13 August 2013

Ya Maulana

assalamualaikum, semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

tahun nie tak ada gambar raya lah yang boleh saya tunjukkan untuk korang. sebabnya saya beraya tahun nie 2 hari je iaitu last ramadhan dan first syawal tu. sekejap je. tak dapat nak kumpul duit raya banyak-banyak. okay, bersyukurlah kan. at least dapat duit raya. hahaha. 

okay, balik pada niat asal saya. saya dok jalan-jalan kat website Karya Seni. kononnya dah buat persediaan lah kan. bukan persediaan apa sangat kot. nie perancangan untuk habis spm nanti. maklumlah, saya tak dapat PLKN untuk kumpulan 1 nie iaitu sesi untuk pelatih lepas spm tu. so, kenalah buat perancangan apa nak buat kan lepas spm. (cam yakin je -.-

tengah jalan-jalan tu, saya ternampak novel nie. actually, saya tak tengok tajuk dia. saya tengok nama penulis dia. tu yang menarik perhatian saya. kebetulan kan. saya pernah baca novel Hana Ilhami nie sebelum nie and saya ada novel tu. 




best jugak novel beliau. jenis islamik dan ada unsur-unsur dakwah lah kan. hohoho >_< jadi, bila dah nampak novel beliau yang seterusnya nak try lah baca kan tapi bukan sekarang lah kot. lepas spm nanti lah nak beli. huhuhu -.-" 

novel Ya Maulana nie berharga RM 35.00. kalau order kat website Karya Seni, dapat diskaun RM 3.00 lah. hehehe. okay ini sinopsisnya. 

Maulana IqbalDunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.
adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya.  Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustazGothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.
“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal
 “Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana
“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal
 Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…
“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana
“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal
“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin

13/8/13

2 comments:

Illiyyina said...

wahh!! kau nak beli novel online ke? aku tgk not bad gak tajuk dia ni..btw, kalo ko nk beli on9 inform aku!! :P

Anis Hayati said...

@Illiyyina x tau lagi lah. rsenya beli online kot sbb yg novel "perempuan lindungan kaabah" tu pon aku beli kat pesta buku. kalo kedai buku, aku x jumpa. and bkn skrg aku nk beli