28 March 2016

Lepak Bertiga

Assalamualaikum,

seperti yang saya telah maklumkan pada entri lepas bahawa saya akan pergi shah alam untuk jumpa geng. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya walaupun ada lah sedikit 'lari' dari apa yang dirancang. walau apa pun, motif utama saya ke shah alam adalah untuk jumpa geng lepak time sekolah dulu. geng lepak, geng gosip, geng pergi kantin time rehat, geng memekak dekat library time orang tak ada (mentang-mentang lah librarians kan) dan bla bla bla. hahahaha. 

makanya pada hari kejadian (khamis), saya bertolak ke shah alam dengan menaiki bas pada pukul 1.30 petang. macam ayat karangan pulak. huhuhu dah lama tak naik bas ekpres. last naik time sem 2. sem 3 saya tak naik bas sebab tumpang kereta kawan. sem 4 nie naik bas semula tetapi bukan bas ekspres lah tapi bas 'lompat-lompat' atau lagi senang dipanggil bas yang berhenti-henti tu. perasaan time tu berdebar-debar (ceh!), excited, risau, segala macam ada. sebabnya dah lama tak pergi shah alam and yang menjemputnya bukan lah family sendiri tapi kawan. waktu bincang dengan alina tu, memang mula tu serba salah nak setuju cadangan dia. ye lah kita tumpang rumah dia selama 3 hari kot tambahan lagi dia kena datang jemput. serius serba salah tapi alina yakinkan saya tak ada masalah untuk saya datang. dia pulak yang serba salah dengan saya sebab rumah bersepah. mak aiii dah terbalik dah nie.

setelah bincang dan tanya kawan-kawan yang lain, keputusannya hanya Ain dan Alina je yang dapat jumpa. yang lain ada hal, ada kelas. tak apa lah. mana yang ada je lah. serba salah pun ada juga saya sebab rasa macam timing yang saya nak datang tak kena dengan dorang pulak. tapi apakan daya, hahaha. 

so hari jumaat tu, kita orang lepak dekat SACC Mall. plan last minute. tak rancang pun nak ke situ. plan nak pergi Jusco kat Bukit Raja tu, konon nak tengok wayang (idea saya lah tu :D) tapi tetiba mak ain ada emergency meeting. so tukar lokasi lah. lepas ain habis kelas pagi tu, kita orang pergi lah SACC Mall naik bas rapidKL. haaaa satu pengalaman baru untuk saya lagi, first naik bas rapidkl nie. hahaha sian saya. kata dah 19 tahun bermastautin kat shah alam tapi bas rapid ni tak pernah naik. hahaha nak buat macam mana kan, belum ada sebab untuk naik. sampai SACC Mall pun dah dekat pukul 4 petang, ain pun tak makan dari pagi lagi. jadi kita orang singgah Pizza Hut. sepanjang petang tu just lepak kat pizza hut. dekat sejam lah jugak dok situ sampaikan pekerja kat situ perhati je kita orang. nampak sangat nak menghalau tu. hahaha.


 ain dan alina

 khusyuk betul makan sup cendawan. hehehe

 why saya buat muka macam tu?! kantoi kelaparan. dalam hati ni bila lah pizza nak sampai nie :p


 wahhh 'nur' sungguh kami nie!

 sempat lagi selfie dekat surau :)

time nie dekat sekolah adik alina, SMK Seksyen 16. ada mesyuarat PIBG dengan Anugerah Kecemerlangan.


Last but not least, thanks for everything alina. thanks tumpangkan aku kat rumah kau. sudi layan kerenah aku nie hah. by the way, maaf sebab tak menyempat beli hadiah birthday untuk kau. in shaa allah nanti aku pos kat rumah kau. thanks juga pada ain. berusaha juga nak jumpa even hari jumaat tu ada kelas. thanks sangat-sangat. kalau syafiqah ada, lengkap lah geng kita, yang kaki lepak dekat surau tiap petang, librarians yang suka memekak kat library time kosong and bla bla. hahaha. 

nak cakap apa lagi ye? hmmm esok dah kena balik asrama. tamatlah cuti midsem untuk sem nie. macam biasa lah bila dah dekat nak balik baru na siapkan kerja. baru habis siapkan esaimen part saya. mentang-mentang lah rujukannya dah ada just tinggal nak taip, itu yang saja buat lambat tu. hehehe alasan semata-mata. fuhhh!! esok nak balik. kena kembalikan mood nie. mood study, ku seru untuk datang kembali kepadaku. hahaha okay dah mula melalut, baik saya stop sekarang. bye.

