23 November 2013

4 Hari Lagi

assalamualaikum, semua

ceh kononnya niat dihati nie nak update blog lepas habis spm tapi tak jadi lah. hahaha. why?! entahlah. saya pun tak tahu. okay, *lihat tajuk entri* tinggal lagi 4 hari lagi saya menduduki peperiksaan spm. macam mana?! so far, ada senang dan ada susah. macam exam sebelum-sebelum nie. kalau kita bersungguh-sungguh, senanglah. kalau susah tu nampak sangatlah kita nie tak fokus and sungguh-sungguh. bukan nak perli siapa-siapa. perli diri sendirilah nie. jangan ada yang terasa lah pulak kan. 

okay, minggu depan, saya akan menghadapi paper killer betul. apakah itu??!! subjek sains lah. fizik, kimia dan biologi. memanglah subjek kelemahan saya a.k.a tidak digemari oleh saya. huhu T.T wish me, wish me okay. risau kot. exam saya akan tamat 3 disember. hehehe. subjek terakhir saya, bahasa arab. lepas tu, MERDEKA!!!! yeayyyy....

ahhh, tak sabar nak tunggu hari "kemerdekaan" tu. hehehe. okay, bersabarlah wahai anis. 4 hari je tinggal. sekarang nie fokus pada paper yang akan kau duduki nie. hehehe :D maaflah ya. kata-kata semangat untuk diri sendiri nie.

okaylah, sampai setakat ini sahaja entri saya kali nie. bye-bye. maaflah kalau membosankan. sekadar nak menunaikan hasrat dihati ini yang terkubur lamanya nak post entri. hehehe. ayat tak boleh blah betul. doakan saya tau dan tak lupa untuk rakan-rakan seperjuangan saya yang lain. assalamualaikum. have a nice day.

23/11/13

p/s : sekarang nie family saya dalam proses berpindah rumah dari tingkat 4 ke tingkat satu. semoga dipermudahkan >_<

05 November 2013

SPM

assalamualaikum, semua

maybe ini entri untuk kali terakhir sebelum saya menduduki peperiksaan spm. upsr dan pmr candidates dah selamat berjuang. hanya menuggu keputusan sahaja. kini tiba kiliran spm candidates pulak untuk berjuang. jujur saya katakan memang berdebarlah jugak. even sekarang nie belum rasa debarannya tapi saya tahu hati saya tengah takut. SPM wehh!! huhuhu. macam nak marahlah plak. hehe :D tak marah pon. emosional jap. haha. 

esok saya dan rakan-rakan seperjuangan saya akan berjuang untuk masa depan kami. doakan kejayaan kami ya. buat rakan-rakan seperjuangan saya, GOOD LUCK UNTUK SPM NIE. MARILAH SAMA-SAMA KITA BERJUANG, OKAY. MOGA TUHAN MEMPERMUDAHKAN KITA DAN USAHA KITA TIDAK SIA-SIA. GOOD LUCK :)) 

buat korang, readers (ada ke?!) doakan kejayaan saya dan rakan-rakan saya, okay. saya minta maaf andai sepanjang saya menjadi blogger ini saya ada tersakitkan hati korang ke kan. kata-kata saya ada yang menyebabkan korang benci saya atau apa-apa je lah. harap dimaafkan. sesungguhnya saya ini manusia biasa. hehehe. ayat bukan main lagi. 
paper terakhir saya pada 3 december iaitu hari selasa kalau tak silap saya. can't wait that day :)) hehehe. exam pun belum start lagi, tak berangan dah. hahaha. okaylah hanya setakat nie sahaja entri saya untuk kali nie. semoga kita berjumpa lagi. doakan saya, okay :) thanks sudi membaca entri saya yang tak seberapa ini. assalamualaikum.

selamat berjuang, spm candidates!!!
 p/s : 5 Abu Bakar 2013 SMK 18 HEBAT


5/11/13

03 November 2013

Edit Blog Kawan

assalamualaikum, semua

wah, dah lama saya tak update blog. rasanya dah sebulan kalau tak silap. saya bukak blog tapi tak post apa-apa sebab tak ada idea. entri kali nie saya nak promote blog kawan saya. dia barulah jugak bergelar blogger. so saya baru lepas edit blog kawan saya. tapi tak 100% lah sebab lagu tak letak lagi. cantik tak?! hahaha. perasan lebih. padahal saya ambil dari blogskins. just edit sikit-sikit je. hehe.

pada korang yang tak keberatan, moh lerh follow blog kawan saya nie. 
sila tekan INI
thanks banyak-banyak buat korang yang follow. jumpa lagi. papai :))

3/11/13

entri kali nie pendek sebab tetiba idea dah hilang dah >_< harap maaf.