09 December 2016

#ThrowBack : Naik Banana Boat

Assalamualaikum,

Selamat malam wahai "burung-burung hantu" sekalian. Ke x sesuai untuk masa sekarang eh? Hehehe halal je ah. Saya kuatkan semangat untuk update blog. Asyik dok tangguh-tangguh je, sampai kesudah tak update. Buat throwback je lah ye sebab nak ceritakan aktiviti sekarang pun nothing sebab duduk rumah je. Menghabiskan saat-saat indah cuti yang berharga ni sebelum start praktikal hari ahad nie. nebesss hakak :p

okay kita straight pada niat utama entri ini dipos. Kononnya na menghilangkan stress lah sebab seminggu tu berderet 4 papers just ada gap sehari je. Isnin, selasa, khamis, jumaat. Jadi pada keesokkannya hari iaitu hari sabtu bersamaan 26 Nov 2016 maka berangkatlah kami ke Port Dickson. Port Dickson memang syurga untuk bermandi-manda, main air and so on. Mmemandangkan KUIM dengan PD tak ada lah jauh mana dalam sejam juga lah, itu yang memasing setuju lah nak try main banana boat kat situ. Padahal tempat paling dekat dengan kami pon ada je iaitu Pengkalan Balak. Hehehehe saje je nak "travel" jauh sikit. 

Selfie sat sebelum bertolak.

Nasib kami tak berapa baik sangatlah sebab tempat yang kami nak pergi itu surut airnya. kata salah seorang kawan yang pernah pergi tu selalunya air pasang waktu-waktu macam ni. Time kami sampai sana tu dalam pukul 10 pagi. So, decide cari tempat lain. Tapi sebelum itu pergi ngerteh and breakfast dulu. Perut ni hah dah berdondang sayang.


Menambahkan lemak di badan. Hehehe. Tak ada pulak gambar ramai-ramai. Kami berempat duduk berasingan dengan dia orang sebab malas nak tarik-tarik meja kerusi. Mmemang orang tu offer untuk tarik tapi tak payah lah. Meja and kerusi kayu kot, boleh tahan berat juga lah.

Dah selesai mengenyangkan perut, kami carik port yang best untuk main banana boat. Akhirnya jumpa juga. Tak ingat apa nama tempat ni tapi menurut sumber yang tidaklah berapa sahih dalam area Batu 4 lah tapi apa yang saya pasti tempat ni selepas tempat yang penuh khemah or senang cerita orang selalu pergi lah. Tempat belah kiri lah and kedepan lagi. kalau korang biasa or pernah pergi PD mungkin akan tahu kot. Hmmm tak tahulah. Harap maaf, tak dapat nak bagi info yang betul.



Terik sungguh cuaca hari itu. Tempat yang kami pergi ni pon cetek juga airnya tapi lagi okay lah kot dari tempat mula-mula pergi tu. Selfie dulu sebelum bergerak menuju ke banana boats. Ini first time saya naik banana boat. Tempat yang kami pergi ni harga untuk naik seorang RM15. Ada pakejnya lah. RM15, RM25 dengan RM35 (kot lah. saya tak pasti). Setiap harga ni ada dah ditetapkan berapa jauhlah banana boat tu akan pergi. Disebabkan kami ramai iaitu 13 orang (asalnya 15 orang tapi lagi 2 tu tak mahu) kami dapat harga RM15 tapi orang tu bawak kami macam yang harga RM25 tu. Kasik special sikit. Hehehe.

Perasaan bila naik tu? Sebelum naik tu memang berdebar lah sebab first time kan and saya duduk belakang sekali. Risau juga kalau terlepas kang naya je lah. Hakak dah lah tak tahu berenang. Selesai tu, pergh memang best tapi tak lah semencabar macam yang dorang dok kata-kata tu. Relax saje. Siap boleh angkat tangan tak payah pegang tali pemegang tu. Kata dorang kat Pengkalan Balak punya lagi laju memang menakutkan. Hmm in shaa allah ada rezeki saya nak try lah kat sana. Hehehe. Okay kita go through pada gambar terus je lah ye. Hehehe

Terserlah kegembiraan di wajah masing-masing.

