Resah

assalamualaikum, kawan-kawan

pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat Bercuti pada korang. huhuhu. sorry lah wish lambat. dah nak habis cuti dah baru nak wish kan. hehehe. hari nie baru saya rasa nak update blog saya yang dah berhabuk dah nie. fuhhh *tiup dan bersihkan* so, apa cerita?! korang mesti tengah seronok-seronok cuti nie kan?! hehehe. cuti nie saya tak ke mana pun. just balik kampung je. 3 hari je. balik kampung pun sebab ayah. oh ya, ayah saya selamat bertolak ke mekah pada 30 hari mei tu, hari khamis. sorry lambat inform kat korang. doakan untuk ayah saya semoga selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur ya. amiin. ayah saya seorang saje ke sana. ibu saya tak pergi. thanks buat ucu saya sebab sudi sponsor untuk ayah saya. terharu kot. moga allah membalas budi baik ucu. 

okay, seperti yang korang baca pada tajuk saya untuk entri nie. saya tengah frust nie tapi taklah frust sangat. maybe ramai kot dah tahu. semua budak form 5 yang ambil subjek add math sibuk menyiapkan folio add math. saya pun tak terkecuali. saya tak start apa-apa lagi. saya tengah fikir macam mana nak buat untuk part 2 tu. oh ya, tajuk yang saya kena buat tu "logarithms". frust saya tak tahu nak buat macam mana dengan experiment tu. kena cari diameter tapi gunakan formula. korang ada idea tak?! takkan saya nak pergi carik bola tu dan ukur bola tu? saya tak ada vernier caliper. aduhhh.... pening saya fikirkan. moga allah beri petunjuk pada saya nak buat macam mana. tanya kawan-kawan yang lain, majoriti tak tahu. buat masa nie saya just buat yang saya tahu. macam history logarithms tu. dahlah kena hantar naik sekolah. hmm, tapi memang salah sendiri sebab tak usaha. nak tak nak saya kena buat jugak.

hmm, saya dah hilang idea. sorry lah kalau entri saya nie dah spoil kan mood korang. huhu. wish me, okay. risau saya dibuatnya. selamat bercuti buat korang semua. jumpa lgi. bye-bye

5/6/13

No comments :