Posts

Follower ke 100

Image
assalamualaikum, semua dah lama tak update blog. kali nie saya nak review blogger yang bertuah nie. nie first time saya buat review. huhuhu >_< tahniah buat pemilik blog ini kerana menjadi follower ke 100 saya. haha. okay, rasa malu pula sebab dah lama jadi blogger tapi baru sekarang blog saya masih 100 followers. blogger lain tak macam saya. okay, bersyukur. jujur saya kata, saya dah lama guna blog nie tapi tak aktif punya pasal. haha. okay, apa-apa pun tahniah buat pemilik blog ini. tahniah sangat-sangat. muah muah muah *flying kiss* jom terjah blog ini ramai-ramai  . . . . . v http://azieyralieyza.blogspot.com/ dah terjah?! thanks banyak-banyak. blog nie comel lagi-lagi love-love kat tepi-tepi tu. huhuhu >_< okay, itu sahaja daripada saya. jumpa lagi. assalamualaikum :D  SELAMAT BERBUKA PUASA :D 25/7/13 p/s : sedihnya tak dapat join iftar dengan kelas hari nie. huhuhu T.T

Segmen : Blog Paly ajak tengok blog aku!

Image
assalamualaikum, semua saya kembali dengan join satu segmen. huhu. dah lama tak join segmen nie dan dah lama tak update blog. banyak cerita saya nak share dengan korang tapi masa tak mengizinkan dan saya kemalasan mungkin masa tu. huhuhu.  mari join segmen nie. simple je dan syaratnya sangat mudah.  tarikh tutup : 16 Julai 2013 14/7/13 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia ini. Harap segala amal ibadah kita diberkati oleh Allah dan dapat dilakukan berterusan. amiin :D

Demam SPM

Image
assalamualaikum, semua okay sekarang kita berada di penghujung bulan 6 dan dah nak masuk bulan 7. tinggal lebih kurang 5 bulan untuk semua spm candidates untuk study hard terutamanya sayalah kan. hehe. trial spm bulan 8 kot. insyallah. seramnya >_< baru sekarang rasa bahang spm tu. sebelum nie rasa jugak tapi sikitlah. huhuhu. kadang-kadang rasa nak putus asa je sebab banyak silibus yang saya belum dapat pick up lagi. rasanya 50% je lah atau bawah lagi. kadang-kadang menyesal lah jugak sebab tak study betul-betul waktu form 4 dulu tapi kan bak kata pepatah "nasi sudah menjadi bubur" kan. tak boleh nak patah balik. so, selagi belum spm sebenar tiba, saya kenalah usaha lagi tapi usaha kali nie kena banyak sikitlah. bukan banyak sikit tapi banyak sangat. *kata-kata semangat untuk diri ini* hehe. tak faham tak apa. doakan untuk saya ya. hehe. saya pon doakan untuk korang jugak. kita doa sama-sama. huhuhu :) lepas habis spm, masuk universiti pulak. kadang-kadang...

Penggal Ke-2

Image
assalamualaikum, okay, cuti pertengahan tahun dah tamat. hari ini bermula persekolah untuk penggal kedua. so, macam mana perasaan korang?! best kan?! hahaha. saya?! best sangat-sangat. hohoho. tipu je. best ape ke bendanya? nightmare wehh. hari ini dah berapa kertas periksa saya dapat. teruk ke tak, saya tak tahu lah nak kata macam mana kan. yang pasti menurunlah markah saya berbanding dengan penggal pertama tu.yang pasti subjek yang gagal dah ada dah satu. memang tak sangkalah kan. tapi saya akuilah sebab subjek tu saya tak banyak membacalah dan menghafal. buat ikut logik dan apa yang saya ingat dan sempat study je lah. disebalik kesedihan dan saya hampir-hampir nak putus asa je, allah menggantikan sesuatu yang dapat mengubat hati saya (cehh, ayat tak boleh blah kot -.-) happy lah bila dapatkan. memanglah tak tinggal mana tapi okaylah. daripada gagal naik ke lulus. subjek apa?! bahasa arab lah. tapi memang jujur saya kata exam kali nie saya agak struggle lah dengan bahasa arab ni...

Resah

Image
assalamualaikum, kawan-kawan pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat Bercuti pada korang. huhuhu. sorry lah wish lambat. dah nak habis cuti dah baru nak wish kan. hehehe. hari nie baru saya rasa nak update blog saya yang dah berhabuk dah nie. fuhhh *tiup dan bersihkan* so, apa cerita?! korang mesti tengah seronok-seronok cuti nie kan?! hehehe. cuti nie saya tak ke mana pun. just balik kampung je. 3 hari je. balik kampung pun sebab ayah. oh ya, ayah saya selamat bertolak ke mekah pada 30 hari mei tu, hari khamis. sorry lambat inform kat korang. doakan untuk ayah saya semoga selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur ya. amiin. ayah saya seorang saje ke sana. ibu saya tak pergi. thanks buat ucu saya sebab sudi sponsor untuk ayah saya. terharu kot. moga allah membalas budi baik ucu.  okay, seperti yang korang baca pada tajuk saya untuk entri nie. saya tengah frust nie tapi taklah frust sangat. maybe ramai kot dah tahu. semua budak form 5 yang ambil subjek add mat...

Segmen Blogwalking Kita-kita

Image
   assalamualaikum, semua mehh join segmen nie. tarikh tutup 15 Mei 2013.  nak join, klik kat gambar tu ye :)) 11/5/13

Kerinduan

Image
assalamualaikum, semua apa khabar semua ?! hehehe. kata exam kan tapi sempat pulak dia online lagi. hahaha. bosanlah tak tahu nak buat ape. *ceh padahal banyak benda boleh buat*. esok exam BI kertas 1 dan 2. macam boleh jawab je. insyallah jawab tu boleh tapi hope esok allah bantu saya dalam memberi idea untuk buat esok. karangan kau. sekali tak boleh jawab, naya kot. nauzubillah, mintak jauhlah. okay, macam biasa. saya selalu lari dari tajuk entri saya. hahaha -.-' sorry ye. okay, saya tengah merindu nie. rindu kat siapa ?! pakwe saya ?! crush ?! bias ?! atau ... *krikkrik* hahaha. nie lah padahnya bila dah start menaip nie. merepek yang bukan-bukan pulak kan. sorry again. okay, biar saya berterus-teranglah. berdebar tak ?! hehehe. sebenarnya saya tengah rindu pada KUCING saya. ulang suara. KUCING SAYA . hahaha. cuak tak ?! okay tak cuak pon. pertama sekali, saya nak minta maaflah sebab tak inform kan awal-awal tentang kucing saya nie. ibu saya dah hantar kucing saya dek...