Tamat Sem 3

Assalamualaikum,

apa khabar semua? dah lama tak update blog. itu je lah ayat saya setiap kali pos entri kan. hehehe. saya start cuti pada 3 Dis tu. itu pon sebab saya antara kos yang habis exam awal. abis exam awal, balik awal lah. pejam celik pejam celik dah 3 sem dah saya nie. tinggal 3 sem lagi, lebih kurang sethn lebih lah. excited lah pulak nak habiskan diploma nie. hehehe. harap result sem nie bagus lah. kalau boleh nak kekalkan pointer tu walaupun rasa macam mustahil je sem nie sebab saya banyak main-main. huhuhu takutnya nak tunggu result. 2 minggu lebih sudah cuti sem saya. seperti cuti sem sebelum nie, saya tak akan mereput diri di rumah. bekerja lah kan apa lagi. kalau ikutkan saya plan, cuti sem nie saya tak nak kerja lah sebab nak tolong ibu kemas rumah memandangkan kami akan berpindah awal tahun nanti. 

allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk saya. ditakdirkan kakak supervisor saya tu call saya untuk tawarkan saya bekerja. saya dah maklumkan pada dia hal yang sebenar tapi dia kata tak apa. dia ambil je saya and siap bagi special offer lagi. hehehe tak ade lah special mana kot. iaitu cuti lebih sehari dalam seminggu tu. kalau ikutkan seminggu sekali je cuti. so saya nie kan 'special' sikit, dapat lah cuti lebih macam 2/3 hari ke tapi cuti time hari bekerja and bukan off day dorang. saya dah bincang dengan ibu and ibu kata ok dengan syarat 3/4 hari sebelum pindah tu saya dah berhentilah. ibu kata orang mintak tolong kan, siap bagi 'special offer' lagi. tak apelah saya setuju je lah. boleh tambah duit poket kan.

saya start bekerja 2 minggu lepas and saya tak tahu lah bila last day saya akan bekerja.  maybe 29 nie kot. hmmm tak tahu macam mana lagi. belum bincang dengan kak shida. hehehe bila dah bekerja nie saya teringat dulu time kerja bulan puasa tu saya pernah cakap yang time tu last lah saya kerja. tak nak kerja dah. serik, penat kononnya lah. maklumlah kerja time bulan puasa nie penatnya lain macam sikit. hahaha. poyo je ayat tu. lastly kerja juga kali nie. hehehe ini dinamakan rezeki alhamdulillah. 

barang-barang dah kemas sikit-sikit tapi bila tengok balik tak ada lah kemas mana on. sebenarnya lebih kepada tak tahu nak kemas apa. hahaha. rumah saya tak banyak barang. perabot pon berapa kerat je yg nak dibawa baliknya. majoriti kuarters punya perabot. jadi begitulah kisahnya. rumah pon tak rupa macam orang nak pindah. dah nak dekat pindah baru kemas betul-betul kot. kucing pon ibu dah hantar ke kampung dah. yang tinggal 2 ekor je, si penakut and si bekeng tu. huhuhu tak seronok. 

lagi apa ye saya nak cakap? hehehe tak tahu nak cakap apa dah. sedihlah juga nak pindah rumah, tinggalkan negeri selangor yang tercinta, bandar shah alam nie. dah 19 tahun bermastautin disini. memang kami adik-beradik membesar kat sini. hanya lahir kat johor je tapi membesar kat shah alam. ibu and ayah mendirikan mahligai terindah pon kat sini *ceh ayat!!* gonna back tu negeri asal. JOHOR DARUL TAKZIM, tunggu kami datang. hahaha

setakat ini sahaja entri saya kali ini. hanya sekadar nak membebel sahaja. kadang tu teringin juga nak pos entri yang boleh memberi manfaat pada orang tapi tak tahu apa benda. malu pulak pada diri ni and korang sebab hanya cakap kosong je dalam setiap entri saya. harap maaf. huhuhuhu 

19/12/15

p/s : lappy kena format. hilang semua benda penting. sedih T-T 

Final Exam is Coming


Assalamualaikum,

Disaat sahabat seperjuangan lain sedang berjimba dengan cuti sem, saya disini sedang berjuang untuk menghabiskan pengajian saya semester 3 nie. ececeh macam lah kau sorang je. hehehe. apabila saya update blog, bermakna saya di rumah. balik untuk ape? entah lah sebab dah lama tak balik? ke balik sebab cuti deepavali? or sebab homesick? semua itu salah. sebabnya adalah saya nak amek restu untuk exam nanti. hahaha :p okay tipu je. saya sendiri masih samar-samar lagi bila tarikh final exam. yang pasti bulan nie (#kelakarama). tak silap 20 lebih macam tu lah. waktu orang lain dah nak sambung balik belajar. hehehe. biasa lah saya kan special (muntah hijau kejap) 

