Tak Sihat

assalamualaikum, semua

apa khabar, semua? hope korang semua sihat lah ya. saya tak berapa nak sihat. nak kata demam tak lah jugak. just selesama dan sakit kepala. tapi alhamdulillah lepas makan ubat paracetamol, kurang sikit sakit kepalanya. start selesama semalam lah. tak tahu lah kenapa. allah nak uji kot. doakan saya cepat sembuh ya.

memandangkan saya tak kena PLKN dan ambil lesen pun rasanya lambat lagi, saya cadang nak kerja. tapi tu lah masalah saya, PEMALU. ada kawan mak saya offer kerja. kerja kilang coklat. kebetulan dia kekosongan kerja dan orang tu nak perempuan. so, ibu tanya saya. rasanya saya nak. try lah dulu cari pengalaman hidup. memang rasa cuak lah jugak sebab tak ada kawan kan. tapi tak apalah. cubalah dulu. orang tu kata hari isnin datang lah.

ibu perli saya. "aik, terus demam ke bila kena kerja?" mana ada. kena semalam kot. ibu nie, kesitu pulak. esok, ibu nak bawa saya pergi survey. tengok lah jalan nak kesana. doakan saya okay. cepat sembuh. mudah-mudahan allah permudahkan urusan saya. and dijauhi daripada perkara yang tidak baik. wish me wish me >.<

oh ya kilang coklat tu namanya Fidani Chocolate. korang boleh tengok pada laman web dia :

okaylah. sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaflah kalau simple sangat. tak sihat lorh. have a nice day. good luck buat korang yang akan kembali ke sekolah minggu depan. belajar rajin-rajin, okay :) assalamualaikum.

27/12/13

Blog Adik

assalamualaikum, semua

*tengok gambar* blog siapakah ini?! abaikan tab yang lagi satu tu tau. time nie tengah dok download lagu Black - "Takkan Terpisah". hehehe. actually, saya print screen blog adik saya. kalau yang kenal saya nie, dia tahulah yang saya nie ada adik 3 orang. hmm, adik perempuan saya lah punya blog. dia baru buat hari ahad lepas tu. asalnya dia suruh saya buat tapi saya asyik berdalih je. asyik kata kejap je kan. so, dia fed up lah kot. dia buat sendiri. haih, kakak yang kejam betul lah saya nie. hohoho. bukan apa. saya nak latih dia supaya berdikari. *ceh! alasan semata-mata*

jadi, siapa-siapa sudi-sudikanlah folow blog adik saya nie. new blogger kan. so belum ada entri lagi yang dicatat. oh ya, design blog dia nie saya ambil dari blogskins. malas nak editkan. hehehe. blog saya pun tak selesai edit sebenarnya. header blog tinggal. last but not least, sila follow blog adik saya. 


24/12/13

p/s : adik bongsu saya (thn 4) ada mintak saya buatkan facebook untuk dia. haih, dah besar rupanya adik aku nie >.< oh ya, dia akan genap 10 thn pada 30 ari nie. *lambatnya birthday dia. baru nak genap 10 tahun. sian T.T*

Jamuan Kelas 2013

assalamualaikum, semua

sudah lama tak update blog. apa khabar semua? thanks sudi baca entri saya yang tak seberapa nie. okay entri kali nie nak cerita pasal jamuan kelas saya. kelas 5 Abu Bakar lorhhh !! jamuan nie dah lama dah tapi hari nie baru nak cerita. sorry lorh. jamuan saya diadakan pada 5 Disember 2013 kat Mid Valley. 

maaf lah saya tak ada gambar nak dikongsikan. sebenarnya, ada je saya ambil gambar tapi cable yang digunakan untuk transfer gambar ke komputer ada masalah. so tak dapat lah saya nak tunjukkan gambarnya. so, kalau nak tengok korang skodeng lah kat blog kawan saya nie, Bobop .

jamuan tu boleh lah best. haha. hari tu boleh dikatakan antar hari yang bersejarah kot. sebabnya banyak perkara yang menjadi first time berlaku. apa dia?! 

