Lepak Bertiga

Assalamualaikum,

seperti yang saya telah maklumkan pada entri lepas bahawa saya akan pergi shah alam untuk jumpa geng. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya walaupun ada lah sedikit 'lari' dari apa yang dirancang. walau apa pun, motif utama saya ke shah alam adalah untuk jumpa geng lepak time sekolah dulu. geng lepak, geng gosip, geng pergi kantin time rehat, geng memekak dekat library time orang tak ada (mentang-mentang lah librarians kan) dan bla bla bla. hahahaha. 

makanya pada hari kejadian (khamis), saya bertolak ke shah alam dengan menaiki bas pada pukul 1.30 petang. macam ayat karangan pulak. huhuhu dah lama tak naik bas ekpres. last naik time sem 2. sem 3 saya tak naik bas sebab tumpang kereta kawan. sem 4 nie naik bas semula tetapi bukan bas ekspres lah tapi bas 'lompat-lompat' atau lagi senang dipanggil bas yang berhenti-henti tu. perasaan time tu berdebar-debar (ceh!), excited, risau, segala macam ada. sebabnya dah lama tak pergi shah alam and yang menjemputnya bukan lah family sendiri tapi kawan. waktu bincang dengan alina tu, memang mula tu serba salah nak setuju cadangan dia. ye lah kita tumpang rumah dia selama 3 hari kot tambahan lagi dia kena datang jemput. serius serba salah tapi alina yakinkan saya tak ada masalah untuk saya datang. dia pulak yang serba salah dengan saya sebab rumah bersepah. mak aiii dah terbalik dah nie.

setelah bincang dan tanya kawan-kawan yang lain, keputusannya hanya Ain dan Alina je yang dapat jumpa. yang lain ada hal, ada kelas. tak apa lah. mana yang ada je lah. serba salah pun ada juga saya sebab rasa macam timing yang saya nak datang tak kena dengan dorang pulak. tapi apakan daya, hahaha. 

so hari jumaat tu, kita orang lepak dekat SACC Mall. plan last minute. tak rancang pun nak ke situ. plan nak pergi Jusco kat Bukit Raja tu, konon nak tengok wayang (idea saya lah tu :D) tapi tetiba mak ain ada emergency meeting. so tukar lokasi lah. lepas ain habis kelas pagi tu, kita orang pergi lah SACC Mall naik bas rapidKL. haaaa satu pengalaman baru untuk saya lagi, first naik bas rapidkl nie. hahaha sian saya. kata dah 19 tahun bermastautin kat shah alam tapi bas rapid ni tak pernah naik. hahaha nak buat macam mana kan, belum ada sebab untuk naik. sampai SACC Mall pun dah dekat pukul 4 petang, ain pun tak makan dari pagi lagi. jadi kita orang singgah Pizza Hut. sepanjang petang tu just lepak kat pizza hut. dekat sejam lah jugak dok situ sampaikan pekerja kat situ perhati je kita orang. nampak sangat nak menghalau tu. hahaha.


 ain dan alina

 khusyuk betul makan sup cendawan. hehehe

 why saya buat muka macam tu?! kantoi kelaparan. dalam hati ni bila lah pizza nak sampai nie :p


 wahhh 'nur' sungguh kami nie!

 sempat lagi selfie dekat surau :)

time nie dekat sekolah adik alina, SMK Seksyen 16. ada mesyuarat PIBG dengan Anugerah Kecemerlangan.


Last but not least, thanks for everything alina. thanks tumpangkan aku kat rumah kau. sudi layan kerenah aku nie hah. by the way, maaf sebab tak menyempat beli hadiah birthday untuk kau. in shaa allah nanti aku pos kat rumah kau. thanks juga pada ain. berusaha juga nak jumpa even hari jumaat tu ada kelas. thanks sangat-sangat. kalau syafiqah ada, lengkap lah geng kita, yang kaki lepak dekat surau tiap petang, librarians yang suka memekak kat library time kosong and bla bla. hahaha. 

nak cakap apa lagi ye? hmmm esok dah kena balik asrama. tamatlah cuti midsem untuk sem nie. macam biasa lah bila dah dekat nak balik baru na siapkan kerja. baru habis siapkan esaimen part saya. mentang-mentang lah rujukannya dah ada just tinggal nak taip, itu yang saja buat lambat tu. hehehe alasan semata-mata. fuhhh!! esok nak balik. kena kembalikan mood nie. mood study, ku seru untuk datang kembali kepadaku. hahaha okay dah mula melalut, baik saya stop sekarang. bye.

27/3/2016

Comments

  1. Asslmualaikum , saya sebaya awak saya orang perak. Saya bakal daftr kuim pada 30/5 ni.. Saya nk bertaya jika awak tidak keberatan, terminal bas terdekat dgn kuim kat mne ye? Kalau pelajar kuim mahu pulng ke rumah msg2..sye cume ingin bertanya.

    ReplyDelete
  2. @Anonymouswaalaikumussalam. terminal paling dekat bus stand masjid tnh. kt sne ade bas yg nak ke melaka sentral. klo bas ekspres pon hanya ke tbs shj. klo awak nak balik ke perak, kne naik 2 kali bas lah. means behenti kt masjid tnh, then amek bas ke melaka sentral.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018