Jadi model kat boat kejap. Hehehe












Okay itu sahaja gambar sekitar kawasan situ. Banyak lagi gambar tapi majoritinya sama sahaja. Ini pon saya main pilih secara rawak je sebab terlampau banyak. Nasib lah kalau tak cantik. Hehehe. Dah habis naik banana boat tu kami mandi-manda kat situ. Sempat lagi belajar berenang tapi cara nak ampungkan badan je lah. Saya lepas tapi kalau pakai life jacket tu je lah. Masih tak berjaya lagi kalau tak pakai jaket tu. Penuh mulut saya dok terminum air laut tu. Masinnya tak usah cakap lah. Thanks to abang seorang (tak ada dalam gambar) sebab sudi melayan kerenah kita orang. Macam-macam pe'el lah memasing. Abang tu je yang bertahan. Hehehehe.

Selesai solat and bersihkan diri, masa untuk mencari tempat makan pula. Memandangkan kami dah kepenatan and malas nak mencari tempat makan, so pergi kat KFC yang berdekatan dengan tempat kami mandi. 

 Saya kalau pergi KFC memang suka ambil yang set lunch punya yang ada nasi tu. Selalunya ambil yang set B tu lah. Hehehe 


"Hand Made". Acah-acah model kejap. Kayu bhaii aku ni. KFC kat situ sangat lah cantik design nya.

Begitulah kisahnya. Tak ada lah menarik mana kan. Balik je memang burn muka tu tak usah kata lah. Seperti yang dijangkakan. Memasing tak ada sun block. So redha je lah. Lagi beberapa hari je sebelum cuti sem, kena pulak just pergi KUIM untuk ambil satu lagi paper. So tak ada lah kesah sangat pasal ke-burn-nan di wajah ini. Hehehe.

Sampai setakat ini. Thanks sudi baca and bersabar membaca entri saya dari mula sampai habis (kalau ada lah T.T) Good night, sweet dream. Assalamualaikum. 

8/12/2016

05 December 2016

Semester Break

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik tak sangka kita akan meninggalkan 2016. Pejam celik pejam celik tak sangka saya dah tamat sem 5. Pejam celik pejam celik tak sangka dah lama saya tak update blog. Hehehehe. Last update pon raya hari tu bulan 7. Hmmm amazing! Hahaha tak yah nak "amazing" sangat lah kan. Nampak lah yang saya dah lama tak update tu sampai teruja tengok dashboard blog dah bertukar baru. Blur-blur juga time bukak tu. Haih tak boleh jadi ni, kena explore.

Termasuk hari ni sudah 3 hari saya cuti sem. Actually dari hari rabu tu dah start tapi saya kira dari hari saya balik rumah lah iaitu hari Jumaat. Final exam saya habis awal, 29 Nov. Mula 21 Nov. Alhamdulillah sepanjang saya dekat kuim dari sem 1 sampai 5 boleh dikatakan kos saya antara yang habis paling awal lah. Hahaha. Poyo bhaii. Habis awal pon padatnya jadual tak usah kata lah. Hehehe okay ketepikan pasal final exam. dah selamat dah pon. Tak tahu lah apa yang saya jawab. Hehehe. Hopefully okay lah mohon result still maintain. 

Tak ada apa pon yang saya nak katakan dalam blog ini. Hanya sekadar kata-kata sapaan sahaja. Just nak menunjukkan bahawa blog ini masih aktif lagi. Hehehe okay macam lah ada orang kisah kan. You are nothing lah anis. Haih teringin juga nak update sesuatu yang bermanfaat untuk semua tetapi entah lah. Ilmu and pengalaman masih kurang. Diri ini terlalu kerdil untuk berkongsi pendapat. Cewahhh alasan semata-mata. Okay abaikan. Mesti korang meluat lah dengan saya. Hari ahad ni bersamaan 11 Disember, saya akan mula praktikal. Nebess mak, jahhh oi. Hahaha. Praktikal saya tamat pada 19 Januari. Kenapa hari ahad? Sebab saya praktikal kat Johor. Faham-faham saja lah ye. Praktikal selama sebulan lebih kot sepanjang cuti sem kali ni. Sekejap je praktikal. Ya Allah mudahkanlah segala urusan. Takut pulak rasanya. Dah lama tak kerja kan. Dulu pon part time kat butik pakaian. Kali ni praktikal kat pejabat. tak pernah lagi rasai kerja macam mana. Huhuhuhu. Okay good luck anis. Yakin dengan Allah and be positive.