first time : 
  • pergi mid valley
  • naik ktm dengan kawan-kawan
  • makan kat subway
  • main bowling
banyak kan?! tak lah banyak sangat. yang mencabar tu main bowling lah. dah lah first time. asyik masuk longkang je. hanya beberapa kali je kena pin. sekali je dapat strike. okay lah tu. bersejarah tu. aktiviti kita orang selain tu, tukar-tukar hadiah. saya dapat hadiah daripada hanan. thanks lorh. dia bagi buku. tajuknya Diari Hidup Rasuluallah s.a.w


nie lah rupa buku tu. belum baca lagi. tengah dok habiskan novel nie hah. ceh!! tak patut pon. apa-apa pun saya happy lah pada hari tersebut. thanks korang. aku akan rindukan korang semua. insyallah kita akan jumpa lagi nanti. insyallah. thanks sudi terima aku. sorry kalau ada buat salah. good luck okay.

hanya setakat ini sahaja entri kali nie. sorry lah agak membosankan sebab tak ada gambar. korang pergilah tengok kat blog kawan saya tu. hehe. rajin-rajinkanlah diri anda ya. okay lah. jumpa lagi. assalamualaikum :))

23/12/13

Aktiviti Selepas SPM

assalamualaikum, semua

huwahhh !!! dah lama tak update blog. ye ke?! entahlah. yang pasti, alhamdulillah saya dah tamat menjalani peperiksaan SPM. huhuhu. sudah tidak bergelar spm candidates lah nie. tapi sedihlah kan sebab bukan bergelar budak sekolah lagi. huhuhu. bergelar alumni dah. sedih-sedih terpaksa berpisah dengan kawan-kawan, guru-guru yang terbaekkk kat dunia nie. serius saya cakap. guru-guru yang mengajar kat sekolah saya (ehem SMK SEKSYEN 18 HEBAT) semuanya best-best. saya yang belajar kat situ dari form 1 lagi. first day sekolah tu wohh. hahaha.

entri saya kali nie bukanlah nak cerita pasal sedih-sedih nie. meh kita happy-happy dulu ya. happy lah sangat. happy for me lah kan. hahaha. okay, memandangkan spm dah habis, sudah tentulah saya tak akan membaca atau membuka sama sekali buku-buku pasal pelajarn *teruk betul -.-"* hahaha. jangan contohi saya okay. ada certain yang pergi kerja. saya malas nak kerja. bukan ibu saya tak kasik, kasik aje. katanya cuba cari pengalaman kan tapi saya nie yang malas. haha. saya tak dapat PLKN buat pengetahuan korang semua. *rasanya saya dah bagitahu kot sebelum nie*. untuk mengisi masa lapang saya yang tersangat-sangat lah lapang nie, saya membacalah novel. saspens kan?! saspens lah sangat kan >_< okay, anis dah tak betul dah hari nie. happy sangat kot dapat update blog.

so ada lah beberapa buah novel yang saya kena habiskan baca. 1 buah saya punya and 3 buah lagi adik saya punya. lepas dah habis baca nie baru boleh pinjam kat kawan-kawan lain kan. sendiri punya diutamakan. yeay!!


nie novel saya. siapa peminat hlovate, angkat tangan. hahaha. kita geng. actually, saya baca separuh jalan. nie nak sambung balik lah. apasal baca separuh jalan je?! entahlah. time tu rasanya spm dah nak dekat kot. or senang citer dah nak dekat trial dah. risau sebab tak study apa-apa. huhu >_< *alasan semata-mata tapi betul lah*


nie novel adik saya. saya peminat novel suri ryana nie. yang first novel dia saya dah baca. best giler. rugi korang tak baca. hehe. sekarang nie saya tengah baca novel nie. dalam proses nak habiskan nie. pasti korang pelik kan asal saya tak sambung baca novel saya tu. dah separuh dah saya baca. jawapannya .... entahlah. suka hatilah kan.


okay yang nie saya rasa ramai orang tahu kot. yelah tengah hot drama bersiri "playboy itu suami aku" kat tv 3 kan. saya pun tengok cerita tu jugak. sanggup saya tengok kat tonton kalau saya terlepas episod dia. haha. kemaruk katakan. memang macam tu.

novel nie tak usahlah nak katakan. dulu hot giler drama pasal nie. time drama nie tengah hot, saya pulak tak ada lah nak melayan sangat drama nie. adik saya je lah yang sibuk melayan. apa pasal?! adalah sebabnya kan. hehe. guess what. hehehe

okaylah itulah 4 buah novel yang saya kena habiskan. so aktiviti saya masa cuti nie NOVEL MARATHON lah kan. hahaha. okaylah sampai setakat ini sahaja lah. maaflah kalau entri saya kali nie over sangat kan. excited terlebih. harap maaf lah ya. jumpa lagi. assalamualaikum :)

8/12/13

4 Hari Lagi

assalamualaikum, semua

ceh kononnya niat dihati nie nak update blog lepas habis spm tapi tak jadi lah. hahaha. why?! entahlah. saya pun tak tahu. okay, *lihat tajuk entri* tinggal lagi 4 hari lagi saya menduduki peperiksaan spm. macam mana?! so far, ada senang dan ada susah. macam exam sebelum-sebelum nie. kalau kita bersungguh-sungguh, senanglah. kalau susah tu nampak sangatlah kita nie tak fokus and sungguh-sungguh. bukan nak perli siapa-siapa. perli diri sendirilah nie. jangan ada yang terasa lah pulak kan. 

okay, minggu depan, saya akan menghadapi paper killer betul. apakah itu??!! subjek sains lah. fizik, kimia dan biologi. memanglah subjek kelemahan saya a.k.a tidak digemari oleh saya. huhu T.T wish me, wish me okay. risau kot. exam saya akan tamat 3 disember. hehehe. subjek terakhir saya, bahasa arab. lepas tu, MERDEKA!!!! yeayyyy....

ahhh, tak sabar nak tunggu hari "kemerdekaan" tu. hehehe. okay, bersabarlah wahai anis. 4 hari je tinggal. sekarang nie fokus pada paper yang akan kau duduki nie. hehehe :D maaflah ya. kata-kata semangat untuk diri sendiri nie.

okaylah, sampai setakat ini sahaja entri saya kali nie. bye-bye. maaflah kalau membosankan. sekadar nak menunaikan hasrat dihati ini yang terkubur lamanya nak post entri. hehehe. ayat tak boleh blah betul. doakan saya tau dan tak lupa untuk rakan-rakan seperjuangan saya yang lain. assalamualaikum. have a nice day.

23/11/13

p/s : sekarang nie family saya dalam proses berpindah rumah dari tingkat 4 ke tingkat satu. semoga dipermudahkan >_<

SPM

assalamualaikum, semua

maybe ini entri untuk kali terakhir sebelum saya menduduki peperiksaan spm. upsr dan pmr candidates dah selamat berjuang. hanya menuggu keputusan sahaja. kini tiba kiliran spm candidates pulak untuk berjuang. jujur saya katakan memang berdebarlah jugak. even sekarang nie belum rasa debarannya tapi saya tahu hati saya tengah takut. SPM wehh!! huhuhu. macam nak marahlah plak. hehe :D tak marah pon. emosional jap. haha. 

esok saya dan rakan-rakan seperjuangan saya akan berjuang untuk masa depan kami. doakan kejayaan kami ya. buat rakan-rakan seperjuangan saya, GOOD LUCK UNTUK SPM NIE. MARILAH SAMA-SAMA KITA BERJUANG, OKAY. MOGA TUHAN MEMPERMUDAHKAN KITA DAN USAHA KITA TIDAK SIA-SIA. GOOD LUCK :)) 

buat korang, readers (ada ke?!) doakan kejayaan saya dan rakan-rakan saya, okay. saya minta maaf andai sepanjang saya menjadi blogger ini saya ada tersakitkan hati korang ke kan. kata-kata saya ada yang menyebabkan korang benci saya atau apa-apa je lah. harap dimaafkan. sesungguhnya saya ini manusia biasa. hehehe. ayat bukan main lagi. 
paper terakhir saya pada 3 december iaitu hari selasa kalau tak silap saya. can't wait that day :)) hehehe. exam pun belum start lagi, tak berangan dah. hahaha. okaylah hanya setakat nie sahaja entri saya untuk kali nie. semoga kita berjumpa lagi. doakan saya, okay :) thanks sudi membaca entri saya yang tak seberapa ini. assalamualaikum.

