Kucing II

assalamualaikum, semua

apa khabar semua ?? dah lama saya tak update blog (tipu jerr >_<). busy betul bila dah jadi budak form 5 nie. letih kot. cuti sabtu ahad nie rasa macam nikmat gila bila dah form 5 nie. sebelum nie rasa macam biasa je. hehehe. maybe korang yang bekas-bekas spm candidates pon rasa macam tu kot dulu. okay, kini giliran saya untuk merasainya. huhuhu.

okay, saya nak cerita pasal kucing saya pulak untuk entri saya kali nie. sebelum nie saya ada cerita pasal kucing saya kat entri saya sebelum ini. hah, yang ini part 2 lah. hahaha. actually, majoriti entri yang saya post banyak pasal kucing saya. maklumlah orang yang sukakan kucing. sampaikan kamera family saya pon penuh dengan gambar kucing. hehehe. okay, tanpa membuang masa saya akan upload-kan gambar-gambar kucing saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

mak kucing sedang menjaga anaknya













kucing saya sedang menyusukan anak dia



perasan tak ada seeokor kucing besar tu ?? kucing saya yang paling nakal. dia nie dah macam pembantu kepada mak kucing nie. kadang-kadang tu dia pulak sibuk jaga or jilat-jilat bersihkan anak kucing nie. kalah mak kucing. hahaha. ibu saya kata kucing saya yang seekor nie penyayang. macam anak kucing saya sebelum nie pon dia buat macam tu jugak. dialah guru, pembantu kepada anak-anak kucing saya.



nie lah kucing nya. opss, tak comel plak. hehehe. ambil gambar time dia tengah tidur. hehehe. kata ibu, kucing saya nie perangai dia sama macam kucing saya, Sepet yang dah mati dulu. tapi yang nie nakal sangat. suka buka almari kabinet lah. panjat sana lah. jatuhkan pasu bunga plastik lah. pening betul.



nie yang mana ? hahaha. extra nie. hehehe. sedap je dia baring atas bantal saya. dah macam orang dah. hehehe
 
hah, itu je lah gambar yang dapat saya upload-kan. tak banyak. sorry lah. so sekarang kucing kat rumah saya 14 ekor. 10 ekor anak kucing. aik, hari itu kata anak kucing 6 ekor, macam mana boleh 10 ekor plak ?? hahaha. kucing saya lagi seekor tu dah beranak, 4 ekor tapi gambarnya saya tak dapat nak tunjukkan sebab susah nak ambil gambar anak dia. kucing saya nie letakkan anak dia bawah katil. susah nak ambil. minta maaflah ye. insyallah kalau saya dapat ambil, saya akan tunjukkan pada korang semua.
 
okaylah setakat ini sahaja entri saya untuk kali ini. thanks kerana sudi membaca. jumpa lagi and assalamualaikum. oh sebelum itu, terima kasih buat korang yang follow saya. terima kasih sangat-sangat. kalau saya lambat follow tu, minta maaflah ye. kalau saya tak follow tu, sorry lah ye. kalau nak saya follow korang balik, korang kena tinggalkan pesanan kat cbox saya tau. kalau tak, saya tak akan follow. sorry lah ye. hahaha. mintak maaf kalau saya ada buat salah. sayonara.  
 
24/2/13


p/s : pasti korang pening bila baca entri saya nie kan. dahlah kucing banyak tapi tak berikan nama. hahaha. sorry. kucing saya ada nama tapi saya malu nak taip. nama pelik!! sorry sekali lagi.






Pencarian Bloglist MAC&APRIL 2013 by DJH

assalamualaikum, semua

saya kembali untuk promote satu segmen nie :) meh join ramai-ramai. nak join, tekan sini :


22/2/13

Kucing

assalamualaikum, semua

apa khabar ?? okay nie kali kedua anis post entri untuk hari nie. dah tengok entri anis sebelum nie ?? kalau belum tengok, mehh sini tengok. anis pernah cakap dulu yang anis akan tunjukkan gambar kucing anis kan. so hari nie anis akan kotakan janji anis ye. 

sejujurnya, saya ada banyak kucing sebenarnya tapi banyak yang dah bagi kat orang, ada yang hilang and ada yang mati gak. yang ada kat rumah saya nie ada 4 ekor tapi itu tak termasuk anak kucing ya. seekor mak kucing, seekor lagi bakal jadi mak kucing and 2 ekor tu anak dara tua. hehehe. dah macam manusia lah plak ye :))


ini lah mak kucingnya. namanya, Meow. asal nama macam tu ?? entah lah. maybe sebab dia suka mengiau sangat. hehehe. okay saya ambil kucing nie time bulan November 2011 yang lepas. sepanjang dia tinggal kat rumah saya, ini kali ke-3 lah dia melahirkan anak. yang first tu, 6 ekor. secong, 5 ekor. and yang baru-baru nie, 6 ekor lagi. aduh, banyak plak anak dia. so, nak tak nak terpaksa lah bagi kat orang lain. yang ada sekarang nie belum bagi lagi sebab anak-anak dia masih kecil lag. baru 2 ke 3 minggu entah.