Okay lah itu sahaja. Just nak "warm up" je setelah sekian lama biarkan blog ini. Dah berhabuk dah. Susah nak tanggalkan habuk ni. Mengarut sudah. Wish you all a better day and enjoy your life. Sayonara.... 

5/12/2016

13 July 2016

Raya 2016



Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya wish kat korang kan. hehehe. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. So, macam mana raya tahun ini? pasti seronokkan. Semoga kita sentiasa berada didalam keredhaan-Nya. Saya tak mahu terlalu terkenangkan perkara yang sudah lepas. memang akan sedihlah bila teringatkan arwah ayah saya. walau apa-apa pon, saya sepatutnya bersyukur sekurangnya saya dapat beraya bersama keluarga and saudara-mara yang lain. mungkin ada diluar sana yang nasibnya tak berapa baik. Okay sepanjang cuti raya minggu lepas, memang kami tak ke mana pon. Memandangkan kami tinggal bersama nenek, sah-sah lah orang yang akan datang ke rumah kami untuk ziarah nenek. Dari raya pertama sampai keempat, rumah dipenuhi dengan tetamu yang datang silih ganti (betul ke ayat ni? harapnya betullah penggunaanya. hehehe)  Memang rasa macam tak bebas juga lah tapi pujuk hati ni sebab setiap tetamu yang datang membawa rezeki. Ibu selalu pesan gitu. Memang boleh jangka pon sebab dulu pon kalau raya dekat kampung ibu memang tak kemana lah tapi kampung ayah sebaliknya sebab atok dan nenek dah tak ada. makanya kami lah yang pergi mencari saudara mara. ada kurang and lebih lah kat situ. Hehehe.

Baiklah tak mahu membebel panjang sangat. saya buat throwback je lah sepanjang raya pertama tu sampai raya keempat. Raya kelima tu dah tak ada orang datang sebab memasing berpusu-pusu nak balik ke rumang masing-masing. 

RAYA PERTAMA 

Hari raya pertama tak menyempat nak bergambar secara berjemaah sebab ahli keluarga tak cukup and lagi satu tukang selfie tak ada. Hehehehe. siapa lagi kalau bukan pak usu saya tu. Dia pergi join marhaban. Memang menjadi adat kat kampung saya ni tiap kali raya akan ada rombongan marhaban datang setiap rumah. Tahun ini, rumah nenek saya yang terakhir. So, sementara menunggu orang marhaban datang and saudara datang, lebih baik kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk bergambar.


Iye kalau sudah si mashitah tu yang pegang kamera memang kena jadi model tak berbayar lah bagi orang-orang yang berdekatan dengan dia. Terutama sayalah. Jadi 'model' sementara dengan kak long. Hehehe


Ibu dan Mashitah. Hahhh inilah adik perempuan saya. The only one. Ajet-ajet hipster pulak minah ni.


Cover ayu sikit. Cehhh!


Ikut ketinggian. yang itu adik bongsu saya, Hafizuddin namanya. Wuuu dah nak dekat sama tinggi dengan ibu. Kalau saya, hmmm tak usah cakaplah. hehehe *riak kejap*


Orang tak akan kata kami ni adik-beradik sebaliknya kawan atas alasan muka tak sama. satu lagi, orang akan anggap dia itu kakak and saya ni adik. Alahai mudanya aku~~~~ *muka malu* 

RAYA KEDUA

Apa istimewa pada hari tersebut? For the first time, rumah saya dikunjungi oleh rakan saya sendiri. datang dari jauh bhaii. Actually, kebetulan je sebab tahun ni dia beraya dekat Muar. So ada kelapangan dia singgahlah ke rumah saya. Kemain hari tu siap buat whatsapp call lagi semata nak tanya alamat rumah. Ingatkan dah berjam lah dia send whatsapp. rupanya baru berapa minit. Boleh tahan kau ye, Farah.


abaikan 'nurrrr' dibelakang itu. cehhh tenang sungguh tengok kami ni :p

Hendak dijadikan cerita, rupanya ayah dia ni pernah menetap dekat kampung saya and kebetulan dia bawa sekali neneknya. Tup-tup time kecik-kecik dulu nenek saya and nenek dia berkawan. Perghhh kecik sungguh bumi nie. Ayah and nenek dia kenallah atok nenek saya. Saudara jauh lah kami ni. Memang kelakar bila dapat tahunya. Ayah dia pon tak tahu, bila dah sampai baru perasan sebab dorang tak jumpa kampung saya. Itu perkara biasa jadi kena jemput lah kat satu tempat. Kemain jauh kami kenal lastly saudara sebenarnya. Farah ni kawan sekolah menengah saya kat shah alam dulu. Dia dok kat Puchong. Alahai farah farah. Patutlah kita ni macam ada 'chemistry' semacam bila jumpa. Hehehe. Pertemuan yang Allah tetapkan sangat sempurna. Siapa sangkakan?

RAYA KETIGA


Bergambar bersama keluarga pak ngah. Pak ngah ni abang ayah saya. Singgah kampung saya otw balik ke Semenyih. dah lama tak jumpa. biasalah kekangan masa and tempat. Memandangkan tahun ni kami tak balik beraya kat Kota Tinggi, itu yang mereka singgah. Along Azim tak ikut sekali sebab isteri dia tengah berpantang. Tahniah along for the first baby :) Abaikan muka and pakaian saya dengan Mashitah. Hehehe penat time, dah petang katakan. Nak pakai baju kurung, rasa malas pulak sebab duduk rumah je and nanti kena basuh pinggan cawan. Hehehe alasan semata-mata.

RAYA KEEMPAT


Semalamnya keluarga pak ngah. Hari ini, keluarga ucu pulak. Ucu adalah adik perempuan ayah saya, Sebelum singgah rumah saudara mereka dekat Segamat.


Adik dan Arif (anak bongsu ucu)


The gegirls :p (Mashitah, saya, Kak mirah, Ika) *abaikan kepala sesat kat belakang tu. spoil je.*



Azizi (adik lelaki saya) dan Anwar (anak ke3 ucu)

The princess, ibu and ucu :)

Banyak sebenarnya gambar tapi kena 'tapis' sikit. Hehehe. Kang loading lama pulak sebab penuh dengan gambar. Itu sahaja gambar yang saya rasa sesuai kot untuk di-upload-kan.

Begitulah kisahnya. Sedih? Gembira? Semua ada. Hahaha. Bukan mudah untuk menjalani kehidupan bila ahli keluarga tak cukup lagi-lagi yang pergi tak kembali. Hanya Allah sahaja yang dapat pulihkan hati ini. Tiada apa yang kami harapkan. Semoga raya tahun ini and seterusnya serta kehidupan akan datang lebih gembira and diberkati. Hargailah insan yang anda sayang terutama sekali ibu bapa. Tiada siapa yang dapat gantikan mereka walaupun kita jumpa seakan sama pon, ianya tetap tak sama. Sekian terima kasih (cehhh macam buat iklan pulak dekat sini. Hehehe) 


13/7/2016
p/s : 18 Julai, result sem 4 akan diumumkan. 24 Julai, masuk sem baru. Fuhhh berdebaqqq rasanya. Wish me okay :p

26 June 2016

Rindu Segalanya

Assalamualaikum,

sekarang dah ramadhan ke berapa ye?! Masha allah teruknya saya sampai tak ingat ramadhan ke berapa tapi rasanya dah 10 ramadhan terakhir. ke belum? tak apa lah nak dekat-dekat kot. fuhhh cepatnya masa berlalu. ramadhan bakal meninggalkan kita dan syawal bakal menyapa kita. syawal. hmmm bulan yang saya brdebar-debar untuk tunggu kehadirannya. satu, sebab apabila syawal menjelang bermakna dekatlah tarikh untuk saya pulang ke kuim. huhuhu takutnya nak masuk sem baru. walaupun dalam masa yang sama excited lah jugak sebab tinggal setahun a.k.a 2 sem lagi untuk saya habiskan diploma saya. perjuangan bakal berakhir tak lama lagi. hehehe ya allah cepatnya masa. hehehe. baru nak sedar diri kau ye anis :)

kedua, this syawal gonna be the first syawal we celebrate without ayah. memang sedihlah bila teringat hakikat ini tapi acah-acah ceria sebab tak nak orang tahu perasaan ini. cehh ego bhaii. lagi satu sebab tak nak buat ibu lagi sedih. cukup lah apa yang ibu dah lalui. saya cuba nak ceriakan hati ibu and bagi semangat dekat adik-adik. hidup mesti diteruskan. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. so, stay strong, positive and trust Allah. 

