#ThrowBack : Naik Banana Boat

Assalamualaikum,

Selamat malam wahai "burung-burung hantu" sekalian. Ke x sesuai untuk masa sekarang eh? Hehehe halal je ah. Saya kuatkan semangat untuk update blog. Asyik dok tangguh-tangguh je, sampai kesudah tak update. Buat throwback je lah ye sebab nak ceritakan aktiviti sekarang pun nothing sebab duduk rumah je. Menghabiskan saat-saat indah cuti yang berharga ni sebelum start praktikal hari ahad nie. nebesss hakak :p

okay kita straight pada niat utama entri ini dipos. Kononnya na menghilangkan stress lah sebab seminggu tu berderet 4 papers just ada gap sehari je. Isnin, selasa, khamis, jumaat. Jadi pada keesokkannya hari iaitu hari sabtu bersamaan 26 Nov 2016 maka berangkatlah kami ke Port Dickson. Port Dickson memang syurga untuk bermandi-manda, main air and so on. Mmemandangkan KUIM dengan PD tak ada lah jauh mana dalam sejam juga lah, itu yang memasing setuju lah nak try main banana boat kat situ. Padahal tempat paling dekat dengan kami pon ada je iaitu Pengkalan Balak. Hehehehe saje je nak "travel" jauh sikit. 

Selfie sat sebelum bertolak.

Nasib kami tak berapa baik sangatlah sebab tempat yang kami nak pergi itu surut airnya. kata salah seorang kawan yang pernah pergi tu selalunya air pasang waktu-waktu macam ni. Time kami sampai sana tu dalam pukul 10 pagi. So, decide cari tempat lain. Tapi sebelum itu pergi ngerteh and breakfast dulu. Perut ni hah dah berdondang sayang.


Menambahkan lemak di badan. Hehehe. Tak ada pulak gambar ramai-ramai. Kami berempat duduk berasingan dengan dia orang sebab malas nak tarik-tarik meja kerusi. Mmemang orang tu offer untuk tarik tapi tak payah lah. Meja and kerusi kayu kot, boleh tahan berat juga lah.

Dah selesai mengenyangkan perut, kami carik port yang best untuk main banana boat. Akhirnya jumpa juga. Tak ingat apa nama tempat ni tapi menurut sumber yang tidaklah berapa sahih dalam area Batu 4 lah tapi apa yang saya pasti tempat ni selepas tempat yang penuh khemah or senang cerita orang selalu pergi lah. Tempat belah kiri lah and kedepan lagi. kalau korang biasa or pernah pergi PD mungkin akan tahu kot. Hmmm tak tahulah. Harap maaf, tak dapat nak bagi info yang betul.



Terik sungguh cuaca hari itu. Tempat yang kami pergi ni pon cetek juga airnya tapi lagi okay lah kot dari tempat mula-mula pergi tu. Selfie dulu sebelum bergerak menuju ke banana boats. Ini first time saya naik banana boat. Tempat yang kami pergi ni harga untuk naik seorang RM15. Ada pakejnya lah. RM15, RM25 dengan RM35 (kot lah. saya tak pasti). Setiap harga ni ada dah ditetapkan berapa jauhlah banana boat tu akan pergi. Disebabkan kami ramai iaitu 13 orang (asalnya 15 orang tapi lagi 2 tu tak mahu) kami dapat harga RM15 tapi orang tu bawak kami macam yang harga RM25 tu. Kasik special sikit. Hehehe.

Perasaan bila naik tu? Sebelum naik tu memang berdebar lah sebab first time kan and saya duduk belakang sekali. Risau juga kalau terlepas kang naya je lah. Hakak dah lah tak tahu berenang. Selesai tu, pergh memang best tapi tak lah semencabar macam yang dorang dok kata-kata tu. Relax saje. Siap boleh angkat tangan tak payah pegang tali pemegang tu. Kata dorang kat Pengkalan Balak punya lagi laju memang menakutkan. Hmm in shaa allah ada rezeki saya nak try lah kat sana. Hehehe. Okay kita go through pada gambar terus je lah ye. Hehehe

Terserlah kegembiraan di wajah masing-masing.