Hari nie dah masuk sebulan seminggu 2 hari dan berapa jam, minit, saat entah lah pemergian ayah. sekejap masa berlalu. rasanya macam baru semalam jumpa ayah kat hospital. okay tak mahu lah sedih-sedih kat sini. haish anis nie suka sangat buat suasana syahdu kat sini. in shaa allah menurut ibu saya, kami akan berpindah awal januari 2016. cepatnya?! hahaha dah tak ada benda yang nak ditunggu lagi. memang ikut plan nak pindah johor hujung tahun nie. memang akan menjadi kenyataan just bezanya tanpa ayah lah. ibu suri rumah. rumah yang kita orang duduk tu kuarters and memang kalau si suami/bapa pencen ke meninggal dunia ke kena pindah. then tak ada alasan untuk kita orang tangguh perpindahan itu sebab 3 adik-adik saya tak ada exam besar tahun depan, semuanya tahun nie. jadi, nak tak nak memang kena pindah.

kita orang duduk rumah atok nenek lah kat muar sana. atok ade 2 rumah (berdepanlah). rumah kayu and rumah batu. maybe kita orang dok kat rumah kayu tu kot. hmm tak kesah lah mana-mana. dok kat rumah sendiri pon boleh. ayah ada beli rumah kat sana. dah lama dah beli tapi kita orang tak pernah duduk lagi. just sewakan je. mesti jiran-jiran tertanya siapa lah owner rumah tu. hahaha. dari kawasan tu semak samun, sekarang dah jadi kawasan perumahan dah. 

ramai yang tanya ibu nak kerja apa nanti and so on kan. hmmm jawapan ibu senang,nak jaga atok nenek. hahaha memang ikot sebab pindah tu nak jaga atok nenek. kalau ibu kerja macam tak ada function je kan. saya tahu ibu malas nak pikir pasal kerja tu bukan lah sebab tak fikir masa depan ke apa tapi iu berpegang pada prinsip "rezeki allah itu ada dimana-mana", kita kena yakin and positif. hahaha saya tahu mesti ada yang kata "memang lah rezeki allah itu ada dimana-mana tapi kita kena usaha jugak". mesti ade punya lah. ke saya je syok sendiri meneka? peduli lah. buat masa sekarang nie ibu fokus pada kemasukan sekolah untuk 2 orang adik saya and adik bawah saya yang baru habis stam tahun nie. apa-apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan kami. 


sebelum saya akhiri entri saya kali nie, meh lah baca buku dari budak tomato ini. best buku ni. saya dalam proses membaca. actually saya tak tahu penulis buku nie budak tomato. yang buat saya tertarik adalah cover buku nie. smart kot. hahaha. tak murah tak mahal kot,  RM25 kalau semenanjung dan kalau sabah sarawak RM28.  pada saya, tak rugi beli sebab banyak manfaat and pengajaran yang kita boleh amek. saya kenaL beliau pon dari blog ke twitter, tak ingat pulak. boleh jenguk kat blog beliau 

/
\
v


baiklah setakat ini sahaja entri saya. maaf andai saya telah buat korang terasa atau rasa annoying pada saya ke kan, harap dimaafkan. wish me good luck, okay :3

7/11/2015

There are times in life where you need to stand up by yourself - Budak Tomato

Tamat Cuti Midsem

assalamualaikum,

hahaha kemain besar lagi gambar emoji sedih saya. nie menggambarkan ape yang saya rasa. ceh tak boleh blah pulak. hari ahad nie saya akn pulang ke melaka and kembali rutin harian sebagai seorang mahasiswi. cepatnya masa berlalu. ececeh tak bersyukur betul. waktu awal cuti tu rasa macam lama pulak. nie dah nak abis cuti rasa sekejap. manusia biasa lah tak penah rasa bersyukur. saya lah tu siapa lagi. tak tahu apa mimpi saya nak update blog malam buta nie tapi itu lah tangan nie rasa gatal pulak nak menaip. padahal tak ada benda penting pon nak cakap. 