27/3/2016

21 March 2016

Cuti Pertengahan Sem

Assalamualaikum,

*tengok tajuk entri* 

yup anis disini! sekarang ni saya tengah cuti midsem. budak sekolah dah habis cuti, saya pulak baru start cuti. huhuhu. and saya dengar kengkawan yang uitm tu start study week minggu nie kan. good luck untuk final exam nanti :) rasa macam cepat pulak masa berlalu. cuti midsem antara cuti yang students nantikan especially saya selain cuti sem yang memang sah-sah semua tunggu. naik midsem ni kena prepare jiwa dan raga lah. prepare untuk kuiz, presentation, esaimen and bla bla bla. hahaha 

okay cuti midsem nie belum start ape lagi yang saya plan nak buat iaitu siapkan esaimen and buat latihan bisnes math. naik cuti nie ada midterm untuk perakaunan pengurusan and bisnes matematik. huhuhu 2 subjek yang paling killer sem nie. okay tolak ke tepi kejap pasal kerja :p hehehe. tak sabarnya nak tunggu khamis nie. in shaa allah saya datang shah alam. motif? nak jumpa geng lah. actually saya plan cuti nie nak gi rawang, rumah kawan sekelas lah. konon nak lepak lah, jejalan memana ke kan sebab bosan dok kampung. hahaha alasan semata-mata. kalau kat shah alam dulu pon saya memang tak akan mereput gitu je kat rumah. ade je lah memana saya pergi. sebab kalau saya dok rumah, konfem tido punya lah. jadi baik saya keluar even pergi library shah alam je pon. huhuhu :)

nie pon idea alina lah yang mengajak saya datang. setelah saya pertimbangkan baik saya pergi shah alam. alang-alang kan. pergi rawang tu maybe bila-bila masa je lah saya ikut kawan saya balik. kena pulak parents dia jenis tak kesah kalau dia bawak kawan balik. kebetulan sabtu ni jugak ibu nak pegi shah alam sebab ada kenduri kahwin anak kawan ibu. so nanti ibu jemput saya je lah sabtu tu. khamis nie saya pergi naik bas je lah. 

okay panjang pulak intro saya nie. tak ada apa pon yang penting saya nak ceritakan. meh lah saya share sedikit gambar. gambar nie diambil pada hari selasa lepas. konon nak melepaskan stres kot, tu pergi pantai kejap. oh untuk makluman, tempat belajar saya memang dekat dengan pantai and laut. port dickson tu dah dekat lah tapi paling dekat pangkalan balak dengan tanjung bidara. kalau klebang tu jauh sikit lah. sementara menunggu makanan siap, kaksyuk bawak kita orang pergi kuala linggi tak silap. kalau korang lalu situ memang tak nampak pantainya. korang kena masuk dalam lorong rumah-rumah kat situ, baru jumpa pantai. menurut kawan saya, dalam cerita 'Cinta Si Wedding Planner' tu yang rumahnya si heroin tu dorang shooted kat kawasan kuala linggi nie. saya dah pergi rumah tu. dorang kata memang sebijik, rumah, surau.  saya tak tahu lah betul ke tak sebab saya tak tengok cerita tu. kemain 'penangnya'. huhuhu.

matahari get ready untuk terbenam


 buai laju-laju ...lalalala :)

 nie si ida mengorek pasir, nak carik remis (tak pasti betul ke tak namanya tu)

 dari kiri : akmar, saya, ida, fiqa, ana




 erghhh kenapa saya pandang arah lain?!

