27 March 2013

Dari Sahabat


Di dalam kerinduan yang mendalam
Ku mencari-cari kau disisi
Namun kau tiada disisi 

Ku ingin bertemu denganmu bagi melepaskan rindu
Namun banyak yang menghalang
Aku terus terseksa dengan jiwa yang terus-menerus merindu

Bilakah harus aku bertemu denganmu bagi melepaskan rindu yang mendalam ini ?
Ku menanti jawapan daripadamu teman
Penat aku menunggu
Penat aku menangis
Penat aku mengingati kenangan kita

Namun Allah telah menentukan takdir kita
Kita berpisah kerana Allah
Kita bersahabat kerana Allah
Namun kita tidak dapat menghalang kerinduan ini


puisi ini kawan saya bagi, Alina. thanks sangat-sangat kat dia. suka cipta puisi and saya rasa dia memang berbakat. korang rasa ?! To Alina : thanks dowh. kau cipta sendiri ke ?! kau buat aku terharulah bila baca. thanks sangat-sangat.

27/3/13


24 March 2013

Cuti Penggal 1

assalamualaikum, semua

lama benar saya tak update blog ye. nak dekat hujung bulan baru nak update blog. hehehe. actually, saya bukak blog saya nie. just nak baca entri-entri blog yang saya follow and tengok orang komen saya. itu aje. nak post entri, belum jumpa masa yang sesuailah. so, alhamdulillah hari nie dapat jugak saya update blog. jealous lah jugak tengok blogger-blogger yang lain dok post-post entri. saya nie, haiiii susah betul nak post entri. tapi tak apalah. budak nak ambil SPM kan tahun nie. so, busy lah sikit. hahaha. bajet je lebih lah aku nie. 

so, semua dah start cuti dari semalam. but untuk saya baru hari nie. why ?! sebab semalam and hari nie saya kena pergi sekolah. ada GROOM A. apakah itu ?! entah lah. hahaha. benda nie mecam kelas tambahan lah. buat review untuk subjek yang dah ditetapkan. semalam, belajar add maths. dari pukul 8.30 sampai 4.30 petang. lama kan ? awal-awal tu macam merungut lah jugak tapi bila dah belajar tu. best plak. penceramah yang dijemput tu best kot. kelakar and cara dia ajar sempoi je. dia bagi formula add math tak ikut sangat ape yang dah kita belajar. maksudnya dia cipta formula sendiri dengan bercerita and formula tu kena dengan formula yang ada kat buku teks and buku rujukan. serius best kot. saya tak pernah belajar add maths se-happy nie. boleh jenguk kat blog Sir Suhaimi.

tadi untuk kelas saya belajar matematik dan sejarah. buat revision lah. hmmm, cuti nie family saya tak ada plan nak pergi mana-mana. tambahan lagi, homewrok cikgu bagi boleh tahan banyak ditambah dengan kertas-kertas untuk latihan masa cuti. memang cuti nie tak boleh nak enjoy lah sangat lah macam budak lain. huhuh. sedih betul. korang yang lain mesti dah dapat kertas exam kan even tak semua pon. hehehe. amacam, okay tak ?! saya rasa mesti okay kan. hmm, saya baru dapat 6 subjek. alhamdulillah, saya dapat 4A 2C. hahaha. jangan gelakkan saya ye. C saya tu add maths dengan fizik. first time lulus (nampak sangat sebelum nie tak lulus). hehehe. alhamdulillah, hope itu exam akan datang, saya akan tingkatkan lagi usaha saya nie ye. doakan saya ye. and begitu jugak buat korang semua.

akhir sekali, tahniah buat semua SPM candidates tahun 2012. tahniah ye. sorry lah lambat wish kat korang. buat yang tak dapat apa yang diharapkan, jangan kecewa. apa pon result korang yang dapat, jangan kecewa ye :)) hehehe. pandai bagi kata-kata semangat. padahal dalam hati nie dah berdebar giler kot. cikgu sekolah target yang tinggi untuk kitorang nie. huhuhu. hope kita orang mampu buat apa yang diharapkan and kalau lebih pon, apa salahnya kan. biar semua orang terkejut. ada orang kata, "batch 1996 nie budaknya nakal-nakal tapi bila result keluar, memang GEMPAK kot. tak sangka betul." betul ke statement ini ?! betul kot. korang rasa ?!

24/3/13