macam biasa buku hanya dibawa untuk hiasan. sentuh and bukak tapi tak baca. haiyo anis! dah lah lepas cuti nie berderet exam midterm. dengan presentation lagi. slide tak prepare lagi. maklumlah belum turn diri ini untuk present plus jenis buat last minute. ish tak patut. ubahlah sikap anis oi. sorry lah ye. saya rasa mesti ada yang rasa annoying baca blog saya nie. hehehe ade ke orang nak baca?! argh peduli lah. hahaha.

ramai kawan tanya keadaan saya. saya dah okay ke? hahaha soalan cepumas betul betul. so far alhamdulillah okay. kadang tu tak terasa sangat yang ayah saya dah tak ada. tapi hidup mesti diteruskan. kehilangan seseorang tu bukan lah untuk diratapi tapi sebagai pemberi semangat untuk kita terus hidup. pemergian ayah saya nie mungkin memberi semangat lagi untuk saya dan adik-adik untuk berjuang dan berjaya dalam hidup and seterusnya bantu serta sokong ibu saya. dari sini kami akan lebih menghargai antara satu sama lain. huhuhu kemain ayat tu. 

sebenarnya saya tak tahu nak cerita apa. macam yang saya katakan saja je nak membebel malam nie. memandangkan tahun nie sikit sangat entri saya banding tahun sebelum nie. hehehehe. saya share sikit gambar saya dengan kawan saya, alina. kita orang pergi melepak kat tasik shah alam and pusing-pusing satu pas (plaza alam sentral) tu.

 'pulau' tu ade bangau. tak tahu lah korang nampak ke tak. hahaha



 haih merenung nasib ke awakssss?! hehehe

nie alina punya pasal lah. soh saya posing. malu kot dengan menghadap sorang mamat nie yg tak jauh dari kita orang. dah lah dok perati je dari tadi. nak bergambar pon susah. ngeee :p 

tadi baru lepas tengok cerita 'Isteriku Bukan Tukang Masak' dekat astro Maya HD. ulangan punya kot. argh tak kesah lah. hehehe. kelakar kot. lakonan Zara Zya dan Ajak Shiro. serius kelakar. ceritanya lain dari yang lain. tergelak-gelak saya and ibu tengok. tapi saya terfikir juga macam mana saya nanti ye. dah lah tak minat masak. oh minat, please come to me.... hehehe


okay lah dah makin merapu pulak saya taip nie. sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaf andai ade terkasar bahasa or buat korang rasa annoying, harap dimaafkan. saya hanya insan biasa :p ngeeee~~~ 

16/10/15

semoga segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan :) 

Pemergian Ayah

assalamualaikum,

siapa sangka pertemuan dengan ayah waktu cuti hari raya haji merupakan pertemuan terakhir? terutama sekali buat kami adik-beradik. termasuk hari ini sudah seminggu 4 hari ayah pergi tinggalkan kami sekeluarga. ayah menghembuskan nafas terakhir pada 1 OKTOBER 2015  pada jam 5:05 petang di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya).

pada hari khamis itu, adik saya bagitahu yang ibu suruh saya doakan ayah sebab ayah masuk ICU. time tu memang saya dah risau sebab setahu saya kalau ICU ni antara hidup dan mati tapi saya sangka baik je lah mungkin tak ada apa yang akan jadi. doktor just nak check ayah and then ayah masuk wad seperti biasa. saya pun buat biasa je lah. kemudian pukul 5 lebih gitu, makcik saya call suruh packing barang sebab dia nak datang ambil. saya dah pelik dah kenapa kena balik? sedangkan ibu pun tak ada call suruh saya balik tapi saya diam je lah. packing je barang. time tu kebetulan saya tengah siap-siap nak pegi keluar makan. so memang dah siap lah kan tinggal nak pacing barang je. tengah packing barang tu adik saya call. menangis. saya tanya kenapa tapi dia tak jawab. just menangis and menangis. saya geram lah then saya tutup. dalam hati dah risau. tak kan lah... kawan-kawan saya tenangkan saya. okay lah saya relax sikit. 

dah siap packing tu, saya call makcik saya, dia kata baru gerak. so okay lah tinggal nak tunggu dia kat cafe. then saya teringat adik saya, saya call dia. time tu lah adik saya cakap yang ayah saya dah tak ada. time dapat tahu tu, memang saya tak mampu nak kata apa lah. saya diam, just kata at dia yang saya akan balik nanti mak uda amek. then tutup telefon. saya pergi hujung bilik and menangis, serius saya cakap memang tak tahu nak kata apa. sampai saya pertikaikan kenapa ayah pergi cepat sangat? kenapa tak tunggu kitorang berjaya or dah dapat balas jasa ayah? kenapa dan kenapa? time flashback balik, ya allah bodohnya saya nie sebab mempertikaikan takdir allah. time tu kawan-kawan sebilik tak ada. dorang memang risaukan saya tapi saya kata tak apa pergi je lah keluar. menangis lah saya disitu tapi sekejap sahaja. saya kata kat diri saya yang saya kena kuat, jangan menangis. nanti orang tanya kenapa lagi susah. hahaha boleh lagi fikir macam tu. 

makcik saya sampai kat asrama saya lepas maghrib. sampai-sampai je dia tanya saya sama ada tahu tak yang ayah saya dah tak ada? saya kata tahu dari mashitah. pastu baru saya teringat ni mesti kes yang dia call saya tadi sebab time tu saya kata ayah masuk ICU. saya simpulkan sahaja lah sebab nanti kalau cerita detail sangat nanti saya pulak yang nak menangis and korang pun mesti lama-lama bosan kalau panjang sangat, hehehe. 

ayah dibawa pulang ke kampung saya dekat bukit gambir, muar iaitu kampung ibu malam tu juga. memang cepat segala urusan. alhamdulillah. dikebumikan pada hari jumaat pukul 11 lebih gitu lah dekat tanah perkuburan kampung saya kat sengkang. tahlil diadakan 3 malam berturut, jumaat sampai ahad. hari ahad tu, kitorang balik shah alam. 

memang tak terasa sangat ketiadaan ayah sebab ayah kerap duduk kat hospital banding dekat rumah. boleh dikatakan hospital tu dah jadi rumah kedua ayah. and setiap hari ibu akan melawat ayah. memang tak terasa. tapi bila fikir balik, baru sedar yang ayah sebenarnya memang tak ada bukan ayah kat hospital, tempat kerja or surau. kadang tu memang tertanya-tanya kenapa ayah pergi dulu sedangkan kitorang masih perlukan ayah. mungkin ada hikmah disebalik semua ini. alhamdulillah segalanya urusan dipermudahkan. yang buat saya terharu and semua yang menyaksikan terutama ibu, adik lelaki saya yang jadi imam time solatkan ayah. memang tak sangka. saya tahu pon dari makcik saya. dia lah yang jadi imam, mandikan ayah, angkat ayah dari van jenazah sampai ke liang lahad, tanam ayah, ketuai yassin untuk ayah time ibu buat tahlil kat sini hari khamis lepas. serius memang terharu weh. saya yang dengar nie pon tak sangka. bukan apa sebab sepanjang ayah hidup, dia selalu merajuk dengan ayah, alah macam selisih pendapat lah. macam ada je yang dia buat tak kena kat mata ayah. jadi macam tak sangka lah apa yang dia buat nie. ibu kata mungkin dia serba salah kot dengan ayah tapi apa-apa pun saya yakin ayah mesti gembira.

banding dengan saya, apalah yang saya sumbang. hanya sedekahkan yassin and al-fatihah je untuk ayah. saya terus gerak ke kampung sebab jenazah ayah dah siap mandi, solat and kafankan. tinggal nak bawak ke kampung je. hanya dapat cium ayah je sebelum berangkat ke kubur. saya cium sekjap je sebab saya tak tahan. takut air mata saya kena kat muka ayah. serius saya sedih and dalam masa yang sama bersyukur sebab ayah pergi dalam keadaan baik. ayah seumpama orang yang tidur sampai saya tak sanggup nak cium sebab takut ayah terjaga dari tidur. sampai gitu sekali saya pikir. 


 ayah sakit kanser darah iaitu lymphoma. saya tak ingat nama penuh penyakit ayah tu tapi yang penting kanser darah lah. penyakit nie dah lama kesan selepas ayah balik dari umrah pada tahun 2013 kalau tak silap saya.  memang dah lakukan chemotherapy tapi gagal. takdir dah menentukan. mungkin ini yang terbaik untuk ayah. 

begitulah kisahnya. kitorang adik-beradik tak rapat dengan ayah sebab ayah garang tapi kitorang tahu ayah sayangkan kitorang sebab memang nampak jelas. kadang tu, ibu merajuk dengan ayah sebab lebih utamakan anak-anak. hehehe. kalau kitorang nak apa-apa, mesti mintak kat ayah sebab ayah akan belikan. kalau dekat ibu mesti akan ditanya keperluan ke kehendak. so dari situ, faham-faham je lah lulus ke tak. hahaha.

