raya tahun nie



assalamualaikum and a very good morning,

peh, terkejut tak ?! tetiba je online pagi-pagi buta nie . hahaha. paling awal saya pernah online pukul 7 pagi. yg tu paling awal lah. tapi hari nie lain sikit sebab saya online pukul 6.30 pagi. tak percaya ?! memanglah sekarang nie dah pukul 7.10 pagi (kalau ikut jam rumah saya macam tulah).sebelum saya update blog, saya akan 'tenangkan' minda saya dengan membaca entri-entri dari blog yg tersenarai dalam 'reading list' blog saya. actually, sebelum saya online nie, punyalah semangat saya nak update blog nie. dah tak sabar nak ceritakan kisah raya saya tahun nie yg tak seberapa indah sangat nie ..... :p. tapi seperti yg saya tak katakan, sebelum saya update blog saya akan baca blog lain dulu. okay, tadi saya baru je lepas baca satu blog nie. saya rasa korang tahu kot pasal blog nie. saya malas nak cerita apa yg blog nie post kan utk entri dia kali nie. so, korang just baca je lah kat blog dia sendiri. serius saya kata, saya suka baca blog nie. banyak benda saya belajar dari dia. DAEBAK, brother !!!

okay, balik pada tajuk post saya. saya yakin raya korang tahun nie kebanyakannya tak best kan ?! betul tak ?! biasaalah tu. memandangkan cuti yg diberikan seminggu. mana cukup nak kumpul duit raya banyak kan ?? hahaha. perkara nie pon berlaku pada saya jugak. tahun nie saya beraya kat kampung ibu saya. biasalah tahun lepas raya kat kampung ayah. tahun nie raya kat kampung ibu pulak. kena gilir-gilir. baru adil namanya kan ?! okay, saya malas nak cerita panjang-panjang apa yg berlaku time hari raya saya tahun nie. saya just ringkaskan je lah yer.

raya pertama - tak keluar rumah pon. hanya layan tetamu yg datang. memandangkan atuk anud nenek saya merupakan antara orang-orang tua kat kampung, so ramai lah orang datang menziarah. bukan 1 atau 2 buah keluarga, samapai 5, 6 buah keluarga yg datang. ada yg sampai berkonvoi raya rumah orang. memang tak menang tangan kitorang semua.

raya kedua - yg nie keluar lah rumah. melawat rumah saudara even 2 buah rumah jer (kira okay lah tu kan). malam tu ada saudara ibu saya kat pahang datang and raya kedua nie lah semua saudara saya balik ke rumah masing-masing. huhuhu. sedih nya .... T_T

raya ketiga - pon tak pegi mana-mana lah. duduk kat rumah melayan tetamu and hari nie jugak bersiap-siap nak balik ke Shah Alam.

hah, tak seronok kan cerita raya saya nie. apa-apa pon at least saya boleh raya kat kampung. hahaha. kita kena bersyukur.(terasa pulak). so, korang semua macam mana. saya tahu raya korang pasti lebih seronok daripada saya. kan ??.... foto raya ?! ada tapi tak cantik lah. kitorang tak sempat nak bergambar satu keluarga sebab tetamu dah datang dah pagi-pagi tu (tak de lah pagi sangat). maap lah ya... foto raya tak ada lah. lain kali lah ... mana tahu tahun depan ada peluang. nanti saya tunjukkan.

okay saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. hanya setakat nie je lah post saya kali nie. maksud saya cerita utk post saya kali nie. jumpa lagi and take care.

p/s : bulan depan PMR. doakan kejayaan saya ye ... >_<

No comments :