inilah anak-anak dia. maaf sebab tak nampak sangat. agak susah saya nak ambil gambar nie. ye lah dia duduk kat bawah katil. katil saya lah tu. bukan tak nak letak yang kotak atau bakul. nanti kalau letak, dia akan ambil balik anak dia. so, buat masa nie biarlah dulu dia kat bawah katil tu. anak dia 3 ekor warna oren putih and 3 ekor lagi hitam putih. anak-anak dia kali nie tak ada yang warna sama macam dia, 3 warna. berkenan ke nak?? boleh aje. hehehe


nie bukan anak kucing dari kucing saya nie. ayah saya ambil kat surau. kucing nie memang nakal betul. kalau dah naik dah mood dia nak main, memang huru-hara lah rumah saya.


nie pon sama gak. kucing yang ayah saya ambil. ayah saya ambil 2 ekor.  kucing nie manja. kucing kesayangan saya. hahaha. perasan betul !!


nie satu-satunya anak kucing  pada kucing saya. yang first punya. asal nie yang tinggal ?? sebab tak ada sape-sape nak kat dia. huhuhu. nie lah yang bakal jadi mak kucing nya. tengah mengandung sekarang nie. tu lah masalah kami sekeluarga. tak tahu lah macam mana. jangan dia beranak banyak macam mak dia sudah. time saya tengah taip nie dia ada kat sebelah saya nie. macam mana dia nak jadi mak. masih manja lagi nie. harap allah bagi pertunjuk kat kami semua. rumah saya ruangnya kecik. tak sesuai untuk permbesaran anak-anak kucing nie. memang sedih nak bagi kat orang tapi .... entah lah.

okay, saya dah tunaikan janji saya. hehehe. thanks pada korang yang sudi baca entri saya yang tak seberapa nie. thanks juga follow blog saya. jumpa lagi and tunggu entri saya yang akan datang. hehehe. kalau nak tunggu lah. tak nak tak apa.


thanks untuk kawan saya, Alina. bagi hadiah awal sangat. birthday saya esok. okay, insyallah saya akan cukup 17 tahun esok. 10 Feb 2013. dah tua dah aku nie.

9/2/13

Segmen : Tambah Followers Sambil Berkenalan

assalamualaikum, semua

anis kembali untuk promote satu segmen nie. mana anis jumpa ?? dari kawan blogger lah. hahaha. okay soalan yang lawak. anis tengok macam menarik je and tak susah pon syarat nak join segmen nie. so, jom lah join sekali segmen nie ye. kalau nak join, tekan sini :




okay, followers anis sikit je. 41 orang. baru nak berjinak-jinak dengan blog even dah lama dah guna blog. harap dapat naikkan lagi lah jumlah followers anis. so, thanks buat yang follow anis. insyallah, anis akan follow blog korang kalau korang follow anis ye :))

9/2/13

Istikharah Cinta

assalamualaikum, semua

apa khabar ? hari nie buat pertama kalinya saya post 2 kali entri untuk sehari. hehehe. ye lah untuk saya nie first time lah. oh ya, dah baca entri saya sebelum nie ? (tak baca pon. hehehe). nie first time saya join segmen. sebelum nie tak pernah join mana-mana segmen pon. nie first time lah. thanks buat Kak Niera. saya tahu pasal nie dari dia. 

so, balik pada tajuk entri saya untuk kali nie. korang dah dengar lagu baru. maksud saya lagu nasyid. tajuknya "Istikharah Cinta" dari kumpulan Sigma. saya tahu lagu nie pon dari kawan saya, Yus. macam sedap je dia nyanyi. so saya pergi lah tengok kat you-tube. tengok lah. best lagu tu and sedih lah. saya suggest-kan korang tengok kat sini lah. tahniah pada orang yang buat video nie. nak menangis saya tengok video nie. so, apa tunggu lagi ?! tengok lah cepat ya :))

1/2/13

kucing saya dah beranak hari ahad lepas. 6 ekor semuanya. nanti saya akan tunjukkan gambarnya untuk entri akan datang.

Segmen Random oleh Honey Yeo

 
 assalamualaikum, semua
 
jom, join segmen nie :))
 


 
 1/2/13