Drama 'Dan Calonnya Adalah'


assalamualaikum, semua


apa khabar, semua?! korang pasti boleh agak lah apasal hari nie saya update blog. of course lah hari nie saya OFF DAY . entri kali nie saya bukan nak bercerita pasal saya bekerja tapi just nak share pasal sebuah drama nie. saya rasa maybe ada antara korang yang tahu and tak kurang juga yang tak tahu. sebab drama nie ditayangkan kat TONTON. 

saya nak tengok cerita nie pun sebab saya minat Faralyna Idris. tu yang saya tengok. bila try tengok, best juga. lawak cerita nie. tak lama pun. kurang dari 10 minit kalau tak silap saya. ada 28 episod. saya baru tengok sampai episod 10. hahaha. baru start tengok khamis minggu lepas. so, meh lah tengok ramai-ramai. boleh tengok kat SINI 



Sinopsis
Dan Calonnya Adalah… mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan Haris (lakonan Anding Indrawani), anak kepada rakan ibunya. Katrina mulai mengatur temujanji dengan jejaka pelbagai ragam dalam misi mencari calon suami yang sesuai.

Dengan bantuan rakannya Shai (lakonan Janna Nick) serta agensi mencari jodoh yang dimiliki oleh Cik Pooja (lakonan Susan Lankester), Katrina perlu berhadapan dengan karenah 14 jejaka antaranya usahawan paling muda, Aman (Harris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi Ismail Sabri) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung – Korea) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Baharin) seorang ‘camwhore’, Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwan Hot FM), Rohan (Aldo Gumara – Indonesia) seorang atlet dan ramai lagi.

Adakah Katrina berjaya temui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihan hatinya direstui oleh ibunya, Puan Kamariah? Saksikan Dan Calonnya Adalah…


21/1/14 

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018