memandangkan cuti sem ini saya tak bekerja, banyak lah aktiviti yang tak berapa faedah saya telah lakukan. cehhh. salah satunya termenung. hehehe. time ini lah saya sedar betapa berubahnya kehidupan saya. perkara yang tak pernah saya fikir pon. begitu juga ibu. kata ibu, selepas ayah pergi, kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah. mungkin pada saya tak berubah sangat kot sebab saya still belajar dekat tempat yang sama. kehidupan saya banyak dekat kolej berbanding rumah. kalau pada ibu and adik-adik mungkin ya. fuhhh siapa sangka perkara yang kita tidak pernah terfikir and malah tak rancang pun. begitu hebat perancangan allah. 

tipu lah saya kata kalau tak rindukan kehidupan dekat shah alam dulu. 19 tahun hidup dekat sana. walaupun i/c ceq '01' (johor) kat tengah tu tapi ye kalau dah membesar kat shah alam kan, memang lah dah anggap tempat asal kita. hehehe. rindu kawan-kawan dekat sana. lagi bertambah rindu bila ex classmates buat iftar hari khamis lepas. huhuhu serius jealous, rindu, sedih semua ada lah. walaupun saya memang tak rapat dengan dorang kecuali seorang budak ni hah iaitu Ain tapi disebabkan dah lama tak jumpa, so nak lah jugak jumpa. tak silap kali terakhir jumpa dorang time ambil result spm tu, lebih kurang 3 tahun lepas. tapi apakan daya. kekangan jarak and masa, tak dapatlah saya nak join. mungkin suatu hari nanti dapat lah jumpa dorang. hebat-hebat dah dorang ni. ambil kos bukan sebarangan. engineering, psikologi, dentist, medic and sebagainya. 

cuti sem ini juga merupakan cuti sem pertama saya tak kerja. selalunya setiap cuti sem ni lah masa untuk saya tambah duit. hehehe. teringat penat lelah, suka duka, time kerja dulu. cehhh kemain ayat "suka duka" tu tapi betul lah dalam bekerja ni even kerja kedai baju je pun ada suka duka tau. tak mahu lah cerita kat sini nanti panjang pulak saya membebel. hehehe. serius rindu dengan kak shida, kak nik, kak mira, amni and sebagainya. rindu nak dengar bebelan kak shida, cerita kak nik, masakan kak mira. saya boleh bayang sekarang ni mesti kak shida tengah stres and penat dengan stok and sale. harapnya sale tahun ni lebih baik berbanding sem lepas. pada korang yang dok sekitar shah alam, kl and masjid india tu, jenguk-jenguk lah butik Star Design (Kompleks PKNS Shah Alam & dekat Masjid India). kalau kat KL tu dekat Sogo, namanya D'Zeera kalau tak silap saya. hehehe. tetiba rindu pulak dekat seorang mamat ni. hehehe setiap kali dia datang hantar stok mesti 'bergaduh'. ada je benda dia nak menyakat saya. hahaha. serius aku rindu nak 'bergaduh dengan kau dowh. hehehe. (alah bukannya sesiapa pun, dia tu anak bos saya :D) 

dah macam buat throwback pulak kan. hehehe. itulah bila rindu dah sampai kan memang tak boleh nak dibendung. ececeh kemain pulak. hehehe. korang semua dah beli baju raya ke? semalam shopping carik baju raya kita orang tapi yang berjaya jumpa 2 orang adik saya tu. adik lagi seorang tu dia tak nak baju raya. hmmm dah besar kan kononnya. kalau beli dia pakai sekejap je. saya punya je tak dapat lagi. kata ibu, saya cerewet sangat. hehehe mungkin kot. ye lah kena cari baju yang bukan sekadar pakai time raya je, boleh pakai time pergi kelas. so banyak aspek nak kena diteliti. hehehe banyak songeh pulak ye. kalau still tak ada jugak, pakai je lah jubah yang beli untuk program dinner hari tu. ibu?! hmmm dia kata banyak baju kurung yang dia tak pakai lagi. so, tak payah beli. hmm saya faham perasaan ibu. ("tiada raya untuk ibu" - ibu) huhuhu sedih lah bila tengok ibu T.T

raya tahun ini keluarga saya bakal menjadi tuan rumah bukan tetamu. memandangkan tinggal rumah nenek, so, kena lah tolong nenek sediakan juadah and layan tetamu yang datang. hmmm tak apa lah. apa yang saya harapkan, semoga raya kali ini and seterusnya tak kisahlah apa-apa sekalipun akan menjadi sesuatu yang terindah buat kami and diberkati oleh Allah. itu sahaja yang saya harapkan. 

sebelum saya akhiri entri saya kali ini, saja nak buat throwback lepak dengan kengkawan sebelum saya pindah hari itu. time nie lepak dekat ole-ole seksyen 18 shah alam. actually ada ain sekali tapi dia terpaksa balik awal. so, tak sempat nak bergambar bersama. 


with illiyyina. budak seorang ni payah benar nak jumpa dia. banyak betul halangan. bila saya free, dia pulak ada hal begitulah sebaliknya. but alhamdulillah time ni dapatlah juga kami jumpa even awalnya macam tak jadi je kan. hehehe


hah senyum jangan tak senyum. dua orang yang belakang tu adalah syafiqah and alina.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfiri. Maaf andai sepanjang saya menjadi blogger ini ada kata-kata saya yang buat korang terasa, menyampah ke so on lah, harap dimaafkan. semoga kita dapat bertemu lagi ramadhan akan datang. 

26/6/2016

04 June 2016

Tamat Sem 4

Assalamualaikum,

2 minggu berlalu cuti sem baru saya nak update. hehehe. just nak share saje. hari ni hari sabtu bersamaan 4 Jun 2016 ye kawan-kawan. tak lama lagi kita bakal menyambut bulan ramadhan. hehehe cehh macam lah korang tak tahu kan. beriya betul saya nie. sebenarnya tak tahu nak start entri macam mana. itu yang merapu dulu. hohoho :D 

pejam celik pejam celik, tamat sudah semester 4 saya. tinggal 2 sem lagi and it means satu tahun je lagi untuk saya habiskan diploma saya. fuhh sekejapnya masa berlalu. rasanya macam baru je daftar masuk kuim semalam. cehh lelebih betul :p by the way saya nak ucapkan SELAMAT DATANG BAGI STUDENTS BARU KUIM. tak silap saya, pendaftaran 30 Mei lepas. saya bukak-bukak blog, ada komen yang ditinggalkan untuk saya and semuanya berkenaan kuim. maaflah anda-anda yang menunggu reply dari saya. saya jarang bukak blog terutamanya bila saya dekat kuim. kalau saya reply itu maknanya saya ada dekat rumah lah tu. saya tengok semuanya komen yang sebulan or 2 bulan lalu. ya allah teruknya saya nie. maaf sekali lagi. saya dah reply pon tapi rasanya dah terlambat sebab korang pon dah masuk kuim kan. harap-harap tak bertembunglah dekat kuim nanti. malunya sebab tak reply secepat yang mungkin. hehehe

okay saya start cuti 25 mei tu. memandangkan last paper saya pada pagi 24 tu so saya antara bebudak yang balik awal lah. alhamdulillah sejak dari sem 1 sampai sekarang boleh dikatakan paper habis awal lah. jadual final exam kali ni memang lah lain benar. hehehe hanya selang sehari je setiap subjek. memang selang sehari tak ada exam tu saya and kawan-kawan melepak kat library lah. tak pernah dalam sejarah kot time final lepak kat library. hehehe kantoi sudah. 

okay cuti nie tak tahu apa aktiviti saya. rasanya hanya menternak lemak lah kot. memandangkan ini first cuti sem saya kat kampung sejak saya pindah tu, memang kepishangan lah. hahaha actually banyak benda boleh buat. antaranya kemas barang-barang yang sejak pindah bulan 1 tu sampai sekarang tak kemas-kemas lagi. hanya dok terbiar dekat rumah lama nenek tu. haih malas ni menguasai diri betul. 

bulan ramadhan kali ni memang lain lah sebab first sambut dekat kampung. second, sambut tanpa ayah. huhuhu sebut pasal ayah, sedih pulak hati ini. tak tahu apa yang saya rasa. tak tahu saya ni betul-betul redha ke dengan pemergian ayah. ya allah, teruk betul aku nie. ampunilah aku. huhuhu. doakan saya kuat ye kawan-kawan. bila saya tengok ibu, saya rasa sedih sebab ibu bukan sahaja kehilangan suami malah bapa juga yang mana atuk saya meninggal hujung bulan 2 nie selang 5 bulan lepas ayah saya pergi. allah lebih sayangkan mereka. moga kita dapat bertemu di syurga nanti. 

