27 December 2013

Tak Sihat

assalamualaikum, semua

apa khabar, semua? hope korang semua sihat lah ya. saya tak berapa nak sihat. nak kata demam tak lah jugak. just selesama dan sakit kepala. tapi alhamdulillah lepas makan ubat paracetamol, kurang sikit sakit kepalanya. start selesama semalam lah. tak tahu lah kenapa. allah nak uji kot. doakan saya cepat sembuh ya.

memandangkan saya tak kena PLKN dan ambil lesen pun rasanya lambat lagi, saya cadang nak kerja. tapi tu lah masalah saya, PEMALU. ada kawan mak saya offer kerja. kerja kilang coklat. kebetulan dia kekosongan kerja dan orang tu nak perempuan. so, ibu tanya saya. rasanya saya nak. try lah dulu cari pengalaman hidup. memang rasa cuak lah jugak sebab tak ada kawan kan. tapi tak apalah. cubalah dulu. orang tu kata hari isnin datang lah.

ibu perli saya. "aik, terus demam ke bila kena kerja?" mana ada. kena semalam kot. ibu nie, kesitu pulak. esok, ibu nak bawa saya pergi survey. tengok lah jalan nak kesana. doakan saya okay. cepat sembuh. mudah-mudahan allah permudahkan urusan saya. and dijauhi daripada perkara yang tidak baik. wish me wish me >.<

oh ya kilang coklat tu namanya Fidani Chocolate. korang boleh tengok pada laman web dia :

okaylah. sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaflah kalau simple sangat. tak sihat lorh. have a nice day. good luck buat korang yang akan kembali ke sekolah minggu depan. belajar rajin-rajin, okay :) assalamualaikum.

27/12/13

24 December 2013

Blog Adik

assalamualaikum, semua

*tengok gambar* blog siapakah ini?! abaikan tab yang lagi satu tu tau. time nie tengah dok download lagu Black - "Takkan Terpisah". hehehe. actually, saya print screen blog adik saya. kalau yang kenal saya nie, dia tahulah yang saya nie ada adik 3 orang. hmm, adik perempuan saya lah punya blog. dia baru buat hari ahad lepas tu. asalnya dia suruh saya buat tapi saya asyik berdalih je. asyik kata kejap je kan. so, dia fed up lah kot. dia buat sendiri. haih, kakak yang kejam betul lah saya nie. hohoho. bukan apa. saya nak latih dia supaya berdikari. *ceh! alasan semata-mata*

jadi, siapa-siapa sudi-sudikanlah folow blog adik saya nie. new blogger kan. so belum ada entri lagi yang dicatat. oh ya, design blog dia nie saya ambil dari blogskins. malas nak editkan. hehehe. blog saya pun tak selesai edit sebenarnya. header blog tinggal. last but not least, sila follow blog adik saya. 


24/12/13

p/s : adik bongsu saya (thn 4) ada mintak saya buatkan facebook untuk dia. haih, dah besar rupanya adik aku nie >.< oh ya, dia akan genap 10 thn pada 30 ari nie. *lambatnya birthday dia. baru nak genap 10 tahun. sian T.T*

23 December 2013

Jamuan Kelas 2013

assalamualaikum, semua

sudah lama tak update blog. apa khabar semua? thanks sudi baca entri saya yang tak seberapa nie. okay entri kali nie nak cerita pasal jamuan kelas saya. kelas 5 Abu Bakar lorhhh !! jamuan nie dah lama dah tapi hari nie baru nak cerita. sorry lorh. jamuan saya diadakan pada 5 Disember 2013 kat Mid Valley. 

maaf lah saya tak ada gambar nak dikongsikan. sebenarnya, ada je saya ambil gambar tapi cable yang digunakan untuk transfer gambar ke komputer ada masalah. so tak dapat lah saya nak tunjukkan gambarnya. so, kalau nak tengok korang skodeng lah kat blog kawan saya nie, Bobop .

jamuan tu boleh lah best. haha. hari tu boleh dikatakan antar hari yang bersejarah kot. sebabnya banyak perkara yang menjadi first time berlaku. apa dia?! 

