29 August 2013

Trial SPM 2013

assalamualaikum

seperti yang semua tahu dan sedia maklum bahawa  sekarang ini percubaan SPM sedang berlangsung. dan semuanya dalam mood exam termasuklah saya sendiri. hmmm, hilang kata-kata jap. (apa-apalah jadi dengan ayat aku nie?! ni kes dah keluarkan semua ayat yang power-power time jawab kertas BM tadi lah ni -.-") tahun nie trial SPM tak setara tapi saya tak tahulah kalau negeri-negeri lain setarakan sebab kat selangor tak setara. semuanya cikgu buat. semua tahu terutama yang melaluinya bahawa soalan trial nie tak kira UPSR, PMR ke SPM agak sukar berbanding exam yang sebenar. itulah yang sedang dialami oleh saya dan semua SPM candidates. (ayat aku nie macam nak buat karangan je nie)

actually, saya dah tak ingat dah apa nak kata. hilang semua idea dan ayat yang saya dah karangkan kat otak sebelum nak update blog tadi. huhuhu. maybe sebab dah keluarkan semua kot time jawab paper BM tadi. mungkin.... trial spm kat sekolah saya bermula pada hari selasa lepas. so, baru tiga hari trial nie dan baru lepas 6 paper. ada lagi berapa entah paper nak kena jawab nie, tak kira lah pulak tapi yang pasti paper saya tu berderetlah sampai last trial tu. tak ada skip sehari ke apa kan. huhu.

baru 6 paper lepas, dah rasa macam nak menangis dah. susah betul. bila baca soalan tu kan perkara yang muncul dalam otak saya "bila belajar benda nie?" tak pun "macam pernah belajar tapi tak ingat". haha. ayat tu lah yang selalu muncul bila jawab exam. lagi-lagi jawab soalan add math semalam. memang ada yang boleh jawab tapi major nya tak boleh. memang terasa bodoh sangat diri nie. haih, nampak sangat saya kena buat latihan banyak-banyak.

apa-apa pun, yang lepas biarkanlah. teruskan apa yang akan berjalan nie. esok paper BI tapi kertas 2 lah. sebab lepas tu ada sambutan kemerdekaan. oh ya, dah 56 tahun negara merdeka. wah!!! rasa bangga lah pulak jadi rakyat malaysia.  kat kertas BM ada keluar soalan nie. hakhak.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56


setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaflah kalau korang bosan baca entri nie. entah apa jadi pada saya hari nie. terus jadi speechless dah. hohoho. doakan kejayaan saya dan rakan-rakan saya yang lain untuk ya. GOOD LUCK BUAT SEMUA SPM CANDIDATES. MOGA KITA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG NANTI :) 

29/8/13

p/s : ayah masuk hospital. moga allah sembuhkan sakit ayah tu dan beri kekuatan kepada ayah -.-

17 August 2013

GIVEAWAY WELCOME TO MY BLOG by AWLA MUKLISAH BEAUTY SHOP


assalamualaikum, semua

mehh, join segmen nie. syaratnya simple aje dan hadiah yang ditawarkan menarik. 

17/8/13


SYARAT-SYARAT WAJIB tetapi sangat SIMPLE :

1. - Warganegara Malaysia yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.

2. - Mempunyai Blog sendiri


3. - Wajib Follow blog Awla (kalau dah follow tu teruskan follow Awla ya :)

4.     - Wajib LIKE Page " Awla Mukhlisah Beauty Shop "

5.     - Wajib Follow twitter Awla bagi yang ada Twitter : " https://twitter.com/AwlaMukhlisah "

6.     - Copy banner kat atas dan letakkan dalam entri.

