New Life

Assalamualaikum,

Hari nie dah masuk hari ketiga untuk bulan Disember 2018. Cepatnya masa berlalu kan. Tinggal beberapa hari je lagi untuk kita lalui tahun 2018 ini. Bagi saya, tahun 2018 ini memang tahun yang saya rasa macam-macam berlaku. Perkara yang terjadi itu semuanya diluar jangkaan saya. Apa yang saya rancang time awal tahun 2018 itu mostly tak jadi and something else yang berlaku. Benar lah Allah is the BEST planner. Kita hanya mampu merancang saje. 

Saya pernah shared entri sebelum ini berkenaan lapor diri saya yang ditangguhkan. Boleh rujuk pada ENTRI ini. Buat pengetahuan readers, saya secara rasminya 4 bulan menjadi penganggur yang berjaya. Hohoho. In Shaa Allah bakal menamatkan zaman pengangguran saya tak lama lagi. Cehh poyo je. Bukan senang untuk hadapi zaman menganggur ni. Agak tough juga lah untuk saya sepanjang 4 bulan tu. Tipu lah kalau saya kata saya tak stress or give up apabila orang tanya kenapa saya berhenti kerja? Kenapa saya tak sambung belajar? Kenapa itu? Kenapa ini? 

Dulu saya berhenti sebab nak sambung belajar. But then rezeki untuk saya apabila saya dapat tawaran kerja dari SPA. Saya ketepikan niat untuk sambung belajar and pilih kerja. Then lapor diri saya ditangguhkan kerana masalah medical check up saya. Ketika itu, saya masih dibawah rawatan doktor. Saya kena penyakit tibi. But alhamdulillah rawatan 6 bulan tu dah tamat pada 16 Oktober lepas. Follow up appointment still ada lagi. Just saya tak perlu makan ubat hari-hari. Penat wooo kena makan ubat. Sistur dah lah tak suka ubat. Hahaha. 

Begitu lah ceritanya kenapa saya menganggur. Saya nak cari kerja tapi saya risau kalau tiba-tiba SPA panggil saya untuk lapor diri. Bayangkan saya baru je masuk kerja baru then tetiba nak berhenti. Haaa gitu lah. Sesuatu yang tak pasti memang sukar. Saya banyak kali mengadu dekat ibu yang salah ke keputusan yang saya buat ni kan. Ibu lah yang selalu pujuk and cakap biar je apa orang kata. Ikut naluri hati saya sekarang. Apa yang saya rasa. Time tu hati saya memang nak cari kerja baru tapi hati ni lebih berat kepada tunggu je jawapan dari SPA. Itu lah sebab saya masih bertahan. Saya pekakkan je telinga bila ada insan-insan yang kata "rugi lah tak sambung belajar." "baik sambung balik kerja" bla bla bla. Hahaha. Stress tau sistur :p 

Penantian saya berakhir apabila saya dapat panggilan pejabat pada 29 November lepas. Mula tu saya ragu-ragu nak angkat tapi berdasarkan no tertera tu saya terfikir itu no JPA or SPA sebab pernah telefon saya sebelum nie. So, saya angkat je. Tanggapan saya betul. Pihak JPA yang telefon and minta alamat e-mel saya. Dalam beberapa minit kemudian, tiba lah e-mel yang menyatakan tarikh baru untuk saya lapor diri. Syukur Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. 

In Shaa Allah 10 Disember ini saya akan lapor diri di Putrajaya. Penempatan masih tak tahu lagi and akan diberitahu selepas lapor diri. Alhamdulillah. Time dapat e-mel tu, saya tak tahu nak reaksi apa :p *tutup muka* Saya buntu. Terkejut pun ye sebab saya expect maybe tahun depan kot. So, sis dah plan baik punya nak buat apa bulan ni. Hahaha. Kena ubah lah apa yang dah dirancang tu. Perancangan Allah sangat hebat. Mungkin ada hikmahnya kenapa baru sekarang saya dipanggil. Mungkin dah cukup kot masa untuk saya bersenang-lenang #tiber

So, doakan saya ye kawan-kawan. Risau juga sebab bakal menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Gonna start a new life. Bakal berjauhan dengan family *mungkin* Berjauhan sebab belajar dengan kerja berbeza tau. Huhuhu. Semoga Allah mudahkan segala urusan saya nanti terutama tempat tinggal and transport. Buat masa ni, saya tumpang rumah pakngah saya dekat Semenyih. Tak tahu lah nanti bila dah dapat tahu penempatan. Hopefully dimudahkan. Agak sedih juga sebab time saya lapor diri nanti ibu tak ada. Ibu pergi bercuti di Acheh dengan 2 orang adik saya pada 10 hingga 14 Disember. Bertabahlah anis oit. 

For the readers, thanks you so much sudi baca entri saya nie. Panjang juga saya membebel. Niat asal nak buat short entry je tapi biasa lah kita ni mampu merancang #tiber. Any comments or kata-kata semangat boleh lah tinggalkan di ruang komen saya ini. Saya amat hargainya. Jumpa lagi. Good night!

03/12/2018

Comments

  1. thanks you. Done follow awak :)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah sini...tahniah sis.. dah dapat umah sewa ke sis..Area Flat Hijau @ Presint 9 tu ade jgk bilik2 kosong utk sewa..dengan apartment putra damai Presint 11 tu... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. terima kasih. oh alhamdulillah dah jumpa rumah sewa dkt klang lama. sebab kita keje dkt kl.

      Delete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018