Welcome 2017

Assalamualaikum

HAPPY NEW YEAR!

Dah masuk hari ke18 baru saya nak wish. Huhuhu. Hari ni saya kuatkan semangat juga untuk update. Setiap hari pasang niat nak update blog tapi tak update juga. Sikap malas ni menguasai diri. Bila balik dari kerja tu memang nak rehat je, tak nak buat apa-apa kerja. Hahaha kemain, macam lah banyak komitmen sangat. Padahal praktikal je pun. Okay, kembali ke tajuk entri nie. 

Tahun 2016 memang salah satu tahun yang beri banyak impak pada saya dan keluarga. Sebabnya kami berpindah ke Johor. Selama 20 tahun (ikut umur saya lah ye) menetap kat Shah Alam. Senang cerita memang saya adik beradik membesar dekat shah alam. Hanya lahir saje kat Johor. Kalau ibu dengan ayah tu tak tahu lah dah berapa lah kan sebab sebelum kahwin pun memang dah menetap kat shah alam. Kehidupan, gaya hidup dan segala macam dah sebati dalam hidup kami. So, bila tetiba pindah kat johor memang alami culture shock lah sebab berbeza kan. Mula tu macam memberontak lah juga tapi tak ada lah sampai buat panji ke apa lah kan. Acah-acah protes lah. Huhuhu. Bila fikirkan balik, memang tak ada dah kat shah alam sana. Yang tida hanyalah kenangan. Cewahhhh kengkawan, jiran, sekolah ape lah semua. Bagi yang tak tahu sebab saya berpindah boleh lah tengok pada entri saya yang lepas-lepas (kalau nak tahu lah. tak paksa pun. huhuhu T.T) 

Esok adalah hari terakhir saya praktikal. Sekejapnya masa berlalu. hahaha. Padahal time awal-awal dulu kemain menghitung masa dan hari. Nasib tak tick kat kalendar je. Hahaha teruk nauu perangai. Dah lama-lama tu macam dah expert sikit, dah mula seronok kerja memang tak sedar masa berlalu dengan cepat. Mula lah rasa macam sedih nak habis. Sesi 'drama sedih' pun bermula. Hari ahad ni dah kena masuk semula. Tak sangka dah sem 6. OMG. Hahaha. Masuk 3 tahun dah rupanya saya menetap di bumi melaka :p Haih baru sekarang nak sedar itu sedar ini lah. Teruk perangai. Maklumlah kita ni manusia biasa je #alasan

Result sem 5 saya menurun sikit, pointer jatuh tapi kekal dalam target. Redha je lah sebab memang salah sendiri. Time sem 5 ni saya memain tak serius belajar. Sem 6 ni memang tanam azam lah nak kaw-kaw score. Sem akhir tinggal, kena kasik gempak sikit result. Hehehe. Nervous pulak rasanya nak menghadapi sem 6. Get ready dengan report praktikal dan presentation. Subjek sem 6 pulak ada kira-kira. Boleh tahan killer juga lah. Semoga Allah mudahkan segalanya. 

Harapan saya untuk tahun 2017 ini, semoga segala perancangan kami berjalan dengan lancar. Paling penting mendapat redha-Nya. Tahun2015 dan 2016 merupakan tahun yang amatlah bersejarah dan mengubah hidup kami. Semoga tahun 2017 ni memang memori yang indah buat saya sekeluarga. Begitu juga buat anda semua. Hehehe. Sayonara. Assalamualaikum :)

18/1/2017

Comments

  1. Assalammualaikum.habis je belajar masuk kuim 3 tahun tu nak kerja kat mana ye? Contoh kalau saya ambil nurse,dia ada provide mana2 hospital after tamaat pengajian?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous waalaikumusalam. maap ye reply lambat. kalo saya yg bru abis belajar mmg x de buat ape. sume atas keputusan sndiri sbb mgkin ade setgh tu nak smbg setgh tu nak keje. kuim bg transkrip sementara bg mereka yg nak mohon keje. tapi klo kos nursing ni saya kurg pasti memandangkan saya tak ade kwn dr kos tu. maap ye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018