terima kasih buat semua yang telah menolong kami sekeluarga sama ada secara langsung atau tidak, medoakan dan sebagainya. terima kasih banyak-banyak. hanya allah yang dapat membalasnya. terima kasih juga buat kawan-kawan saya yang mendoakan and memberi semangat buat saya. sebelum saya tamatkan entri saya ini, mohon jasa baik kalian untuk sedekahkan al-fatihah buat ayah saya, Omar Othman dan semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
12/10/15

Ayah, jumpa di syurga nanti. tunggu akak, ibu, azizi, mashitah and adik tau :) 

Raya 2015

assalamualaikum,

rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya wish kat korang. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. maap andai sepanjang saya bergelar blogger ni ada post saya yg buat korang meluat ke terasa hati ke kan. kosong-kosong ye. hehehe.

hampir 2 bulan saya tak update blog. last entry saya bulan 5. wow lamanya. hahaha ececeh bukannya ade orang pon yang menanti saya update kan. lebih kurang 2 bulan lebih saya bercuti. ahad nie saya akan sambung pengajian saya semula. huhuhu takutnya. tak mahu masuk sem3. hahaha itu lah padahnya lama sangat bercuti. hehehe cuti sekejap pon sama je tak mahu balik jugak. haih tak tahu bersyukur betul.

raya tahun nie tak ada istimewa mana. saya beraya kat shah alam je. kenapa? ayah masuk hospital, kena tahan wad. sampai sekarang tak keluar lagi. in shaa allah hujung bulan nie keluar lah. ayah start masuk wad 1 julai tu. memang ayah selalu ke hospital ambil darah. kadang tu kena tahan juga sebab darah tak cukup ke paras darah jatuh ke atau demam tapi tak pernah selama nie. paling lama pon seminggu tak silap saya. dugaan buat keluarga saya. ibu lah ulang alik ke hospital. nak dok kat sana jaga ayah tak boleh juga sebab kita orang adik-beradik nie macam mana kan. adik-adik sekolah. saya pulak kerja (sebelum raya tu, sekarang dah berhenti dah)

itu lah sebabnya kami tak balik kampung. first time kot. tapi tak ape lah bersyukur lah sekurang-kurangnya still dapat beraya dengan family kan. okay saya kongsi lah sedikit gambar kami beraya kat hospital. hehehe

peace no war! (abaikan orang yang muka separuh tu. hahaha

 baju raya ayah uniform pesakit. hehehe sian ayah :p

 memasing muka tak nak kalah. hehehe mohon jangan meluat okay :3

with my adek bongsu


itu je lah gambar yang saya rasa okay. banyak lagi gambar tapi maklum lah guna kamera phone. most gambar bergerak. hehehe




 geng sekolah dulu : (dari kiri nisa, alina, saya, salma)


last but not least, jamuan raya rumah nisa semalam. hehehe siap tambah dua kali lagi makan. memang kosongkan perut untuk jamuan makan nie. happy juga sebab dapat lah jumpa geng sekolah dulu even tak semua. rindu korang. thanks to alina sudi tumpangkan saya ke rumah nisa. credit pictures to salma. 

sampai setakat ini entri saya kali nie. maap sekali lagi andai saya ada buat silap pada korang tanpa saya sedar. harap dimaafkan. jumpa lagi. doakan untuk kesihatan ayah saya ye. hehehe

23/7/15

Mereput

assalamualaikum,

setelah sekian lama saya asyik tangguh-tangguhkan nak update blog. akhirnya, hari ini saya memaksa juga diri ini untuk update. hahaha. actually tak ada benda penting pun tapi bila dah berniat nak update, kenalah tunaikan. bukannya tak online pun. hampir setiap hari saya online and buka blog lagi tapi dok baca entri orang lain. tangan ni berat betul nak tekan button 'create post' tu.

jadi, aktiviti saya untuk cuti sem kali ini adalah mereput di rumah sambil menternak lemak. haih dah banyak dah terkumpul di badan nie. belum pergi timbang lagi nie. tak sanggup aih. huhuhu :3 kumpul lemak sanggup pulak. okay, pada awalnya memang saya nak kerja tapi tak dapat. tempat yang saya kerja dulu tu saya dah mintak tapi tak dapat. boleh je saya kerja tapi tak berbaloi lah sebab sebulan je saya kerja. sekarang nie major orang nak carik pekerja untuk bulan puasa. itu agak payah tu. 

