Trial SPM 2013

assalamualaikum

seperti yang semua tahu dan sedia maklum bahawa  sekarang ini percubaan SPM sedang berlangsung. dan semuanya dalam mood exam termasuklah saya sendiri. hmmm, hilang kata-kata jap. (apa-apalah jadi dengan ayat aku nie?! ni kes dah keluarkan semua ayat yang power-power time jawab kertas BM tadi lah ni -.-") tahun nie trial SPM tak setara tapi saya tak tahulah kalau negeri-negeri lain setarakan sebab kat selangor tak setara. semuanya cikgu buat. semua tahu terutama yang melaluinya bahawa soalan trial nie tak kira UPSR, PMR ke SPM agak sukar berbanding exam yang sebenar. itulah yang sedang dialami oleh saya dan semua SPM candidates. (ayat aku nie macam nak buat karangan je nie)

actually, saya dah tak ingat dah apa nak kata. hilang semua idea dan ayat yang saya dah karangkan kat otak sebelum nak update blog tadi. huhuhu. maybe sebab dah keluarkan semua kot time jawab paper BM tadi. mungkin.... trial spm kat sekolah saya bermula pada hari selasa lepas. so, baru tiga hari trial nie dan baru lepas 6 paper. ada lagi berapa entah paper nak kena jawab nie, tak kira lah pulak tapi yang pasti paper saya tu berderetlah sampai last trial tu. tak ada skip sehari ke apa kan. huhu.

baru 6 paper lepas, dah rasa macam nak menangis dah. susah betul. bila baca soalan tu kan perkara yang muncul dalam otak saya "bila belajar benda nie?" tak pun "macam pernah belajar tapi tak ingat". haha. ayat tu lah yang selalu muncul bila jawab exam. lagi-lagi jawab soalan add math semalam. memang ada yang boleh jawab tapi major nya tak boleh. memang terasa bodoh sangat diri nie. haih, nampak sangat saya kena buat latihan banyak-banyak.

apa-apa pun, yang lepas biarkanlah. teruskan apa yang akan berjalan nie. esok paper BI tapi kertas 2 lah. sebab lepas tu ada sambutan kemerdekaan. oh ya, dah 56 tahun negara merdeka. wah!!! rasa bangga lah pulak jadi rakyat malaysia.  kat kertas BM ada keluar soalan nie. hakhak.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56


setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaflah kalau korang bosan baca entri nie. entah apa jadi pada saya hari nie. terus jadi speechless dah. hohoho. doakan kejayaan saya dan rakan-rakan saya yang lain untuk ya. GOOD LUCK BUAT SEMUA SPM CANDIDATES. MOGA KITA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG NANTI :) 

29/8/13

p/s : ayah masuk hospital. moga allah sembuhkan sakit ayah tu dan beri kekuatan kepada ayah -.-

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018