Staf Star Design

assalamualaikum,

huahhh!! dah lama tak update blog. apa khabar, semua? hope korang semua sihat-sihat. kali nie saya nak memperkenalkan staf Star Design kat Shah Alam. untuk makluman korang, mama (bos a.k.a Kak Zie) ada 6 buah kedai kalau tak silap saya lah. kat Shah Alam (tempat saya kerja sekarang), Sogo dan Masjid India. so, kalau korang pergi tempat-tempat berikut, cari lah star design ya. hehehe. promote kedai sendiri.

actually gambar nie dah lama kita orang ambil. hari jumaat, 7 hari bulan nie. tapi tak apa lah. korang mesti nak tahu kan siapa staf satu kerja saya. jom, saya perkenalkan.


okay, senior saya, Kak Syida dan Kak Eqien. Kak Syida baru nak masuk 3 bulan lah kerja kat sini tapi kak syida dah 9 tahun kerja dengan mama. asalnya, kak syida kerja kat Sogo. then, mama hantar kak syida kat sini. ya lah, yang berpengalamannya dah berhenti kerja. yang lain, baru lagi. tulah, mama hantar kak syida ke sini. kak syida nie dari KL tau. oh ya, kak syida yang belah kiri tu. yang sebelah kanan tu, Kak Eqien. dia lah yang jadi cikgu saya sepanjang masa awal-awal kerja tu. dia ajar saya macam mana nak guna mesin card credit dan mesin mesin cash. banyak lagi lah. thanks, kak eqien.


okay, nie rupa kedai kita orang. jenguk-jenguk lah ya kalau singgah kat pkns. (tak payah cari saya kat gambar nie sebab saya yang ambilkan. saya malas nak join >_<)




yeah, three of us :))


peace yooo !!! oh ya lupa nak bagi tahu siapa yang lagi 2 orang tu (kejamnya aku tak perkenalkan) 2 orang tu adik-beradik. yang baju putih tu, Arni dan lagi seorang tu Kak Linda. Kak Linda sambung kerja dengan kita orang gantikan kak eqien yang cuti bersalin. Arni tak kerja dengan kita orang. saja je join kita orang bergambar. senang cerita menyibuk jap. tak ada lah. dia dijemput sekali. hehehe, sorry, arni.

oh ya, sampai setakat ini sahaja entri saya kali nie. jumpa lagi. sebelum tu, thanks buat korang yang wish birthday saya hari isnin lepas. saya korang. thanks buat alina sebab bagi hadiah. tak lupa juga, pada Kak Aini (staf Koleksi Citra Mawar) dan Kak Qira (staf Mayor Manik) sebab belanja makanan. Juga Kak Liya  (staf Koleksi Citra Mawar). siap nyanyi lagi kat saya. hehehe. Illiyyina, aku tuntut hadiah kat kau time result spm keluar! >_<

18/2/14

p/s : asal aku asyik buat muka sama je?! buruk betul :(

Comments

  1. yehet!! bestnyee dpt kwn keje yg ramah..yg last skali tuh..kembar ke ppuan dua tuh? kekeke... aku x dpt nk gi sne >.<

    ReplyDelete
  2. @Chinatsu Akemi eh x lah. dorg adik beradik lah. arni tu adik kak linda

    ReplyDelete
  3. @Muhammad Taufiq maaf lmbt balas komen anda. thanks jenguk blog saya nie. saya dh singgah blog awak. new blogger lah nie :)) welcome to blogger world

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018