Jadi model kat boat kejap. Hehehe












Okay itu sahaja gambar sekitar kawasan situ. Banyak lagi gambar tapi majoritinya sama sahaja. Ini pon saya main pilih secara rawak je sebab terlampau banyak. Nasib lah kalau tak cantik. Hehehe. Dah habis naik banana boat tu kami mandi-manda kat situ. Sempat lagi belajar berenang tapi cara nak ampungkan badan je lah. Saya lepas tapi kalau pakai life jacket tu je lah. Masih tak berjaya lagi kalau tak pakai jaket tu. Penuh mulut saya dok terminum air laut tu. Masinnya tak usah cakap lah. Thanks to abang seorang (tak ada dalam gambar) sebab sudi melayan kerenah kita orang. Macam-macam pe'el lah memasing. Abang tu je yang bertahan. Hehehehe.

Selesai solat and bersihkan diri, masa untuk mencari tempat makan pula. Memandangkan kami dah kepenatan and malas nak mencari tempat makan, so pergi kat KFC yang berdekatan dengan tempat kami mandi. 

 Saya kalau pergi KFC memang suka ambil yang set lunch punya yang ada nasi tu. Selalunya ambil yang set B tu lah. Hehehe 


"Hand Made". Acah-acah model kejap. Kayu bhaii aku ni. KFC kat situ sangat lah cantik design nya.

Begitulah kisahnya. Tak ada lah menarik mana kan. Balik je memang burn muka tu tak usah kata lah. Seperti yang dijangkakan. Memasing tak ada sun block. So redha je lah. Lagi beberapa hari je sebelum cuti sem, kena pulak just pergi KUIM untuk ambil satu lagi paper. So tak ada lah kesah sangat pasal ke-burn-nan di wajah ini. Hehehe.

Sampai setakat ini. Thanks sudi baca and bersabar membaca entri saya dari mula sampai habis (kalau ada lah T.T) Good night, sweet dream. Assalamualaikum. 

8/12/2016

Semester Break

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik tak sangka kita akan meninggalkan 2016. Pejam celik pejam celik tak sangka saya dah tamat sem 5. Pejam celik pejam celik tak sangka dah lama saya tak update blog. Hehehehe. Last update pon raya hari tu bulan 7. Hmmm amazing! Hahaha tak yah nak "amazing" sangat lah kan. Nampak lah yang saya dah lama tak update tu sampai teruja tengok dashboard blog dah bertukar baru. Blur-blur juga time bukak tu. Haih tak boleh jadi ni, kena explore.

Termasuk hari ni sudah 3 hari saya cuti sem. Actually dari hari rabu tu dah start tapi saya kira dari hari saya balik rumah lah iaitu hari Jumaat. Final exam saya habis awal, 29 Nov. Mula 21 Nov. Alhamdulillah sepanjang saya dekat kuim dari sem 1 sampai 5 boleh dikatakan kos saya antara yang habis paling awal lah. Hahaha. Poyo bhaii. Habis awal pon padatnya jadual tak usah kata lah. Hehehe okay ketepikan pasal final exam. dah selamat dah pon. Tak tahu lah apa yang saya jawab. Hehehe. Hopefully okay lah mohon result still maintain. 

Tak ada apa pon yang saya nak katakan dalam blog ini. Hanya sekadar kata-kata sapaan sahaja. Just nak menunjukkan bahawa blog ini masih aktif lagi. Hehehe okay macam lah ada orang kisah kan. You are nothing lah anis. Haih teringin juga nak update sesuatu yang bermanfaat untuk semua tetapi entah lah. Ilmu and pengalaman masih kurang. Diri ini terlalu kerdil untuk berkongsi pendapat. Cewahhh alasan semata-mata. Okay abaikan. Mesti korang meluat lah dengan saya. Hari ahad ni bersamaan 11 Disember, saya akan mula praktikal. Nebess mak, jahhh oi. Hahaha. Praktikal saya tamat pada 19 Januari. Kenapa hari ahad? Sebab saya praktikal kat Johor. Faham-faham saja lah ye. Praktikal selama sebulan lebih kot sepanjang cuti sem kali ni. Sekejap je praktikal. Ya Allah mudahkanlah segala urusan. Takut pulak rasanya. Dah lama tak kerja kan. Dulu pon part time kat butik pakaian. Kali ni praktikal kat pejabat. tak pernah lagi rasai kerja macam mana. Huhuhuhu. Okay good luck anis. Yakin dengan Allah and be positive.

Okay lah itu sahaja. Just nak "warm up" je setelah sekian lama biarkan blog ini. Dah berhabuk dah. Susah nak tanggalkan habuk ni. Mengarut sudah. Wish you all a better day and enjoy your life. Sayonara.... 

5/12/2016