selamat berjuang, spm candidates!!!
 p/s : 5 Abu Bakar 2013 SMK 18 HEBAT


5/11/13

Edit Blog Kawan

assalamualaikum, semua

wah, dah lama saya tak update blog. rasanya dah sebulan kalau tak silap. saya bukak blog tapi tak post apa-apa sebab tak ada idea. entri kali nie saya nak promote blog kawan saya. dia barulah jugak bergelar blogger. so saya baru lepas edit blog kawan saya. tapi tak 100% lah sebab lagu tak letak lagi. cantik tak?! hahaha. perasan lebih. padahal saya ambil dari blogskins. just edit sikit-sikit je. hehe.

pada korang yang tak keberatan, moh lerh follow blog kawan saya nie. 
sila tekan INI
thanks banyak-banyak buat korang yang follow. jumpa lagi. papai :))

3/11/13

entri kali nie pendek sebab tetiba idea dah hilang dah >_< harap maaf.

SPM 2013

assalamualaikum, semua

sudah lama saya tak update blog. hehehe. rindulah pulak. okay, first of all saya nak ucapkan 

GOOD LUCK BUAT SEMUA CALON-CALON PMR 2013
ALL THE BEST :D

hoho. saya time pmr tu cuti sehari je. okaylah tu kan. adelah juga cutinya even sehari. saya tak tahu nak kata apa dah nie. padahal sebelum bukak blog dah karang dah ayat apa nak taip kat blog nie. haishh, selalu sangat macam nie. huhuhu >_< okay, tinggal lebih kurang sebulan je nak SPM. memang berdebar. tambah lagi saya tak ready. okay, cakap pasal tu. huhuhu. doakan saya ya and tak lupa jugak buat semua rakan-rakan yang akan ambil spm tahun nie. good luck and moga allah bantu kita. 

sebut pasal spm buat saya takut lah. jujur saya kata yang saya tak ready nak spm. memang salah saya sebab main-main and tak serius belajar. result trial pun tak berapa nak okay. memang lulus semua tapi adalah beberapa subjek yang saya masih tak dapat nak capai target saya. dari dulu sampai sekarang asyik gred tu je lah yang saya dapat. hahaha. boleh teka kan?! add math lah. kena banyakkan latihan syaratnya. 

result korang pasti okay kan. huhuhu :)) tahniah. masih ada masa lagi. jangan putus. fighting okayyy !!! kata-kata semangat untuk diri nie yang kejap naik kejap turun and buat korang semua. setakat ini sahaja entri saya kali ini. sorry agak membosankan. entri kali nie lebih pada luahan hati and mengisi masa jap. *mengisi masa lah sangat* jumpa lagi. assalamualaikum :D

29/9/13

Mini Giveaway by Iffah Nadiah & Dayang Deno



assalamualaikum, semua

meh join ramai-ramai Mini Giveaway nie. 
hadiah yang ditawarkan menarik belaka and syarat-syaratnya simple saje.
nak join ?! klik pada gambar okay >_<

