita bersama-sama susah senang sebagai satu kelas. Pahit manis kita lalui. Semoga kita semua berjaya dalam perjalanan seterusnya. Good luck guys.
 


No comments: