27 April 2013

Gwiyomi Fever

assalamualaikum, semua

apa khabar semua ?! sihat tak ?? hope korang semua sihat ye. hehehehe. dah lama tak update lah. ye ke ?! hahaha. tak ingatlah. maklumlah bergelar SPM CANDIDATE. tapi nie belum nak busy sangat. baru busy sikit tapi dah macam apa dah. 

okay, nampak gambar kat atas nie. saya bukan nak kata siapa orang tu tapi korang pasti tahu apa yang dia buatkan. huhuhu. sekarang trend gwiyomi plak. dulu gangnam. pada asalnya saya tak tahu gwiyomi nie sampailah satu hari tu kawan-kawan saya kata pasal nie. pada asalnya saya ingatkan lagu dia yang buat dia jadi famous. rupa-rupanya gaya dialah. hmm, tak hairan lah ramai yang suka lagu nie sampai budak laki pon nak buat jugak. comel gaya dia. senang je nak tiru and memang tak hairan ramai nak buat. lagu dia comel and sesuai dengan gaya dia.

baru tadi, saya pergi tengok kat you-tube. ceh, dah lama dah famous baru hari nie nak tengok. hahaha. belum jumpa masa yang sesuai nak tengok. kebetulan hari nie ada masa lapang, saya tengoklah. susah jugak nak cari video yang original punya. banyak version saya jumpa. kelakarlah jugak tengok dia orang buat. comel pon ya jugak. huhuhu. saya nak try?! malulah plak. kalau buat sorang-sorang kat bilik boleh kot. hehehe.

hmm, itu je sebenarnya saya nak cakap. hahaha. hmm, selasa depan saya dah start periksa pertengahan tahun. seram kot. hahaha. ye-ye seram tapi belajarnya belum buat lagi. hai, anis nie. baru semalam buat aku janji kat depan ibu ayah. dah lupa dah ?! tak patut betul. okay, jangan contohi saya okay. *tak ada sape-sape nak contohi kau lah, anis* hehehe. mengarut sorang-sorang kat sini. okaylah, itu je. jumpa lagi ye. assalamualaikum.

27/4/13

No comments: