09 August 2017

#ThrowBack : 'Honeymoon' di Melaka

Assalamualaikum,

Memandangkan tak ada aktiviti terbaru untuk di-update-kan, maka kita buat throwback je lah. Huhuhu. Banyak sebenarnya yang saya nak share tapi iye lah sikap malas ni menguasai diri. Huhuhu. *tengok tajuk entri* Okay, pertama sekali jangan lah fikir lain ye. Hahaha. Saya belum kahwin lagi #tetiba

Pada 6 Julai 2017 yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Melaka.*dah macam nak buat karangan lah pulak* Hehehe. Kami ke sana untuk settle kan borang tamat pengajian and mintak transkrip sementara. So, dah alang-alang pergi Melaka tu, kami 'honeymoon' lah sekali. Hohoho. Memandangkan masing-masing duduk jauh, ada yang dari Johor (saya lah tu), Selangor, Pahang and paling jauh nun di Kelantan, maka perlukan tempat tinggal sepanjang 3 hari 2 malam dekat sana. So, kita orang sewa dekat Qish Hotel. Kita orang ambil Deluxe Room ada 2 katil queen dengan harga RM199 berapa sen entah so genapkan je lah RM200. Senang sikit. RM200 itu untuk 2 malam. Huhuhu. Okay juga lah hotel tu. Sesuai lah untuk kami tidur and siap-siap segala bagai. Tak ada gambar lah pulak nak tunjuk sebab tak ambil time tu.So, jangan buang masa lagi marilah kita ber-throwback.

Hari Pertama : 6/7/2017


Sebelum kita gerak ke mana-mana benda paling wajib adalah selfie dulu. Hari khamis tu tak buat apa pon sebab memasing sampai pada waktu yang berbeza. Of course yang sampai dulu adalah Ana (yang tudung biru) yang jauh nun di Kelantan sana sebab dah gerak naik bas malam sebelum tu. Second sampai adalah saya dari Johor senang cerita paling dekat antara kitorang ni sebab saya duduk Tangkak. Third adalah si Zahidah (pakai tudung hitam) yang datang dari Selangor. Last sekali Kaksyuk and Kemar. Dia orang dari Pahang. Kaksyuk dari Jengka pastu jemput Kemar dekat mana entah >.< sebab lalu jalan tu juga.

 So, ahli yang naik bas dah tiba dekat Melaka Sentral, kita breakfast dulu dekat Mac Donald. Yang mamat depan tu selaku 'drebar' angkut kami sorang-sorang dengan motor pergi hotel untuk check in. Jasamu akan kami kenang sampai bila-bila :3

Aktiviti paling wajib setiap kali lepak dekat bandar Melaka : KARAOKE. Tempat yang selalu kita orang pergi dekat Karaoke Keluarga *sis tak pasti betul ke tak nama tempat tu*. Berada di bawah padang dekat Dataran Pahlawan. Tempat tu okay lah banyak pilihan bilik and harga pon not bad. Malam tu tersalah ambil bilik. Terambil yang besar punya sebab sebelum ni pernah ambil besar tapi ni terlampau besar. Hahaha. Rasanya bilik VVIP ni. Sejam RM25. Tapi tak apa lah, yang penting dapat hilangkan stress. Malam besoknya pergi juga tapi ambil bilik kecil, RM10 sejam.

Hari Kedua : 7/7/2017

Bermula adegan utama kami iaitu pergi KUIM untuk minta transkrip sementara and beraya dekat rumah kawan-kawan yang duduk dekat-dekat situ. Memandangkan hari jumaat tu kami gerak lambat dan waktu pejabat tutup sebab lunch hour, maka kami pergi beraya dulu dekat rumah yang paling dekat dengan KUIM iaitu rumah Kak Kinah.


Kak Kinah depan saya tu. Hehehe. Pembuat kek. Macam-macam kek Kak Kinah buat. Sedap-sedap belaka. Itu yang sebelum datang Melaka ni dah siap-siap mesej Kak Kinah nak order kek coklat moist. Rindu kek akak! Kalau lah kek tu boleh pos memang dah lama order banyak-banyak. Hahaha. Korang yang duduk berdekatan KUIM boleh lah order kek dekat Kak Kinah. Kek momok, coklat moist, red velvet, cheese cake. Huish terliur lah pulak. Huhuhu. Boleh follow page Kak Kinah. Taip "Kinamiru Bakery official". 
Kemudian baru pergi KUIM. Sebenarnya tak settle urusan. Yang urusan minta transkrip tu dah settle. Tak settle nya borang tamat pengajian. Tak sempat nak hantar dekat pejabat sebab dah tutup and ada masalah lain yang tak diduga. Huhuhu. redha je lah. Itu yang 21 ni nak pergi KUIM balik settle kan urusan ni. Moga dimudahkan lah. Tak sanggup nak berulang-alik lagi. Huhuhu.
Balik dari KUIM, terus gerak pergi rumah Yok dekat Pantai Puteri. Iya inilah insan yang banyak berjasa pada kami (selain angkut kita orang pergi hotel hari khamis tu). Memang terhutang budi sangatlah. Kawan yang selalu ada bila diminta tolong, temankan kita orang kalau lepak dekat Melaka and macam-macam. Saya yakin mesti akan terdetik kat hati korang yang antara kita orang ni mesti yang "someone special" pada Yok ni kan? Mesti ada punya lah. Ke tak ada? Hehehe. Nak bagitahu ke tak eh? Maaf geng, aku terpasa bagitahu :p Hahaha. *tengok insan yang disebelah saya tu yang berbaju mustard* Hah itu lah dia Zahidah gadis yang sangat special dihati Yok. Mohon sampai ke pelamin lah kalian oit. Gaduh merajuk macam mana pon akan berbaik, in shaa allah jodoh kuat tu. Hehehe. 

Rumah terakhir iaitu rumah Adriana. tuan rumah kat dapur time ni. Huhuhu. Kami selfie dulu. Sorry Add. Thanks atas semua juadah. Banyak pulak tu and minta maaf sebab tak dapat lama-lama kat rumah kau. Ada urusan lain :p Ade rezeki kita jumpa lagi.



So, malam tu kami merayap lah ke mana-mana memandangkan malam terakhir kat Melaka kan *amboi kemain* Bergambar dekat papan "I love Melaka" ni. Sepanjang 3 tahun kat KUIM tak ada lah terdetik nak bergambar kat sini. Mungkin sebab duduk kat Melaka kan so assume bila-bila boleh pergi. Ni bila dah habis belajar memang tak akan ke Melaka saja-saja melainkan ada sebab, baru terhegeh-hegeh. Hahaha. Manusia kan bila dah tak ada baru nak menghargai, time ada tu buat tak tahu *apa kena-mengena* 

 Tak ada movie yang best nak tengok, so kita selfie je lah ye. 

Teruja memasing buka kamera handphone sebab lif tu ada cermin kat atas. Jakun betul. Hahaha.


Hari Ketiga : 8/7/2017


So, last day di Melaka. Huhuhu sedihnya. Lepas check out hotel, kita orang pergi Mahkota Parade untuk "mencari rezeki". Pergi kedai Kopitiam for our breakfast a.k.a lunch terus lah dah alang-alang tu kan. Hehehe. 
Begitu lah kisahnya selama 3 hari 2 malam kita orang dekat Melaka. Hehehe. Sesungguhnya bila kenang balik banyak kenangan dekat Melaka ni. Pahit manis semua ada lah. Memang negeri bersejarah. Hehehe. "Bersejarah" juga untuk kita orang. Gonna miss them T.T Sebenarnya tak cukup ahli lagi seorang. Member tak dapat join sebab kerja. Tapi in shaa allah 21 Ogos ni Fiqa dapat join dengan kita orang. Mohon jadi ye Fiqa. Can't wait for it. 

9/8/2017


"Youth is limited. Friendship is infinite"

2 comments:

farhanna jafri said...

masa study dekat segamat dulu suka sangat jalan-jalan dekat melaka ni bila weekend sebab segamat takde tempat best haha. Singgah sini jadi pembaca baru blog awak :D

Anis Hayati said...

@farhanna jafri Huish jauhnya sampai ke melaka. Hehehe. Thanks sudi jenguk blog ini