11 May 2013

Segmen Blogwalking Kita-kita

  

assalamualaikum, semua

mehh join segmen nie. tarikh tutup 15 Mei 2013. 
nak join, klik kat gambar tu ye :))

11/5/13

03 May 2013

Kerinduan

assalamualaikum, semua

apa khabar semua ?! hehehe. kata exam kan tapi sempat pulak dia online lagi. hahaha. bosanlah tak tahu nak buat ape. *ceh padahal banyak benda boleh buat*. esok exam BI kertas 1 dan 2. macam boleh jawab je. insyallah jawab tu boleh tapi hope esok allah bantu saya dalam memberi idea untuk buat esok. karangan kau. sekali tak boleh jawab, naya kot. nauzubillah, mintak jauhlah.

okay, macam biasa. saya selalu lari dari tajuk entri saya. hahaha -.-' sorry ye. okay, saya tengah merindu nie. rindu kat siapa ?! pakwe saya ?! crush ?! bias ?! atau ... *krikkrik* hahaha. nie lah padahnya bila dah start menaip nie. merepek yang bukan-bukan pulak kan. sorry again. okay, biar saya berterus-teranglah. berdebar tak ?! hehehe. sebenarnya saya tengah rindu pada KUCING saya. ulang suara. KUCING SAYA. hahaha. cuak tak ?! okay tak cuak pon. pertama sekali, saya nak minta maaflah sebab tak inform kan awal-awal tentang kucing saya nie. ibu saya dah hantar kucing saya dekat Pusat Jagaan Kucing. dah lama dah ibu saya hantar tapi saya tak inform kan kat korang sebab malas plus sedih lah ingatkan kucing saya tu. sebelum nie saya ada kata yang kucing saya ada 14 ekor kalau tak silap saya *nampak sangat dah lupa -.-'* ibu saya hantar 12 ekor kat pusat jagaan kucing tu. kenapa ibu buat macam tu ?! banyak sebabnya. yang pasti rumah saya tak sesuai untuk pembesaran anak-anak kucing nie. bayangkan saya ada 10 ekor anak-anak kucing. 2 ekor mak kucing and 2 ekor anak dara tua :D

ibu tak mahu hantar kat orang sebab cukuplah kucing saya yang sebelum nie bagi kat orang hilang macam tu je. sedih tau. ibu ambil keputusan hantar kat pusat jagaan kucing tu lah. hantar kat situ berbayar lah. bukan ibu jual. duit tu untuk keperluan kucing tu jugak sementara belum ada orang nak ambil kucing tu kan. jangan salah faham plak ye. ibu hantar kucing-kucing saya bulan 3 lepas lah. dah dekat sebulan lebih baru nak bagi tahu. hehehe. sorry again.

yang paling menyedihkan, kucing kesayangan saya dihantar sekali. sedih kot tapi terpaksalah saya lepaskan juga. kucing saya tu namanya MEOW. kucing paling lama tinggal dengan kita orang. saya ambil dia tapi saya form 3. memang sayang gila lah kat dia.


psstt nie gambar lama. rasanya saya snap nie time saya form 3. hahaha. malas nak upload gambar. internet lembap. okay, sambung balik cerita. saya yang ambil meow nie. saya jumpa kat berek rumah saya. waktu tu saya ingatkan anak kucing sebab badan dia time tu kecik giler and memang nampak macam anak kucing lah. pandai kau tipu aku, meow!! hahaha. dia cedera time saya ambil dia bawa balik rumah. kulit dia terkoyak dari bawah perut dia sampai ke kaki. memang ibu ayah saya bawa pergi klinik. ubat dia apa semua tu. lebih kurang sebulan ke 2 bulan, luka dia dah sembuh dah.

sepanjang dia tinggal dengan family saya, dia beranak 3 kali. yang first tu, 6 ekor. second punya, 5 ekor and yang last nie 6 ekor. banyakkan ?! tapi semua tu dah bagi orang and hantar kat pusat jagaan kucing. apa yang istimewanya meow nie ?! entah lah. huhuhu. meow nie seeokr kucing yang paling bising. dalam banyak-banyak kucing yang saya pernah bela, dialah yang paling and tak manja. tak adalah tak manja langsung. dulu, kalau ibu nak kejut saya bangun, ibu akan masukkan meow dalam bilik saya. nanti meow akan mengiau kat depan saya. kalau saya tak bangun, dia akan naik katil dan mengiau depan muka saya. so nak tak nak terpaksalah bangun jugak. hahaha. kadang-kadang ibu dengki dengan saya. kalau meow nak mintak makanan, ibu akan masukkan meow dalam bilik sayalah. sabar je lah. sebab itulah saya selalu tutup pintu bilik tak bagi dia masuk. tapi kadang-kadang tu dia akan mengiau jugak depan pintu bilik saya sambil mencakar-cakar pintu tu. sabar je lah tapi saya buat tak tahu je, hehehe

meow nie seekor kucing yang setia. dia pernah tak balik rumah dalam 2 hari. saya ingankan dia sesat ke apa kan. tetiba dengar  bunyi kucing mengiau kat depan pintu. aikk, tahu pulak dia balik. kadang-kadang kalau dia keluar dia akan pergi blok sebelah (saya duduk rumah flat), kalau saya nampak dia, saya akan panggil dia. dia tengah and nanti dia baliklah rumah. dia boleh cam suara satu family saya. kalau ibu panggil dia makan even waktu tu dia tengah tidur dia akan bangun and menyahutlah. comeeeeel gilaaaa !!! huhhuhu. rindu kot nak dengar suara dia. kucing yang saya ada pon bising jugak tapi dia just bersuara kalau nak makan and kalau ada orang kacau dia. itu je lah.

gambar terakhir meow

okaylah sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. thanks kerana sudi baca entri saya yang tak seberapa ini. kalau nak tahu lagi banyak cerita pasal kucing, bolehlah skodeng-skodeng kat entri saya sebelum nie. kalau rajinlah. hahaha. okay, assalamualaikum.

2/5/13