Gaji Pertama

assalamualaikum,

dah lama saya tak update blog. rindu kot :) rindu kat korang jugak. *ceh! nak ambil hati konon* sekarang dah masuk bulan FEBRUARI. dalam bulan nie, ada satu hari yang amat penting untuk saya. kalau kawan-kawan saya dia tahu lah apa bendanya or korang yang perasan pada isi tab "The Owner" tu. tak perasan tak apa lah. sedih kot. okay, emo sorang-sorang kat sini.

*tengok tajuk* entri kali nie, saya nak bercerita pasal gaji pertama saya. perlu ke? perlu lah buat orang yang first time kerja macam saya nie. hahaha. gaji pertama saya dapat awal. akauntan kita orang bagi awal. maybe dia kesiankan pada kak syida dan kak eqien. saya nie tak kesah sangat dapat gaji bila *actually kisah* 
yalah, kak syida ada anak nak ditanggung dan kak eqien dah berumah tangga. so, duit gaji amat diperlukan. maybe sebab itu akauntan kita orang bagi awal. padahal awalnya cadang nak bagi hari nie iaitu hari selepas habis promosi sempena tahun baru cina. tapi tak jadi. tak apa lah. elok lah dapat awal.

banyak pulak mukadimah saya nie ya. pasti korang nak tahu terus gaji saya berapa. okay lah saya bagi tahu lah. first gaji saya adalah : *jeng jeng jeng* 
RM1170.50

amek kau kemain besar lagi aku ubah font dia. siap bold kan lagi. hahaha. alhamdulillah. bagi saya banyak lah nie kan. nie campur gaji bersih saya iaitu RM900 plus komisen plus OT a.k.a overtime. kan saya ada kata saya ambil overtime. so, hasilnya itu lah jumlah yang saya dapat. pasti korang ejek kan 50 sen pun nak tulis juga. haish mesti lah kena tulis. saya tulis jumlah saya dapat. hehehe :D

so korang dah tahu kan berapa gaji saya. *memanglah dah diberitahu* hehehe. okay, lepas dah bagi tahu dah hilang idea nak taip apa dah. okaylah sampai setakat ini sahaja. jumpa lagi. assalamualaikum. by the way, tolong mark kat kalendar korang tarikh 10 FEBRUARI tau. hahaha. promote birthday diri sendiri pulak. okay, bye :)) love you all. 

4/2/14

p/s : hari nie off. cadang nak hangout dengan alina. alahai rindu pulak kat kawan sorang nie. hehehe.

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018