okay, tak apa lah saya boleh terima *padahal dalam hati ni sedih gila bagai ditusuk-tusuk. hohoho okay itu lebih* saya try pulak kedai kawan saya kerja. rasanya tak dapatlah sebab saya tunggu sampai sekarang bosnya tak call saya balik tak bagitahu jawapannya. hmmm lagipun saya dah boleh agak dah sebab dia kalau boleh nak kerja tu biar cukup sebulan sebab nak bayar gaji cukup sebulan tapi saya minta tak cukup pon sebulan. tak apa lah saya tak kesah sebab sebenarnya saya tak mengharap pun. hahaha serius saya cakap. time tu kecewa sikit sebab tak dapat kerja kat kedai lama. hahaha macam ape je lah saya nie. macam tak pernah rasa pulak. 

so sampai sekarang saya menganggur, tak buat apa-apa. hanya makan tidur makan tidur je. tapi tak ada lah sampai gitu sekali. ada okay aktiviti saya kat rumah. menghabiskan novel yang dah berkurun beli tapi tak baca-baca, layan drama korea (tengah berusaha menghabiskan cerita Tree to Heaven), online and blah blah blah. ops sebelum terlupa kacau kucing. yeah itu memang aktiviti wajib setiap hari. macam-macam 'lukisan' terlakar pada tangan saya nie. hahaha hadiah dari kucing saya :) 


larh ni saya baru dapat maklumat mengatakan naik sem nanti untuk sem 2 dan ke atas adalah pada 27 julai bukan 6 jun seperti yang sedia maklum. 2 bulan cuti beb! pergh memang saya ada dengar khabar yang akan cuti sem selama 2 bulan tapi untuk sem depan. sekali dapat maklumat sem nie. kiranya sem depan cuti sebulan iaitu pada bulan 12. hmmm kena ubah balik plan ni. nak kena carik kerja juga sebab nak beli phone baru. ececehhhh. okay itu lain punya cerita. kena bincang balik dengan parents saya macam mana. dorang bagi ke saya kerja sampai bulan puasa.

apa-apa pun moga Allah permudahkan segala urusan. hehehe lagi nak cerita apa ya?! itu je lah kot. baik lah sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. thanks sudi baca walaupun saya rasa tak ada orang yang baca. 

13/5/15


p/s : 'terminat' EXO lah pulak sejak tengok MV 'Call Me Baby'. hehehe sehun saya punya :p

Jamuan Ustaz Asree

Assalamualaikum,

sedang orang lain diulit mimpi, saya berjaga untuk update blog. hahaha actually tadi selepas maghrib saya tertidur. kononnya nak tidur sekejap sementara menunggu azan isyak. sekali terlajak sampai pukul 10:30. so, sekarang tengah segar bugar mata ni. family saya semua dah tidur. ye lah esok sekolah and hari bekerja kan. saya pun bekerja juga, ternak lemak di badan ni hah. hahaha :) okay hambar anis.  saya rasa ada lagi yang belum tidur nie. sama-sama lah kita menjadi burung hantu malam ni. hiksss :p

jamuan nie dianjurkan oleh ustaz saya, pensyarah subjek Bahasa Arab kita orang. saje dia nak buat makan-makan sikit dengan kita orang, share rezeki bersama katanya. kita orang bab-bab makanan nie on sahaja lagi-lagi free kan. hahaha. lagipun dah 2 sem ustaz ajar kita orang. so, anggap jamuan ni sebagai tanda perpisahan lah kot sebab sem akan datang dah tak jumpa ustaz juga. buat pengetahuan korang, dekat KUIM ni semua pelajar wajib ambil bahasa arab kecuali kos yang memang menggunakan bahasa arab dalam subjek dia orang macam kos usuluddin and syariah islamiah. kalau kos saya, memang kena ambil lah subjek nie. sampai sem 2 je.  jangan risau lah bahasa arab dekat sini yang basic punya. sebelum nak ambil subjek nie ada ujian. saya ingat lagi time lepas habis orientasi tu, semua kena pergi ambil ujian. kemain risau lah takut bahasa arab yang kena buat karangan apa lah. senior pulak pergi takut-takutkan kita orang. sekali bila jawab punya lah senang. macam subjek jawi pulak time sekolah agama dulu. tulis huruf-hurf jawi, sambungkan ayat. hahaha. dia orang nak tengok sama ada kita boleh baca and kenal ke tak jawi nie. bagi mereka yang tak lepas, akan ambil bahasa arab intensif. yang lepas tu ambil bahasa arab 1 terus.

