26 August 2017

#ThrowBack : Wedding WA

Assalamualaikum

*jeling kat tajuk entri* 

Siapa kahwin tu? Saya kahh? WA? A for Anis, maybe :) But W stands for who? Hahaha. Not me lah. WA is for Wahidah and Azlan. Saya lambat lagi nak kahwin. Jodoh tak ada. Batang hidung, bayang pon tak nampak. Hahaha. 

Pada 28 Julai 2017, Nurul Wahidah selamat menjadi isteri kepada Muhammad Azlan dengan sekali lafaz. Kenduri kahwin berlansung pada keesokkan harinya. Kak Wahidah ni classmate saya sepanjang 3 tahun dekat KUIM and dorm mate juga selama 2 tahun. Wah tak sangka Kak Wahidah dah jadi isteri orang. Selama ni dok gosip mosip berjemaah kat dorm pasal kahwin. Siap main teka-teka lepas ni siapa kahwin. Hahaha. Omooo rindunya kenangan dekat KUIM. So, tak usah lah kita membebel panjang-panjang. Go through je dengan gambar :)

Malam nikah tu. Pinjam gambar kawan. Hehehe. Saya tak ada waktu ni. Tengah otw ke sini. Tak dapat nak tengok. Huhuhuhu.

Geng-geng yang gerak dulu. Kami ke sana dengan 2 kereta. Ni geng dari Melaka (even yang lagi 3 tu bukan dari Melaka sebenarnya)

 Okay geng kereta lagi satu dah tiba. Sampai dekat Bagan Datuk ni dekat-dekat pukul 12 malam jugak lah sebab gerak lambat dari Kuala Selangor. Disebabkan boleh jangka yang kami tak sempat tiba time nikah tu, so dah siap pesan kat Kak Wahidah jangan salin baju. Hahaha. tak dapat saksikan pon tak apa lah asalkan dapat bergambar. Amek feel sikit.

Dap kecik. #StyleZura

The day, 29 Julai 2017. Cantik kan Kak Wahidah. Macam lah kalau saya kahwin nanti? Hahaha sempat lagi berangan. Masha Allah sistur nie.

For your information, saya merupakan salah seorang bridemaids. Pergh tak pernah terfikir pon dapat jadi bridemaids. Selama ni dok tengok orang post je kan. Teringin lah juga kan. Ada lah sikit tu keinginan. Agaknya Allah makbulkan. Hahaha. First experience jadi bridemaid. What I felt? Tobat aku tak nak jadi bridemaids. Hahaha. Tapi kalau ada rezeki, boleh je, no hal. Kena ambil aura pengantin. Hahaha. Memang tabik springgg lah dekat korang yang dah banyak kali jadi bridemaid. Bila tengok orang post nampak macam best je kan. Gambar pon cantik. Bila diri sendiri yang alami perghhh tapi penat lelah tu berbaloi lah. Bila tengok gamabr tu, wow amazing!



The bridemaids. Tema baju kelabu and tudung purple.

Paling suka gambar ni. Cantik abang kamera tu ambil.

Ayuh kita muntah hijau beramai-ramai. Sistur tak sanggup nak tengok. Hahaha. 

Banyak sebenarnya gambar yang diambil tapi pada abang kamera kot. Bila nak dapat semua gambar ni? Hahaha excited nak tengok. Padahal nak tengok muka sendiri. Elok ke tak ghupe aku hahh, tak mencacatkan gambar ke kan :p

Begitulah kisahnya. The first classmate and dorm mate yang kahwin. Besok walimatul urus kawan sekolah lama pulak dekat Shah Alam. Stress pulak tengok kawan dah kahwin nie. Hahaha. Jodoh dan rezeki itu di tangan Allah kan. Sabar lah anis oi. Diri tu tak cukup sedia. Ilmu di dada pon tak cukup. Jangan nak gatai sangat. Hahaha. Sampai setakat ini sahaja. Jumpa lagi. BUBYE!

26/8/2017

Buat Kak Wahidah dan suami, Tahniahhhh! Tak sangka akak dah jadi isteri. Rasa macam baru semalam kita gosip mosip pasal kahwin ni. Hehehe. Semoga Allah memberkati perkahwinan ini and kekal hingga ke jannah. Jangan lupa share tips and petua kat kita orang yang masih bujang ni :)

No comments: