Tamat Diploma


Assalamualaikum

Fuhh dah berapa bulan ye saya tak update blog? Lebih kurang 6 bulan gitu. Hehehe okay tak ada apa nak dibanggakan sangat. Agaknya masih ada lagi ke reader saya nie? Mungkin dah tak ada barangkali. Okay abaikan, saya dah mula mengarut. Berbalik pada tajuk entri nie. YEAHHH alhamdulillah saya sudah tamat diploma saya selama 3 tahun di Kolej Universiti Islam Melaka yang mana KUIM dalam proses ke arah universiti. In shaa allah tahun ni kalau tak silap saya. KUIM pon semakin dikenali. Banyak juga komen-komen yang bertanyakan tentang KUIM. Pertama sekali minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat balas komen korang dengan sepantas mungkin sebab saya jarang bukak blog *pada ketika itu* So, saya ade tinggalkan mesej supaya contact saya dekat facebook or twitter. Nak bagi instagram tapi saya tak ada. Hahaha. Tapi itu dulu lah. Sekarang ni saya tanam azam untuk aktifkan semula blog saya ni. *saya cuba :3* 

Sebenarnya, saya dah lama habis pun. Hujung bulan 5 hari tu. Hehehe tapi baru sekarang nak update. Fuhh ingat senang ke nak lawan malas ni and gerakkan tangan untuk update? *senang je. amek laptop, sign in blog then taip lah* Haih banyak pulak yang dibebelkannya. So, sekarang kerja saya "menanam anggur" yang berjaya. Oh yeahh. Memang ada plan nak sambung degree lepas ni tapi saya terlepas nak beli no pin upu. Saya ingatkan beli no pin tu bila-bila boleh beli. Ghupe nya ada tarikhnya. Haih punya lah konfiden aku pergi bsn hari tu sampaikan staf kat situ check balik kot-kot ada perkeliling mengatakan penjualan no pin dibuka lagi. Hahaha. Silap ceq juga sebab tak alert. So, nak tak nak kenalah tunggu tahun depan. Kenapa tak sambung KUIM? Hehehe. susah soalan ni. Saja nak cuba tempat yang baru. Even hati ni agak berbelah bahagi lah juga sebab geng-geng saya sambung situ tapi tak apa lah ku kuatkan semangat ini. Belajar tak perlu ikut orang kena ukur kemampuan kita and yakin dengan pilihan kita. yeahhh that's right *kata-kata semangat untuk diri sendiri*

So, bila dah hold dulu untuk sambung belajar, ini lah masanya untuk ambil lesen. Itu lah time lepas SPM tak nak ambil, sekarang baru terkedek-kedek nak ambil. Hehehe. Kena lah ambil juga kan sebab sekarang ni saya nak ke mana-mana memang bergantung pada ibu je. Kalau adik seorang tu pula tak sangat itu pun kalau dia balik hujung minggu or cuti sem je lah. Ibu pun memang suruh ambil sebab senang itu masa akan datang. even reti bawa tapi tak ada lesen tak boleh juga kan. So memiliki lesen itu adalah satu keperluan zaman sekarang nie. Saya ambil dua-dua lesen, motor dan kereta. Senang sikit sekali gus walaupun bayar lebih sikit lah. Baru 2 minggu lepas masuk kelas kereta, minggu ni kelas motor pula. Doakan saya lulus dengan satu test tau. Huhuhuhu. Mungkin akan ada yang tertanya tak pun terdetik kenapa tak cari kerja kan. Nak kerja sebenarnya tapi ibu lebih prefer ambil lesen dulu. Kalau saya kerja pun ibu juga yang akan hantar ambil saya. Ada juga try untuk mohon kerja kerajaan tapi ada satu tu minta sertakan salinan lesen. Ceq memang tak ada lah jawabnya. Ini lagi menguatkan supaya saya ambil lesen dahulu. 

Begitulah kisahnya. Tak best and hebat mana. Saja nak share. Hehehe nak menghidupkan suasana blog saya yang berhabuk ni hah. Berapa lama dah kena tinggal. Huhuhu. Lagi nak cakap apa lagi ye? Pada korang yang suka baca puisi or tengah bosan-bosan tu meh lah jenguk blog adik perempuan saya ni. Member ni sejak akhir-akhir ni dok berpuisi je dalam blog ni. Saya bukanlah orang sastera or seni jadi memang baca macam tu je lah, tak faham mana pun just boleh rasa ada maksud tersirat je tu. Hehehe. Nasib kamu lah mashitah oi dapat kakak macam ni. Minat kita berbeza. Hahaha. Try lah baca, mungkin korang lebih faham dan menghayati puisi tu. Selamat membaca :3

1/8/2017

can't wait for Girls Generation's comeback. Wuhuuu. By the way I cannot move on with Ko Ko Bop by EXO and Cherry Bomb by NCT 127. Love their dances. <3

Comments

  1. Assalamualaikum 😊 nak tanya study dkat kuim okay tak ye? Awak ambil course apa dulu?

    ReplyDelete
  2. @ziraaWaalaikumusalam. Pd saya okay lah kuim tu. Students x ramai mcm kat u. Tenang lah suasana tu x sesak sgt. Hehehe. Saya amek kos diploma kewangan syariah

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018