#ThrowBack : Hiking di Bukit Batu Putih

Assalamualaikum,

Hari ini hari Selasa bersamaan 31 Oktober 2017. Penutup hari untuk bulan Oktober. Berlalunya hari ini maka sudah 5 bulan saya bergelar "penanam anggur" yang berjaya. Oh yeah! Sebenarnya stress juga sebab macam tak nampak hala tuju. Bukan tak ada planning, ada just belum proceed lagi. Misi yang bakal selesai In shaa Allah adalah memiliki lesen motor dan kereta. Lesen kereta Alhamdulillah dah lulus. Tinggal lesen motor je. Khamis ni test jpj untuk motor. Doakan saya lulus je awok-awok semuaaa. 

Mukaddimahnya kemain panjang and macam taka ada kena-mengena dengan tajuk entri nie. Hehehe. Sekadar selingan sahaja ye. Nak meluahkan gusar dihati nie. Dah lama saya nak share pasal pengalaman hiking kat Bukit Batu Putih ni tapi macam biasa lah perangai saya yang suka bertangguh-tangguh ni. So, hari ni saya belek-belek gambar dekat laptop terus teringat "hasrat" saya nak share pasal ni yang terkubur beberapa bulan dulu.

So, sesiapa kat sini yang kaki hiking? Anyone? Hello? Anybody? Okay just only me yang terlebih excited disini *nangis sorang-sorang dekat penjuru rumah* 

Saya rasa ramai yang dah pernah naik Bukit Batu Putih especially for those yang kaki hiking ni. Wajib pergi lah bukit ni. Bukit Batu Putih ni kira kategori tempat yang tak mencabar lah kot eh hmmm macam mana nak cakap eh? Hahaha. Tak ambil masa yang lama pon nak sampai puncak, lebih setengah jam kot. Ye lah dah nama pon bukit kan confirm lah rendah dari gunung. So yang bukan kaki hiking pon boleh hiking sekali. Scene bila dah sampai kat puncak tu memang cantik. Masha Allah terpesona tengok.

Ini kali kedua saya hiking. First time hiking dulu naik Gunung Datok. Masha Allah 3 jam bhaii naik tu. Naik pon sebab salah satu aktiviti dalam kem. Kalau tak mungkin tak ada nya nak jejak kaki kat Gunung Datok nie. Saya bukan lah kaki hiking sebenarnya atau senang cerita bukan seseorang yang suka aktiviti lasak. Tapi kalau orang ajak mungkin boleh dipertimbangkan. Huhuhu. Kawan saya ajak hiking untuk tengok sunset plus nak release tension sebab time nie tak silap tengah final exam. Pastu tengok gambar-gambar orang yang dah pernah naik bukit memang cantik. Kenapa Bukit Batu Putih yang dipilih? Sebab utama adalah lokasinya sangat dekat dengan KUIM iaitu di Port Dickson. Ambil masa lebih kurang setengah jam untuk ke sana. 

Kami gerak ke sana lewat sikit pukul 6 petang. Sampai sana lebih kurang pukul 6.30 petang. Then terus mulakan "misi". Sebelum hiking kena pergi kat kaunter yang ada kat situ and bayar RM1 setiap seorang sebagai upah pada orang yang akan guide kita nanti. Memandangkan kami sampai pun dah lebih pukul 5 petang so tak payah bayar and naik tanpa guider kat situ. Kalau korang nak naik tanpa guider kat situ better ajak kawan yang pernah pergi situ. Yelah sebagai keselamatan. Apa-apa jadi kan.

Sampai-sampai je kita dapp dulu. Hahaha. Perasan tak kalau bergambar reramai mesti ade yang tukang spoil kan gambar. Opss sis tak mahu mention siapa. Sila lah carik :p *sorry member*


Sampai kat puncak Bukit Batu Putih tu dalam jam 7 petang. Saya pon tak berapa ingat sebab pergi ni time bulan 5 hari tu. Naik-naik je terus tergamam and terpesona. Serius sangat cantik. Hilang segala penat lelah time naik tadi. Huhuhu. Keindahan ciptaan Allah.

 Hujung kiri tu and sebelah saya sebagai guider kami time hiking nie. Dorang dah berapa kali naik Bukit Batu Putih ni. So, dah expert lalui nak naik. Hehehe

 Nampak macam tenang je posing kat situ tapi getaq lah jugak lutut nie. Hehehe saya gayat dengan ketinggian sebenarnya. Rasa macam nak terjun pon ada. Nasib waras lagi :3

 Tiny heart for you?






 Paling suka gambar ni. Cantik pemandangan laut tu and mungkin orang dalam gambar tu pon sama :3 *sila lah muntah hijau beramai-ramai*
 #frenz4ever

 Gambar penutup sebelum turun

Kami turun dari Bukit Batu Putih tu agak lewat. Pukul 7.30 malam. Leka bergambar padahal kawan seorang tu dah ajak turun sebelum waktu maghrib. Haih itu lah degil. Kami yang terakhir turun. Menurut "guider" kami ada 2 jalan boleh guna untuk turun iaitu ikut jalan pantai atau jalan track. Kami turun ikut laluan pantai sebab ikut pantai masih terang lagi suasana tu. Kalau ikut track yang kami naik tu mungkin dah gelap so risau kalau tersadung ke apa-apa kan. 

Lalu jalan pantai pon tak sampai ke penghujungnya. Just satu option je. Kena masuk juga dalam hutan tu untuk tembus track yang kami lalu tu. Risau juga time tu sebab dah gelap and korang mungkin pernah dengar cerita pasal Bukit Batu Putih ni yang dikatakan "keras". Kena pulak time carik tempat untuk tembus masuk tu kawan saya konfius sikit sebab suasana gelap kan time tu. Tapi tawakal je lah masuk. Alhamdulillah jumpa juga jalan keluar. Allah melindungi kami dari segala yang diingini berlaku. Cuak lah juga time redah hutan tu. Dah macam night walk. Nasib tak ada apa-apa just kawan saya seorang tu je lah kata dia kena tindih time tidur malam tu. Mungkin sebab dia sebagai leader waktu kami turun tu. 

Pengajaran buat kami and korang juga. Dah tengok sunset pastu settle bergambar segala bagai cepat-cepat lah turun ye. Mungkin kat atas tu langit cerah lagi tapi turun tu mungkin dah gelap. Huhuhu sebagai langkah-langkah keselamatan. 

Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Hehehe. Rindu pulak dekat kawan-kawan. Haih bila lah boleh jumpa ye? One day In shaa Allah. Setakat ini sahaja. Bye.

31/10/2017

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018