Raya 2016



Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya wish kat korang kan. hehehe. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. So, macam mana raya tahun ini? pasti seronokkan. Semoga kita sentiasa berada didalam keredhaan-Nya. Saya tak mahu terlalu terkenangkan perkara yang sudah lepas. memang akan sedihlah bila teringatkan arwah ayah saya. walau apa-apa pon, saya sepatutnya bersyukur sekurangnya saya dapat beraya bersama keluarga and saudara-mara yang lain. mungkin ada diluar sana yang nasibnya tak berapa baik. Okay sepanjang cuti raya minggu lepas, memang kami tak ke mana pon. Memandangkan kami tinggal bersama nenek, sah-sah lah orang yang akan datang ke rumah kami untuk ziarah nenek. Dari raya pertama sampai keempat, rumah dipenuhi dengan tetamu yang datang silih ganti (betul ke ayat ni? harapnya betullah penggunaanya. hehehe)  Memang rasa macam tak bebas juga lah tapi pujuk hati ni sebab setiap tetamu yang datang membawa rezeki. Ibu selalu pesan gitu. Memang boleh jangka pon sebab dulu pon kalau raya dekat kampung ibu memang tak kemana lah tapi kampung ayah sebaliknya sebab atok dan nenek dah tak ada. makanya kami lah yang pergi mencari saudara mara. ada kurang and lebih lah kat situ. Hehehe.

Baiklah tak mahu membebel panjang sangat. saya buat throwback je lah sepanjang raya pertama tu sampai raya keempat. Raya kelima tu dah tak ada orang datang sebab memasing berpusu-pusu nak balik ke rumang masing-masing. 

RAYA PERTAMA 

Hari raya pertama tak menyempat nak bergambar secara berjemaah sebab ahli keluarga tak cukup and lagi satu tukang selfie tak ada. Hehehehe. siapa lagi kalau bukan pak usu saya tu. Dia pergi join marhaban. Memang menjadi adat kat kampung saya ni tiap kali raya akan ada rombongan marhaban datang setiap rumah. Tahun ini, rumah nenek saya yang terakhir. So, sementara menunggu orang marhaban datang and saudara datang, lebih baik kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk bergambar.


Iye kalau sudah si mashitah tu yang pegang kamera memang kena jadi model tak berbayar lah bagi orang-orang yang berdekatan dengan dia. Terutama sayalah. Jadi 'model' sementara dengan kak long. Hehehe


Ibu dan Mashitah. Hahhh inilah adik perempuan saya. The only one. Ajet-ajet hipster pulak minah ni.


Cover ayu sikit. Cehhh!


Ikut ketinggian. yang itu adik bongsu saya, Hafizuddin namanya. Wuuu dah nak dekat sama tinggi dengan ibu. Kalau saya, hmmm tak usah cakaplah. hehehe *riak kejap*


Orang tak akan kata kami ni adik-beradik sebaliknya kawan atas alasan muka tak sama. satu lagi, orang akan anggap dia itu kakak and saya ni adik. Alahai mudanya aku~~~~ *muka malu* 

RAYA KEDUA

Apa istimewa pada hari tersebut? For the first time, rumah saya dikunjungi oleh rakan saya sendiri. datang dari jauh bhaii. Actually, kebetulan je sebab tahun ni dia beraya dekat Muar. So ada kelapangan dia singgahlah ke rumah saya. Kemain hari tu siap buat whatsapp call lagi semata nak tanya alamat rumah. Ingatkan dah berjam lah dia send whatsapp. rupanya baru berapa minit. Boleh tahan kau ye, Farah.


abaikan 'nurrrr' dibelakang itu. cehhh tenang sungguh tengok kami ni :p

Hendak dijadikan cerita, rupanya ayah dia ni pernah menetap dekat kampung saya and kebetulan dia bawa sekali neneknya. Tup-tup time kecik-kecik dulu nenek saya and nenek dia berkawan. Perghhh kecik sungguh bumi nie. Ayah and nenek dia kenallah atok nenek saya. Saudara jauh lah kami ni. Memang kelakar bila dapat tahunya. Ayah dia pon tak tahu, bila dah sampai baru perasan sebab dorang tak jumpa kampung saya. Itu perkara biasa jadi kena jemput lah kat satu tempat. Kemain jauh kami kenal lastly saudara sebenarnya. Farah ni kawan sekolah menengah saya kat shah alam dulu. Dia dok kat Puchong. Alahai farah farah. Patutlah kita ni macam ada 'chemistry' semacam bila jumpa. Hehehe. Pertemuan yang Allah tetapkan sangat sempurna. Siapa sangkakan?

RAYA KETIGA


Bergambar bersama keluarga pak ngah. Pak ngah ni abang ayah saya. Singgah kampung saya otw balik ke Semenyih. dah lama tak jumpa. biasalah kekangan masa and tempat. Memandangkan tahun ni kami tak balik beraya kat Kota Tinggi, itu yang mereka singgah. Along Azim tak ikut sekali sebab isteri dia tengah berpantang. Tahniah along for the first baby :) Abaikan muka and pakaian saya dengan Mashitah. Hehehe penat time, dah petang katakan. Nak pakai baju kurung, rasa malas pulak sebab duduk rumah je and nanti kena basuh pinggan cawan. Hehehe alasan semata-mata.

RAYA KEEMPAT


Semalamnya keluarga pak ngah. Hari ini, keluarga ucu pulak. Ucu adalah adik perempuan ayah saya, Sebelum singgah rumah saudara mereka dekat Segamat.


Adik dan Arif (anak bongsu ucu)


The gegirls :p (Mashitah, saya, Kak mirah, Ika) *abaikan kepala sesat kat belakang tu. spoil je.*



Azizi (adik lelaki saya) dan Anwar (anak ke3 ucu)

The princess, ibu and ucu :)

Banyak sebenarnya gambar tapi kena 'tapis' sikit. Hehehe. Kang loading lama pulak sebab penuh dengan gambar. Itu sahaja gambar yang saya rasa sesuai kot untuk di-upload-kan.

Begitulah kisahnya. Sedih? Gembira? Semua ada. Hahaha. Bukan mudah untuk menjalani kehidupan bila ahli keluarga tak cukup lagi-lagi yang pergi tak kembali. Hanya Allah sahaja yang dapat pulihkan hati ini. Tiada apa yang kami harapkan. Semoga raya tahun ini and seterusnya serta kehidupan akan datang lebih gembira and diberkati. Hargailah insan yang anda sayang terutama sekali ibu bapa. Tiada siapa yang dapat gantikan mereka walaupun kita jumpa seakan sama pon, ianya tetap tak sama. Sekian terima kasih (cehhh macam buat iklan pulak dekat sini. Hehehe) 


13/7/2016
p/s : 18 Julai, result sem 4 akan diumumkan. 24 Julai, masuk sem baru. Fuhhh berdebaqqq rasanya. Wish me okay :p