05 December 2014

Semestar Baru

assalamualaikum,

dah lama tak update blog. hehehe last update isnin minggu lepas rasanya. okay ada yang tahu bahawa saya buat part time waktu cuti sem. saya dah berhenti. seperti yang saya maklumkan saya kerja 2 minggu je. so hari rabu lepas adalah hari terakhir saya kerja. sedih lah juga sebab dah habis kerja. hehehe. awal-awal kerja nak berhenti cepat-cepat. kemain lagi menghitung hari tau. bila dah habis kerja, nak kerja lagi and kalau boleh tak mahu berhenti. hahaha boleh pulak fikir macam tu kan.

tapi saya tak boleh lah pentingkan diri sendiri. saya ada tanggungjawab lagi besar yang saya belum selesai laksanakan and baru bermula. in shaa allah 8 hari bulan ni saya balik KUIM semula. sepatutnya hari ahad ni tapi ada hal family, so tak dapat balik ahad ini. fuhhhh takut, risau, resah semua ada lah. dengan bilik kena rombak and tak tahu bilik mana saya dapat lagilah saya risau plus saya balik lewat. tak dapat lah nak cop kan. redha je lah ape yang saya dapat. hehehe hope semuanya dipermudahkan. hope dapat roomate yang okay, tak ada masalah and apa-apa je lah yang baik-baik :p moga saya dijauhi dari perkara yang tidak baik.

semestar 2 is around the corner. result akan dapat naik sem nanti. hope cemerlang lah. amiin. doakan saya tau. hehehe. orang tengah gelisah ni faham-faham je lah kan. harap maaf lah kalau korang rasa saya ni annoying ke ape kan.

gaji saya tak dapat lagi sebab akauntan kita orang nak kira semua sekali gaji saya termasuk komisen semua tu. so lewat sikit lah saya dapat. harap dapat dalam masa terdekat nie lah, kalau boleh sebelum saya balik kuim. hehehe. 

semalam lepak dengan syafiqah. sebenarnya tak rancang pon nak keluar tapi ada lah juga cadang nak jumpa kan memandangkan syafiqah baru start cuti sem. kawan yang lain dah start belajar. dia baru habis sem 1 and saya lewat sikit masuk. alang-alang itu jumpa lah. macam biasa lah tempat lepak kita orang kat ole-ole. itu tempat paling dekat lah yang ada mall kan. aktiviti kita orang karaoke lah kan apa lagi. release tension katakan. hahaha tak ada lah tension mana. just saja nak karok, dah lama tak karok. nak main bowling, macam tak berbaloi je kan sebab kita orang berdua je plus dua-dua tak reti main. kalau main masuk longkang. so better pergi karok je lah.

lepas karok, round lah satu ole-ole tu. ole-ole tak ada lah besar mana kan. hehehe. nak menghabiskan masa kan. hehehe. itu je lah aktiviti kita orang buat semalam. gambar? hehe tak ambil pon. gambar tak penting. yang penting ukhuwah itu. hahaha itu diaaaa!

sampai setakat ini sahaja entri saya. tak tahu lah ada orang baca ke tak ni. rasa macam krik krik je. hehehe. syok sendiri saya nie. good luck pada korang yang dah mula semestar baru tu. saya akan menyusul minggu depan. hahaha :D assalamualaikum

5/12/14