ada faham?! tak faham sila tanya okay. hahaha macam ada je orang yang baca blog aku nie. so kita terus pada tujuan asal saya pos entri nie. hahaha saje buat warm up kejap kat atas tu sebagai pengenalan. hahaha. 

jamuan nie diadakan pada 2 April kalau tak silap saya lah. yang penting minggu sebelum kita orang final exam. itu yang pasti :D


ini lah ustaz kita orang, Ustaz Nor Asree bin Mohd Noh. kecik-kecik je orangnya. kalau dia pakai beg sandang dia tu dah macam student dah. hehehe ampun ustaz terkutuk pulak. bujang lagi tapi bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. bila itu, tak tahu lah. haih ustaz diam-diam ubi berisi. hahaha


ini budak kelas A. kita orang ada dua kelas memandangkan kos kita orang untuk sem saya nie ada 50 lebih. kelas A ada 30 lebih tapi yang datang nie berapa je lah.


hah yang ni budak kelas saya. kita orang DKS 2B. hehehe. secoet je kelas saya. ada 17 orang je. jangan tanya kenapa sikit tak macam kelas A tu. hahaha. saya yang hujung, serba coklat uollsssss :) hahaha 


selfie sikit. saya and ana kat belakang. kaksyuk di depan. bosan menunggu bila nak start makan nie, perut dah berkeroncong dah.


sayang ustaz tangat-tangat :)


last but not least, semoga Allah balas segala jasa ustaz selama 2 sem ustaz mengajar kita orang. minta maaf jikalau ada buat ustaz tersinggung or terasa dengan kita orang. thanks kerana sabar melayan perangai kita orang yang agak nakal nie. hehehe. semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz lagi-lagi urusan perkahwinan ustaz tu. jangan lupa jemput kita orang tapi kalau jauh sangat, hanya dapat mendoakan je lah. hahaha.

baiklah setakat ini sahaja entri saya kali ini. haih tak sabar nak share cerita seterusnya, hahaha aku pulak yang terlebih excited padahal mana ada orang baca pun. argh kesah pulak aku!! *actually kesah sebenarnya* selamat malam. have a sweet dream. 

p/s : maaf lah gambar tak banyak and tak berapa lawa. kamera terlalu banyak sampai tak tahu mana satu nak pandang. dah macam retisss lah pulak hahaha. credit pictures to Muz and Kaksyuk.

27/4/15

Tamat Sem 2


assalamualaikum

apa khabar semua? dah lama saya tak update blog. pejam celik pejam celik dah nak hujung bulan april. tamat semester 2 saya selama 5 bulan. ya allah, cepatnya masa berlalu. tak sangka saya dah 2 sem dekat Kolej Universiti Islam Melaka. and paling tak sangka saya dah 19 tahun. hahaha perlu ke mention umur tu?! tahun depan 20 tahun. huarghhhh dah tua dah aku rupanya. takutnya nak menginjak umur 20-an nie. 

Final exam mula pada 6 April sehingga 24 April. Paper saya mula 10 April and habis 23 April. petang last paper tu saya balik. nampak tak semangat?! hahaha. actually saya nak balik esoknya tapi nak elakkan jem tu ibu nak ambil hari khamis tu jugak. hmmm tak kesah lah yang penting final exam dah tamat. hehehe

sem 2 ni agak mencabar sikit berbanding sem 1. mesti lah kan sebab sem 1 'budak' lagi. hahaha budak lah sangat. banyak lah juga dugaan. dengan assignments nya, presentation nya. hahaha normal lah kan hidup sebagai seorang pelajar. alhamdulillah allah permudahkan kerja saya. saya dapat tangani masalah tersebut. ceh skema lah pulak ayatnya. 

saya naik sem 3 awal bulan 6 nanti. haish takutlah pulak. nak ambil result, bakal bertempuh dengan subjek yang lebih mencabar lagi, lecturer yang lain kerenah lagi. semoga allah permudahkan segalanya. sem 3 saya ditempatkan di rumsis luar. bukan saya je, ada beberapa kos yang lain. tak tahu lah macam mana keadaan rumsis tu. harapnya okay lah sebab rumsis tu baru lagi and kita orang yang kena pindah sana adalah batch pertama duduk situ. mula tu memang tak puas hati lah kenapa kos saya kena juga sedangkan kos saya sikit kot tapi bila fikir balik pasti ada hikmahnya. tak apa lah. rumsis juga just bukan dalam kuim je. daripada kena duduk rumah sewa lagi susah saya dibuatnya.

okay lagi nak cerita apa ya?! cuti sem nie tak tahu nak kerja ke tak. rasa macam malas. nak dok mereput kat rumah. hahaha ye ye je saya nie. tengok lah dulu macam mana. hehehe :p so, *krik krik krik* rasanya setakat ini sahaja. tunggu entri saya yang akan datang *macam ada je orang baca blog aku nie* bye bye. assalamualaikum.

25/4/15

Dinner KMKS

assalamualaikum,

apa khabar semua? dah lama saya tak update blog. miss me?! hahahaha. krik krik lah jawabnya. mana ada orang baca blog saya nie. huhuhu T-T setelah lebih kurang sebulan lebih saya tak balik, akhirnya minggu nie berpeluang untuk saya pulang ke rumah tercinta. ececeh. pengalaman pertama buat saya telah berlaku malam tadi. yang mana first time saya amek bas malam and nasib tak berapa baik bas yang saya naiki tu rosak, engine nya rosak. lama lah jugak tunggu bas ganti, 2 jam lebih. hmmm pengalaman yang tak boleh dilupakan. alhamdulillah sampai rumah pukul 1:30 pagi. bas saya bertolak pukul 8:30 malam. then stuck kat pedas pukul 9 lebih lah. pukul 12 malam naik bas ganti. hehehe. banyak dugaanya.

tapi walau apa pun, saya tak mahu lah salahkan agensi bas tu. memang tak jangka benda nak berlaku kan, redha je lah. yang penting, saya selamat sampai ke rumah. balik sebelum final exam berlaku. hehehe. so entri saya kali ni saya nak share pasal program dinner yang dianjurkan oleh kelab kos saya, KMKS. apakah itu? Kelab Mahasiswa/i Kewangan Syariah. okay, dinner ni diadakan pada 27 Februari. nampak tak dah lama dah. hehehe. baru ada ruang untuk update blog. 

dinner nie diadakan untuk meraikan semestar 6 yang akan tamat pembelajaran dorang sem ini. okay, saya tak mahu bebel panjang-panjang, here some photos of us :)
















okay, setakat ini sahaja entri saya kali ini. dah post gambar terus speechless tak tahu nak kata apa. hehehe jumpa lagi. bye bye 

21/3/15

Cuti Midsem

assalamualaikum,

sudah lama saya tak update blog. miss me? hmmm memang krik krik lah. mana ada orang jenguk blog saya nie. saya tengok graf orang view blog saya pon menurun habis lah. ye lah dah tak update kan memang lah tak ada orang jenguk. 

pejam celik pejam celik dah masuk bulan februari. dah sem 2 dah saya nie. and paling sukar saya nak percaya adalah saya dah berumur 19 tahun. tahun depan 20 tahun. ya allah, nak menginjak umur 20 tahun itu buat saya rasa takut pulak. tak tahu lah kenapa. rasa macam saya tak percaya yang saya dah besar. hehehe maklumlah saya anak sulung. adik bomgsu pon baru umur 12 tahun. so rasa diri ini masih muda lagi. hahaha

10 FEBRUARI, genap umur saya 19 tahun. jangan lupa sediakan hadiah untuk saya tau. hohoho perasan sudah. sekarang nie saya tengah cuti midsem. seminggu je. haish tak sabar nak habiskan sem 2. hehehe. amboi jauh mengelamun. assignments banyak. menanti kau untuk siapkan. aduh, malasnya! hopefully, sem 2 nie lagi better result nya berbanding sem lepas. sem 2 nie dah masuk pada kos saya yang sebenar. sem 1 banyak basic je. moga allah permudahkan urusan saya dan bantu saya menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. tak lupa juga pertemukan bakal imam saya. hahaha menggatal sudah. hehehe. 

okaylah saya dah melalut. meh saya share gambar-gambar kawan-kawan saya yang gila-gila belaka nie,



 kami berempat :) kak syuk, azura, saya dan ana


 with our beloved penolong kelas, kak syuk

 apabila baru dapat tahu kelas batal, cara nak lepaskan geram dengan cara selfie.











okay itu saje. banyak lagi sebenarnya tapi tak perlu lah kan nak tunjukkan semuanya. show off pulak. hehehe. alhamdulillah even kita orang tak pernah, beza latar belakang, tapi boleh masuk air semuanya. seronok dapat kenal dengan dorang. banyak saya dapat belajar dari dorang. hope kita orang keep in touch sampai bila-bila. hehehe

sampai setakat ini sahaja. assalamualaikum. jumpa lagi. hmmm tak tahu bila saya akan update lagi. hehehe just wait and see. 

3/2/15