26 October 2014

Hangout

Assalamualaikum

25 Oktober iaitu semalam merupakan antara hari yang menggembirakan. kenapa? semalam saya jumpa dengan geng lepak saya time sekolah dulu. time sekolah dulu, kita orang selalu lepak sama-sama kat surau untuk study atau lebih spesifiknya sembang. hahaha. Dua orang tengah cuti sem and dua orang cuti sempena deepavali. asalnya saya rancang nak jumpa dengan alina je. tak sangka plak alina ajak ain yang sama macam saya, tengah cuti sem and kebetulan syafiqah cuti deepavali. so, dapatlah kami berkumpul.

awalnya, kita orang nak pergi ole-ole. then pergi rumah kawan kita orang, aqilah kat seksyen 19 tu sebab ada majlis aqiqah. pergi ole-ole, ingat nak karaoke tapi bukan rezeki kita orang lah kot hari tu. tak dapat lah kita orang nak karok. kesian syafiqah sebab dia dah kempunan dah nak karok. katanya nak lepaskan gian. hahaha.

so, kita orang pergi lah rumah qila. jalan kaki weh dari seksyen 18 ke sana. nak naik teksi tapi terlebih orang sebab ain bawak adik dia. jalan je lah kaki. exercise kata dia orang. hmmm pasrah je lah. gerak dari pukul 12 sampai rumah qila pukul 1 lebih. gila penat lah. bermandi peluh kita orang. sampai sana apa lagi, kita orang belasah lah semua makanan yang ada. hahaha. balik-balik muka kita orang je yang ulang-alik ambil makanan. hahaha peduli lah. buat muka tebal je lah. lapar punya pasal.


dari kiri, ain, anis (a.k.a saya), syafiqah, alina


peace no war :p


alina and ain. oh ya, alina sekarang study kat Politeknik Shah Alam under course elektrik. ain pula study kat USIM under course medic.


saya and syafiqah. dia kini study kat Kolej Kemahiran kat Pahang under course engineering. berita terkini, tengah couple wooo. tak sangka kawan aku seorang nie. hehehe


kenapa aku senyum macam tu?! *hodoh*


Ex Librarians SMK 18 HEBAT

last but not least, tak tahu bila kami dapat kumpul bersama lagi. masing-masing jauh. moga kita dapat bertemu lagi. thanks for everything. gonna miss this moment :)))

26/10/2014


sudilah tengok video yang alina buat nie. sorry lah gambar tak berapa lawa and clear


No comments: