Demam SPM

assalamualaikum, semua

okay sekarang kita berada di penghujung bulan 6 dan dah nak masuk bulan 7. tinggal lebih kurang 5 bulan untuk semua spm candidates untuk study hard terutamanya sayalah kan. hehe. trial spm bulan 8 kot. insyallah. seramnya >_< baru sekarang rasa bahang spm tu. sebelum nie rasa jugak tapi sikitlah. huhuhu. kadang-kadang rasa nak putus asa je sebab banyak silibus yang saya belum dapat pick up lagi. rasanya 50% je lah atau bawah lagi. kadang-kadang menyesal lah jugak sebab tak study betul-betul waktu form 4 dulu tapi kan bak kata pepatah "nasi sudah menjadi bubur" kan. tak boleh nak patah balik. so, selagi belum spm sebenar tiba, saya kenalah usaha lagi tapi usaha kali nie kena banyak sikitlah. bukan banyak sikit tapi banyak sangat. *kata-kata semangat untuk diri ini* hehe. tak faham tak apa. doakan untuk saya ya. hehe. saya pon doakan untuk korang jugak. kita doa sama-sama. huhuhu :)


lepas habis spm, masuk universiti pulak. kadang-kadang tu risau jugak saya sebab saya tak tahu nak ambil bidang apa nanti. hmmm, rasa macam diri nie tak ada hala tuju pulak. ish ish, mintak jauhlah. insyallah suatu hari nie allah akan bagi pertunjuk jugak pada saya. amiin ... okay, dah tak tahu nak kata apa dah. actually, saya tak tahu nak tulis apa untuk entri kali nie. saya tengok dah 'berhabuk' dah blog saya nie. tu yang saya nak 'bersihkan'. hekhekhek. mengarutlah pulak.

minggu depan, ada ujian KKQ (Kelas Kemahiran Al-Quran). takutnya. belum study apa-apa lagi. jangan lah saya buat perangai lagi waktu form 3 dulu. tak bersungguh-sungguh betul. kalau boleh nak dapat mumtaz lah untuk spm nie. mudah-mudahan. wish me luck, okay?! huhuhu.

hmm, okaylah. setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaf kalau kata-kata saya nie ada menyakitkan hati korang kan. sorry ya. moga kita jumpa lagi dan semoga allah mempermudahkan segala urusan kita serta memberkati hidup kita. amiin... assalamualaikum. 

28/6/13

No comments :