maaflah tetiba saya buat suasana sedih pulak kat sini. huhuhu ada ke orang baca blog saya ni kan? entah-entah saya syok sendiri je. biaq pi lah. hahaha. okay lah sebelum saya cauuu dulu, saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. sayonara :)

4/6/2016

28 March 2016

Lepak Bertiga

Assalamualaikum,

seperti yang saya telah maklumkan pada entri lepas bahawa saya akan pergi shah alam untuk jumpa geng. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya walaupun ada lah sedikit 'lari' dari apa yang dirancang. walau apa pun, motif utama saya ke shah alam adalah untuk jumpa geng lepak time sekolah dulu. geng lepak, geng gosip, geng pergi kantin time rehat, geng memekak dekat library time orang tak ada (mentang-mentang lah librarians kan) dan bla bla bla. hahahaha. 

makanya pada hari kejadian (khamis), saya bertolak ke shah alam dengan menaiki bas pada pukul 1.30 petang. macam ayat karangan pulak. huhuhu dah lama tak naik bas ekpres. last naik time sem 2. sem 3 saya tak naik bas sebab tumpang kereta kawan. sem 4 nie naik bas semula tetapi bukan bas ekspres lah tapi bas 'lompat-lompat' atau lagi senang dipanggil bas yang berhenti-henti tu. perasaan time tu berdebar-debar (ceh!), excited, risau, segala macam ada. sebabnya dah lama tak pergi shah alam and yang menjemputnya bukan lah family sendiri tapi kawan. waktu bincang dengan alina tu, memang mula tu serba salah nak setuju cadangan dia. ye lah kita tumpang rumah dia selama 3 hari kot tambahan lagi dia kena datang jemput. serius serba salah tapi alina yakinkan saya tak ada masalah untuk saya datang. dia pulak yang serba salah dengan saya sebab rumah bersepah. mak aiii dah terbalik dah nie.

setelah bincang dan tanya kawan-kawan yang lain, keputusannya hanya Ain dan Alina je yang dapat jumpa. yang lain ada hal, ada kelas. tak apa lah. mana yang ada je lah. serba salah pun ada juga saya sebab rasa macam timing yang saya nak datang tak kena dengan dorang pulak. tapi apakan daya, hahaha. 

so hari jumaat tu, kita orang lepak dekat SACC Mall. plan last minute. tak rancang pun nak ke situ. plan nak pergi Jusco kat Bukit Raja tu, konon nak tengok wayang (idea saya lah tu :D) tapi tetiba mak ain ada emergency meeting. so tukar lokasi lah. lepas ain habis kelas pagi tu, kita orang pergi lah SACC Mall naik bas rapidKL. haaaa satu pengalaman baru untuk saya lagi, first naik bas rapidkl nie. hahaha sian saya. kata dah 19 tahun bermastautin kat shah alam tapi bas rapid ni tak pernah naik. hahaha nak buat macam mana kan, belum ada sebab untuk naik. sampai SACC Mall pun dah dekat pukul 4 petang, ain pun tak makan dari pagi lagi. jadi kita orang singgah Pizza Hut. sepanjang petang tu just lepak kat pizza hut. dekat sejam lah jugak dok situ sampaikan pekerja kat situ perhati je kita orang. nampak sangat nak menghalau tu. hahaha.


 ain dan alina

 khusyuk betul makan sup cendawan. hehehe

 why saya buat muka macam tu?! kantoi kelaparan. dalam hati ni bila lah pizza nak sampai nie :p


 wahhh 'nur' sungguh kami nie!

 sempat lagi selfie dekat surau :)

time nie dekat sekolah adik alina, SMK Seksyen 16. ada mesyuarat PIBG dengan Anugerah Kecemerlangan.


Last but not least, thanks for everything alina. thanks tumpangkan aku kat rumah kau. sudi layan kerenah aku nie hah. by the way, maaf sebab tak menyempat beli hadiah birthday untuk kau. in shaa allah nanti aku pos kat rumah kau. thanks juga pada ain. berusaha juga nak jumpa even hari jumaat tu ada kelas. thanks sangat-sangat. kalau syafiqah ada, lengkap lah geng kita, yang kaki lepak dekat surau tiap petang, librarians yang suka memekak kat library time kosong and bla bla. hahaha. 

nak cakap apa lagi ye? hmmm esok dah kena balik asrama. tamatlah cuti midsem untuk sem nie. macam biasa lah bila dah dekat nak balik baru na siapkan kerja. baru habis siapkan esaimen part saya. mentang-mentang lah rujukannya dah ada just tinggal nak taip, itu yang saja buat lambat tu. hehehe alasan semata-mata. fuhhh!! esok nak balik. kena kembalikan mood nie. mood study, ku seru untuk datang kembali kepadaku. hahaha okay dah mula melalut, baik saya stop sekarang. bye.