first time : 
  • pergi mid valley
  • naik ktm dengan kawan-kawan
  • makan kat subway
  • main bowling
banyak kan?! tak lah banyak sangat. yang mencabar tu main bowling lah. dah lah first time. asyik masuk longkang je. hanya beberapa kali je kena pin. sekali je dapat strike. okay lah tu. bersejarah tu. aktiviti kita orang selain tu, tukar-tukar hadiah. saya dapat hadiah daripada hanan. thanks lorh. dia bagi buku. tajuknya Diari Hidup Rasuluallah s.a.w


nie lah rupa buku tu. belum baca lagi. tengah dok habiskan novel nie hah. ceh!! tak patut pon. apa-apa pun saya happy lah pada hari tersebut. thanks korang. aku akan rindukan korang semua. insyallah kita akan jumpa lagi nanti. insyallah. thanks sudi terima aku. sorry kalau ada buat salah. good luck okay.

hanya setakat ini sahaja entri kali nie. sorry lah agak membosankan sebab tak ada gambar. korang pergilah tengok kat blog kawan saya tu. hehe. rajin-rajinkanlah diri anda ya. okay lah. jumpa lagi. assalamualaikum :))

23/12/13

08 December 2013

Aktiviti Selepas SPM

assalamualaikum, semua

huwahhh !!! dah lama tak update blog. ye ke?! entahlah. yang pasti, alhamdulillah saya dah tamat menjalani peperiksaan SPM. huhuhu. sudah tidak bergelar spm candidates lah nie. tapi sedihlah kan sebab bukan bergelar budak sekolah lagi. huhuhu. bergelar alumni dah. sedih-sedih terpaksa berpisah dengan kawan-kawan, guru-guru yang terbaekkk kat dunia nie. serius saya cakap. guru-guru yang mengajar kat sekolah saya (ehem SMK SEKSYEN 18 HEBAT) semuanya best-best. saya yang belajar kat situ dari form 1 lagi. first day sekolah tu wohh. hahaha.

entri saya kali nie bukanlah nak cerita pasal sedih-sedih nie. meh kita happy-happy dulu ya. happy lah sangat. happy for me lah kan. hahaha. okay, memandangkan spm dah habis, sudah tentulah saya tak akan membaca atau membuka sama sekali buku-buku pasal pelajarn *teruk betul -.-"* hahaha. jangan contohi saya okay. ada certain yang pergi kerja. saya malas nak kerja. bukan ibu saya tak kasik, kasik aje. katanya cuba cari pengalaman kan tapi saya nie yang malas. haha. saya tak dapat PLKN buat pengetahuan korang semua. *rasanya saya dah bagitahu kot sebelum nie*. untuk mengisi masa lapang saya yang tersangat-sangat lah lapang nie, saya membacalah novel. saspens kan?! saspens lah sangat kan >_< okay, anis dah tak betul dah hari nie. happy sangat kot dapat update blog.

so ada lah beberapa buah novel yang saya kena habiskan baca. 1 buah saya punya and 3 buah lagi adik saya punya. lepas dah habis baca nie baru boleh pinjam kat kawan-kawan lain kan. sendiri punya diutamakan. yeay!!


nie novel saya. siapa peminat hlovate, angkat tangan. hahaha. kita geng. actually, saya baca separuh jalan. nie nak sambung balik lah. apasal baca separuh jalan je?! entahlah. time tu rasanya spm dah nak dekat kot. or senang citer dah nak dekat trial dah. risau sebab tak study apa-apa. huhu >_< *alasan semata-mata tapi betul lah*


nie novel adik saya. saya peminat novel suri ryana nie. yang first novel dia saya dah baca. best giler. rugi korang tak baca. hehe. sekarang nie saya tengah baca novel nie. dalam proses nak habiskan nie. pasti korang pelik kan asal saya tak sambung baca novel saya tu. dah separuh dah saya baca. jawapannya .... entahlah. suka hatilah kan.


okay yang nie saya rasa ramai orang tahu kot. yelah tengah hot drama bersiri "playboy itu suami aku" kat tv 3 kan. saya pun tengok cerita tu jugak. sanggup saya tengok kat tonton kalau saya terlepas episod dia. haha. kemaruk katakan. memang macam tu.

novel nie tak usahlah nak katakan. dulu hot giler drama pasal nie. time drama nie tengah hot, saya pulak tak ada lah nak melayan sangat drama nie. adik saya je lah yang sibuk melayan. apa pasal?! adalah sebabnya kan. hehe. guess what. hehehe

okaylah itulah 4 buah novel yang saya kena habiskan. so aktiviti saya masa cuti nie NOVEL MARATHON lah kan. hahaha. okaylah sampai setakat ini sahaja lah. maaflah kalau entri saya kali nie over sangat kan. excited terlebih. harap maaf lah ya. jumpa lagi. assalamualaikum :)

8/12/13