New Life

assalamualaikum, semua

apa khabar, korang semua? harap korang semua sihat. dah lama saya tak update blog. last saya update time minggu cuti raya raya tu kot. hmm eh ye ke? oh bukan-bukan. time saya balik minggu depannya lagi selepas cuti raya tu atas urusan ptptn. minggu nie saya balik sempena cuti merdeka. cuti 4 hari kot. jumaat sampai isnin. haha. hari jumaat iaitu semalam saya dah start cuti dah sebab tak ada kelas.

okay, pejam celik pejam celik, dah nak genap 3 bulan saya hidup sebagai seorang mahasiswi. hmm, kadang tu bila fikir balik, tak sangka saya ni dah dewasa rupanya. bukan lagi budak yang masih bergantung pada ibu bapa. i means memang saya masih berada di bawah tanggungan ayah saya tapi just belajar untuk hidup berdikari. got it?! haha. ibu bapa saya pun macam tak percaya yang saya nie dah masuk kolej (even bukan universiti tapi lebih kurang je kan), dah besar. hidup berjauh dari family. jujur saya kata, saya tak pernah tinggal di asrama. tak pernah berjauh dengan keluarga. orang nak kata saya nie anak mak ke anak ayah ke saya tak kesah sebab itulah realitinya.

bila dah masuk kolej nie, ini lah first time saya berjauhan dengan family. ya lah maybe ada yang kata tak jauh mana pun kan sebab kat melaka je pun. but korang pasti fahamkan perasaan seseorang insan yang lemah ini yang tak pernah tinggal jauh dengan family nie terpaksa hidup jauh dari family yang tercinta (cewahhh ayat bukan main) 

saya nak ceritakan kehidupan baru saya di kolej. kolej apa?! KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA a.k.a KUIM. okay, take note ya :) hahaha gurau saja.


seperti yang korang sedia maklum (ye ke?) saya masuk kuim ini bukanlah sebab kehendak saya 100% pun tapi ianya lebih kepada ibu saya. sebab apa macam tu? sila baca entri saya sebelum-sebelum nie. saya malas nak ulang balik. takut nanti macam tak reda pada takdir pula kan. minggu pertama masuk kuim, macam korang semua lah kan ada minggu orientasi. memang memenatkan lah tapi tak apa lah. biasa lah tu kan. saya memang tak kenal sesiapa pun dekat kuim nie. memang tak ada seorang pun kawan saya yang masuk sini. waktu tu memang kira mencabar betul lah. dah lah first time jauh dengan family. and then saya tak kenal sesiapapun kat sini. tapi alhamdulillah allah bantu saya and ibu pun pesan pada saya bahawa lambat-laun kita akan sendiri juga. kata-kata itulah yang jadikan kekuatan untuk saya agar terus bertahan and jangan mengalah.

saya berkawan je lah dengan sesiapa pun sampai lah sekarang. bak kata pepatah, "kawan biar seribu, musuh biar satu" betul kan? sampaikan kawan-kawan saya kata saya nie peramah sangat sebab saya tegur je orang and cakap dengan dorang macam saya dah kenal. padahal baru je kenal. actually, saya tegur tu sebab nak bertanya je pun. ye lah budak baru lagi kan kat kuim nie. kenalah rajin bertanya. hahaha.

so 3 bulan hidup saya dekat kuim nie, so far banyak yang saya belajar. belajar untuk bersyukur apa yang saya ada, muhasabah diri saya ini and belajar untuk terus berusaha. hmm banyak lah lagi lah. apa yang saya harap, moga allah sentiasa melindungi saya and bimbing saya ke jalan-Nya. moga allah bantu saya untuk tunaikan harapan ibu bapa saya and jadikan saya manusia yang berbakti di dunia dan akhirat. begitu juga buat korang semua. tugas kita belum selesai lagi. mari kita laksanakannya. hehehe.

okaylah sampai disini sahaja entri saya kali ini. saya dah kehabisan idea sebenarnya. haha. tadi rasanya banyak gila idea saya nak share dengan korang tapi yang keluarnya sikit je. hmm tak apa lah. lain masa, saya akan share kan dengan korang.

30/8/14

No comments :