 hands up gaisss

me with ana

well we all memang suka ber-selfie :3

*free style*

sebenarnya niat asalnya pergi perpustakaan melaka untuk carik bahan esaimen. dari tempat saya nak ke sana dalam sejam jugak lah. first time pergi, so excited kejap. dah lah time tu penuh dengan budak sekolah. tebal muka je lah selfie depan dorang. hahaha excited punya pasal. hehehe.





itulah serba sedikit yang saya nak kongsikan. sampai setakat ini sahaja. jumpa lagi :)

21/3/2016

04 March 2016

Menginjak Usia 20 Tahun

Assalamualaikum,

pertama sekali, saya nak mintak maaf sesangat pada yang meninggalkan komen dekat blog saya. saya jarang bukak blog. jadi bila bukak blog tengok ade komen yang dah 'berkurun' orang hantar. huhuhu serba salah rasanya sebab reply lambat. harap maaf ye. kebanyakkan komen yang ditinggalkan pada saya adalah entri berkenaan kemasukan saya di KUIM. saya dah balas komen korang. boleh rujuk pada entri tersebut. nasihat saya untuk lebih kepastian tentang KUIM, boleh rujuk pada laman web rasmi KUIM. dekat situ banyak info and saya rasa boleh menjawab pertanyaan korang. hehehe maaf sekali lagi. 

beria je letak gambar atas tu kononya birthday girl. padahal dah belated birthday girl. hahaha. sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali nie, so hantam saje lah. birthday saya dah lepas pon iaitu pada 10 Februari 2016. siapa yang sama birthday dengan saya, seppp sikit! hehehe. genap sudah umur saya 20 tahun. huarghhhh dah tak sweet belasan-belasan dah. 20-an sekarang nie. birthday tahun nie saya sambut dekat asrama sebab jatuh pada tarikh yang ada kuliah. sah lah kat asrama time tu. pada awalnya kawan-kawan saya tak tahu pasal birthday saya tu. saya diamkan saje. hahaha tak tahu apa motif saya rahsiakan hari jadi saya. kena pulak time tu hari rabu, hari yang pack gila dengan kelas, dari pagi sampai ke malam. memang lagi saya tak nak bagitahu. lagipun saya hampir lupa hari itu birthday saya. kalau tak kerana group whatsapp sekolah saya dulu wish, tak adanya saya ingat. teruknya saya nie kan. birthday sendiri pon boleh lupa. terima kasih pada korang yang wish. 

kantoi time kelas malam tu bila kawan saya sorang nie (Azura) pergi tanya saya pasal birthday. dia ingat saya punya bulan 2 tapi konfius tarikhnya. punyalah dia teka 10,11, 12, 13. lastly saya sebut lah hari nie. ofkos kawan yang lain dengar. hahaha kantoi sudah. spoil lah zura nie. baru nak rahsiakan. 


jadi pada keesokannya, budak bilik saya yang merupakan budak kelas saya juga termasuk ida (dok bilik lain) sambut birthday saya. saya dah syak dah dorang nak buat sesuatu. saya dah pikir macam-macam dah. jangan lah dorang prank saya terok-terok. saya tak suka. lastly biasa je. time perjumpaan bilik tu lah ida keluarkan kek. huhuhu bukan sambut birthday saya je. sambut sekali 2 budak belated birthday girl (una and meah) dengan sorang upcoming birthday girl iaitu zura (18 Feb). terima kasih you guys. tak expect pon korang nak sambut birthday saya ni. pengalaman baru first time sambut birthday dengan kengkawan. huhuhu. kena calit kek dengan shera. sabar je lah. nasib baik tak kena air experiment dia. entah apa benda dia letak kat dalam tu. 

begitulah kisah sambutan birthday saya untuk tahun nie. hahaha kemain ayat. tak ada apa yang special pon. saje nak share dengan korang. okay lah. sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. segala kekurangan amatlah dikesali. terima kasih kerana sudi baca :) (itu pun kalau ada)

4/3/16

p/s : mohon sedekahkan al-fatihah buat arwah atok saya, Khamis bin Ismail yang telah meninggal dunia pada malam 28 Feb lalu. semoga roh atok dicucuri rahmat-Nya. jenazah atok dikebumikan disebelah kubur ayah saya.