Posts

Showing posts from December, 2016

#ThrowBack : Naik Banana Boat

Image
Assalamualaikum, Selamat malam wahai "burung-burung hantu" sekalian. Ke x sesuai untuk masa sekarang eh? Hehehe halal je ah. Saya kuatkan semangat untuk update blog. Asyik dok tangguh-tangguh je, sampai kesudah tak update. Buat throwback je lah ye sebab nak ceritakan aktiviti sekarang pun nothing sebab duduk rumah je. Menghabiskan saat-saat indah cuti yang berharga ni sebelum start praktikal hari ahad nie. nebesss hakak :p okay kita straight pada niat utama entri ini dipos. Kononnya na menghilangkan stress lah sebab seminggu tu berderet 4 papers just ada gap sehari je. Isnin, selasa, khamis, jumaat. Jadi pada keesokkannya hari iaitu hari sabtu bersamaan 26 Nov 2016 maka berangkatlah kami ke Port Dickson. Port Dickson memang syurga untuk bermandi-manda, main air and so on. Mmemandangkan KUIM dengan PD tak ada lah jauh mana dalam sejam juga lah, itu yang memasing setuju lah nak try main banana boat kat situ. Padahal tempat paling dekat dengan kami pon ada je iaitu Peng

Semester Break

Image
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik tak sangka kita akan meninggalkan 2016. Pejam celik pejam celik tak sangka saya dah tamat sem 5. Pejam celik pejam celik tak sangka dah lama saya tak update blog. Hehehehe. Last update pon raya hari tu bulan 7. Hmmm amazing! Hahaha tak yah nak "amazing" sangat lah kan. Nampak lah yang saya dah lama tak update tu sampai teruja tengok dashboard blog dah bertukar baru. Blur-blur juga time bukak tu. Haih tak boleh jadi ni, kena explore. Termasuk hari ni sudah 3 hari saya cuti sem. Actually dari hari rabu tu dah start tapi saya kira dari hari saya balik rumah lah iaitu hari Jumaat. Final exam saya habis awal, 29 Nov. Mula 21 Nov. Alhamdulillah sepanjang saya dekat kuim dari sem 1 sampai 5 boleh dikatakan kos saya antara yang habis paling awal lah. Hahaha. Poyo bhaii. Habis awal pon padatnya jadual tak usah kata lah. Hehehe okay ketepikan pasal final exam. dah selamat dah pon. Tak tahu lah apa yang saya jawab. Hehehe. Hopefully okay