10 June 2013

Penggal Ke-2

assalamualaikum,

okay, cuti pertengahan tahun dah tamat. hari ini bermula persekolah untuk penggal kedua. so, macam mana perasaan korang?! best kan?! hahaha. saya?! best sangat-sangat. hohoho. tipu je. best ape ke bendanya? nightmare wehh. hari ini dah berapa kertas periksa saya dapat. teruk ke tak, saya tak tahu lah nak kata macam mana kan. yang pasti menurunlah markah saya berbanding dengan penggal pertama tu.yang pasti subjek yang gagal dah ada dah satu. memang tak sangkalah kan. tapi saya akuilah sebab subjek tu saya tak banyak membacalah dan menghafal. buat ikut logik dan apa yang saya ingat dan sempat study je lah. disebalik kesedihan dan saya hampir-hampir nak putus asa je, allah menggantikan sesuatu yang dapat mengubat hati saya (cehh, ayat tak boleh blah kot -.-) happy lah bila dapatkan. memanglah tak tinggal mana tapi okaylah. daripada gagal naik ke lulus. subjek apa?! bahasa arab lah. tapi memang jujur saya kata exam kali nie saya agak struggle lah dengan bahasa arab nie. weh, bukan senang. kalau dapat lulus cukup-cukup makan tu, dah bersyukur gila dah. huhuhu.

penggal kedua nie, azam saya (baru nak buat azam) nak lebih berusaha lagi. kena pick up semua subjek, insyallah. amiin. kena rajin. dah tak boleh dah nak enjoy lebih-lebih. sikit-sikit je. simpan dulu novel, komik, majalah dan semua yang seangkatan dengannya. hehehe. insyallah, sekarang baru nak sedar. tapi belum terlambat lagi nak berusahakan. selagi belum masuk ke dalam dewan peperiksaan, selagi tu kita kena berusaha. okay, kata-kata semangat untuk diri. hehehe.

oh ya, entri saya yang sebeblum nie, saya cerita pasal folio add math saya. alhamdulillah dah siap. tinggal satu bahagian je lah tak siap. tak tahu nak buat macam mana. copy je lah orang punya. thanks buat hamba allah nie. saya lupa namanya tapi dia budak sekolah KISAS. thanks sangat-sangat sudi share folio anda untuk kita  orang. moga allah membalas budi baik anda. okay, pasal folio dah selesai. sekarang nie memang cikgu akan sibuk nak buat ULBS. hope dapat buat yang terbaik. hmmm, surah as-sajadah tak hafal lagi. memang padan muka untuk diri sendirilah sebab tak nak hafal awal-awal dulu. tangguh-tangguh lagi. anda buat, anda dapat.(macam pernah dengar je statement nie -.-")

ayah saya akan pulang dari mekah insyallah hari esok. doakan ayah saya tau moga selamat tiba. rindu kat ayah. lebih kurang 2 minggu menjalani kehidupan tanpa ayah. hehehe. tapi mungkin aku tak dapatlah nak ikut ibu pergi airport jemput ayah kan. ye lah sekolah kot esok. tak apalah balik sekolah boleh jumpa. apalah buah tangan yang ayah bawa?! hehehe. ke situ pulak.

okaylah sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. mohon maaf jikalau ada kata-kata saya nie mengguris hati korang semua. hehehe. entri kali nie saya taip dengan penuh semangat. huhuhu. anis dah merepek yang bukan-bukan dah. sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah buat Kak Irine Nadia. Kak Irine selamat melahirkan puteri pertama pada 6/6/13. ehh, sama birthday dengan Adha. untunglah kan. hehehe. okaylah, bye-bye. semoga kita berjumpa lagi. assalamualaikum.

10/6/13

No comments: