Buat Bakal Zaujku
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak… Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku.. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA.. ? Ketahuilah dirimu..Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’.. Aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menyusahkan, Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti.. insya ALLAH Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal