Semester Break

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik tak sangka kita akan meninggalkan 2016. Pejam celik pejam celik tak sangka saya dah tamat sem 5. Pejam celik pejam celik tak sangka dah lama saya tak update blog. Hehehehe. Last update pon raya hari tu bulan 7. Hmmm amazing! Hahaha tak yah nak "amazing" sangat lah kan. Nampak lah yang saya dah lama tak update tu sampai teruja tengok dashboard blog dah bertukar baru. Blur-blur juga time bukak tu. Haih tak boleh jadi ni, kena explore.

Termasuk hari ni sudah 3 hari saya cuti sem. Actually dari hari rabu tu dah start tapi saya kira dari hari saya balik rumah lah iaitu hari Jumaat. Final exam saya habis awal, 29 Nov. Mula 21 Nov. Alhamdulillah sepanjang saya dekat kuim dari sem 1 sampai 5 boleh dikatakan kos saya antara yang habis paling awal lah. Hahaha. Poyo bhaii. Habis awal pon padatnya jadual tak usah kata lah. Hehehe okay ketepikan pasal final exam. dah selamat dah pon. Tak tahu lah apa yang saya jawab. Hehehe. Hopefully okay lah mohon result still maintain. 

Tak ada apa pon yang saya nak katakan dalam blog ini. Hanya sekadar kata-kata sapaan sahaja. Just nak menunjukkan bahawa blog ini masih aktif lagi. Hehehe okay macam lah ada orang kisah kan. You are nothing lah anis. Haih teringin juga nak update sesuatu yang bermanfaat untuk semua tetapi entah lah. Ilmu and pengalaman masih kurang. Diri ini terlalu kerdil untuk berkongsi pendapat. Cewahhh alasan semata-mata. Okay abaikan. Mesti korang meluat lah dengan saya. Hari ahad ni bersamaan 11 Disember, saya akan mula praktikal. Nebess mak, jahhh oi. Hahaha. Praktikal saya tamat pada 19 Januari. Kenapa hari ahad? Sebab saya praktikal kat Johor. Faham-faham saja lah ye. Praktikal selama sebulan lebih kot sepanjang cuti sem kali ni. Sekejap je praktikal. Ya Allah mudahkanlah segala urusan. Takut pulak rasanya. Dah lama tak kerja kan. Dulu pon part time kat butik pakaian. Kali ni praktikal kat pejabat. tak pernah lagi rasai kerja macam mana. Huhuhuhu. Okay good luck anis. Yakin dengan Allah and be positive.

Okay lah itu sahaja. Just nak "warm up" je setelah sekian lama biarkan blog ini. Dah berhabuk dah. Susah nak tanggalkan habuk ni. Mengarut sudah. Wish you all a better day and enjoy your life. Sayonara.... 

5/12/2016

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018