7.     - Buat Entri bertajuk "GIVEAWAY  WELCOME TO MY BLOG BY AWLA MUKHLISAH BEAUTY SHOP "

8.     - Letakkan link entri segmen di ruangan komen di entri GIVEAWAY ini sahaja. 'pastikan WORD VERIFICATION takde ye'


ANTARA HADIAH LUMAYAN UNTUK PARA PEMENANG ! 

  yang paling HOT.. "


# Pemenang akan dipilih melalui perkhimatan RANDOM.ORG 

melalui Awla Mukhlisah Beauty Shop sendiri :)


P/S : Kalau nak dapatkan hadiah yang lumayan ini, kena rajin2 la share ya.
 In Sha Allah akan ada peluang nanti ! ;)
 All The Best ya ! :)



Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

13 August 2013

Ya Maulana

assalamualaikum, semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

tahun nie tak ada gambar raya lah yang boleh saya tunjukkan untuk korang. sebabnya saya beraya tahun nie 2 hari je iaitu last ramadhan dan first syawal tu. sekejap je. tak dapat nak kumpul duit raya banyak-banyak. okay, bersyukurlah kan. at least dapat duit raya. hahaha. 

okay, balik pada niat asal saya. saya dok jalan-jalan kat website Karya Seni. kononnya dah buat persediaan lah kan. bukan persediaan apa sangat kot. nie perancangan untuk habis spm nanti. maklumlah, saya tak dapat PLKN untuk kumpulan 1 nie iaitu sesi untuk pelatih lepas spm tu. so, kenalah buat perancangan apa nak buat kan lepas spm. (cam yakin je -.-

tengah jalan-jalan tu, saya ternampak novel nie. actually, saya tak tengok tajuk dia. saya tengok nama penulis dia. tu yang menarik perhatian saya. kebetulan kan. saya pernah baca novel Hana Ilhami nie sebelum nie and saya ada novel tu. 




best jugak novel beliau. jenis islamik dan ada unsur-unsur dakwah lah kan. hohoho >_< jadi, bila dah nampak novel beliau yang seterusnya nak try lah baca kan tapi bukan sekarang lah kot. lepas spm nanti lah nak beli. huhuhu -.-" 

novel Ya Maulana nie berharga RM 35.00. kalau order kat website Karya Seni, dapat diskaun RM 3.00 lah. hehehe. okay ini sinopsisnya. 

Maulana IqbalDunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.
adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya.  Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustazGothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.
“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal
 “Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana
“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal
 Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…
“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana
“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal
“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin

13/8/13

03 August 2013

Ramadhan 2013

assalamualaikum, semua

hai semua !! apa khabar?! dah lama tak update blog. okay, tipu je. hahaha. sekarang dah masuk ramadhan yang ke 26 kalau tak silap sayalah. so macam mana ramdhan korang tahun nie?! pasti okay kan. banyak buat amal ibadah kan. hehe. saya rasa ramadhan tahun nie lah ramadhan yang paling malas lah. huhuhu. tak patut betul. 

okay, korang pasti sibuk dengan kuih raya, baju raya dan apa-apa saja lah untuk persiapan raya tahun nie kan. huhuhu. tak pun sibuk solat tarawih. tahniah lah. saya tengah cuti. so faham-faham aja lah ya ^0^ raya tahun nie tak seronok lah. (raya pun tak lagi dah kata tak seronok) sebab saya kena beraya dengan buku-buku. maklumlah bakal menduduki SPM tahun nie. cikgu bagi banyak 'kuih raya' untuk kita orang. haha. tak apalah. cikgu bagi untuk kebaikan kita orang jugak. terimalah ia dengan hati terbuka. ecehh.


di kesempatan ini saya nak mengucapkan

  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 MAAF ZAHIR DAN BATIN

minta maaf andai sepanjang saya bergelar blogger nie ada kata-kata saya yang menyakitkan hati korang atau apa-apa sahajalah yang buat korang terasa. minta maaf sangat-sangat. moga amal ibadat kita diterima allah dan semoga kita dapat berjumpa ramadhan akan datang. amiin... kalau dapat duit banyak, jangan lupa hulur-hulur lah sikit untuk saya. hahaha. (buat muka tak malu >_<)

okay, sampai setakat ini sahaja.moga kita berjumpa lagi. assalamualaikum.

3/8/13


ciptaan kawan baik saya, Alina

p/s : kalau tak keberatan, follow lah TWITTER saya :D