27/3/2016

21 March 2016

Cuti Pertengahan Sem

Assalamualaikum,

*tengok tajuk entri* 

yup anis disini! sekarang ni saya tengah cuti midsem. budak sekolah dah habis cuti, saya pulak baru start cuti. huhuhu. and saya dengar kengkawan yang uitm tu start study week minggu nie kan. good luck untuk final exam nanti :) rasa macam cepat pulak masa berlalu. cuti midsem antara cuti yang students nantikan especially saya selain cuti sem yang memang sah-sah semua tunggu. naik midsem ni kena prepare jiwa dan raga lah. prepare untuk kuiz, presentation, esaimen and bla bla bla. hahaha 

okay cuti midsem nie belum start ape lagi yang saya plan nak buat iaitu siapkan esaimen and buat latihan bisnes math. naik cuti nie ada midterm untuk perakaunan pengurusan and bisnes matematik. huhuhu 2 subjek yang paling killer sem nie. okay tolak ke tepi kejap pasal kerja :p hehehe. tak sabarnya nak tunggu khamis nie. in shaa allah saya datang shah alam. motif? nak jumpa geng lah. actually saya plan cuti nie nak gi rawang, rumah kawan sekelas lah. konon nak lepak lah, jejalan memana ke kan sebab bosan dok kampung. hahaha alasan semata-mata. kalau kat shah alam dulu pon saya memang tak akan mereput gitu je kat rumah. ade je lah memana saya pergi. sebab kalau saya dok rumah, konfem tido punya lah. jadi baik saya keluar even pergi library shah alam je pon. huhuhu :)

nie pon idea alina lah yang mengajak saya datang. setelah saya pertimbangkan baik saya pergi shah alam. alang-alang kan. pergi rawang tu maybe bila-bila masa je lah saya ikut kawan saya balik. kena pulak parents dia jenis tak kesah kalau dia bawak kawan balik. kebetulan sabtu ni jugak ibu nak pegi shah alam sebab ada kenduri kahwin anak kawan ibu. so nanti ibu jemput saya je lah sabtu tu. khamis nie saya pergi naik bas je lah. 

okay panjang pulak intro saya nie. tak ada apa pon yang penting saya nak ceritakan. meh lah saya share sedikit gambar. gambar nie diambil pada hari selasa lepas. konon nak melepaskan stres kot, tu pergi pantai kejap. oh untuk makluman, tempat belajar saya memang dekat dengan pantai and laut. port dickson tu dah dekat lah tapi paling dekat pangkalan balak dengan tanjung bidara. kalau klebang tu jauh sikit lah. sementara menunggu makanan siap, kaksyuk bawak kita orang pergi kuala linggi tak silap. kalau korang lalu situ memang tak nampak pantainya. korang kena masuk dalam lorong rumah-rumah kat situ, baru jumpa pantai. menurut kawan saya, dalam cerita 'Cinta Si Wedding Planner' tu yang rumahnya si heroin tu dorang shooted kat kawasan kuala linggi nie. saya dah pergi rumah tu. dorang kata memang sebijik, rumah, surau.  saya tak tahu lah betul ke tak sebab saya tak tengok cerita tu. kemain 'penangnya'. huhuhu.

matahari get ready untuk terbenam


 buai laju-laju ...lalalala :)

 nie si ida mengorek pasir, nak carik remis (tak pasti betul ke tak namanya tu)

 dari kiri : akmar, saya, ida, fiqa, ana




 erghhh kenapa saya pandang arah lain?!

 hands up gaisss

me with ana

well we all memang suka ber-selfie :3

*free style*

sebenarnya niat asalnya pergi perpustakaan melaka untuk carik bahan esaimen. dari tempat saya nak ke sana dalam sejam jugak lah. first time pergi, so excited kejap. dah lah time tu penuh dengan budak sekolah. tebal muka je lah selfie depan dorang. hahaha excited punya pasal. hehehe.





itulah serba sedikit yang saya nak kongsikan. sampai setakat ini sahaja. jumpa lagi :)

21/3/2016