Facebook Name : Anis Hayati

15/9/2013


Trial SPM 2013

assalamualaikum

seperti yang semua tahu dan sedia maklum bahawa  sekarang ini percubaan SPM sedang berlangsung. dan semuanya dalam mood exam termasuklah saya sendiri. hmmm, hilang kata-kata jap. (apa-apalah jadi dengan ayat aku nie?! ni kes dah keluarkan semua ayat yang power-power time jawab kertas BM tadi lah ni -.-") tahun nie trial SPM tak setara tapi saya tak tahulah kalau negeri-negeri lain setarakan sebab kat selangor tak setara. semuanya cikgu buat. semua tahu terutama yang melaluinya bahawa soalan trial nie tak kira UPSR, PMR ke SPM agak sukar berbanding exam yang sebenar. itulah yang sedang dialami oleh saya dan semua SPM candidates. (ayat aku nie macam nak buat karangan je nie)

actually, saya dah tak ingat dah apa nak kata. hilang semua idea dan ayat yang saya dah karangkan kat otak sebelum nak update blog tadi. huhuhu. maybe sebab dah keluarkan semua kot time jawab paper BM tadi. mungkin.... trial spm kat sekolah saya bermula pada hari selasa lepas. so, baru tiga hari trial nie dan baru lepas 6 paper. ada lagi berapa entah paper nak kena jawab nie, tak kira lah pulak tapi yang pasti paper saya tu berderetlah sampai last trial tu. tak ada skip sehari ke apa kan. huhu.

baru 6 paper lepas, dah rasa macam nak menangis dah. susah betul. bila baca soalan tu kan perkara yang muncul dalam otak saya "bila belajar benda nie?" tak pun "macam pernah belajar tapi tak ingat". haha. ayat tu lah yang selalu muncul bila jawab exam. lagi-lagi jawab soalan add math semalam. memang ada yang boleh jawab tapi major nya tak boleh. memang terasa bodoh sangat diri nie. haih, nampak sangat saya kena buat latihan banyak-banyak.

apa-apa pun, yang lepas biarkanlah. teruskan apa yang akan berjalan nie. esok paper BI tapi kertas 2 lah. sebab lepas tu ada sambutan kemerdekaan. oh ya, dah 56 tahun negara merdeka. wah!!! rasa bangga lah pulak jadi rakyat malaysia.  kat kertas BM ada keluar soalan nie. hakhak.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56


setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaflah kalau korang bosan baca entri nie. entah apa jadi pada saya hari nie. terus jadi speechless dah. hohoho. doakan kejayaan saya dan rakan-rakan saya yang lain untuk ya. GOOD LUCK BUAT SEMUA SPM CANDIDATES. MOGA KITA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG NANTI :) 

29/8/13

p/s : ayah masuk hospital. moga allah sembuhkan sakit ayah tu dan beri kekuatan kepada ayah -.-

GIVEAWAY WELCOME TO MY BLOG by AWLA MUKLISAH BEAUTY SHOP


assalamualaikum, semua

mehh, join segmen nie. syaratnya simple aje dan hadiah yang ditawarkan menarik. 

17/8/13


SYARAT-SYARAT WAJIB tetapi sangat SIMPLE :

1. - Warganegara Malaysia yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.

2. - Mempunyai Blog sendiri


3. - Wajib Follow blog Awla (kalau dah follow tu teruskan follow Awla ya :)

4.     - Wajib LIKE Page " Awla Mukhlisah Beauty Shop "

5.     - Wajib Follow twitter Awla bagi yang ada Twitter : " https://twitter.com/AwlaMukhlisah "

6.     - Copy banner kat atas dan letakkan dalam entri.

7.     - Buat Entri bertajuk "GIVEAWAY  WELCOME TO MY BLOG BY AWLA MUKHLISAH BEAUTY SHOP "

8.     - Letakkan link entri segmen di ruangan komen di entri GIVEAWAY ini sahaja. 'pastikan WORD VERIFICATION takde ye'


ANTARA HADIAH LUMAYAN UNTUK PARA PEMENANG ! 

  yang paling HOT.. "


# Pemenang akan dipilih melalui perkhimatan RANDOM.ORG 

melalui Awla Mukhlisah Beauty Shop sendiri :)


P/S : Kalau nak dapatkan hadiah yang lumayan ini, kena rajin2 la share ya.
 In Sha Allah akan ada peluang nanti ! ;)
 All The Best ya ! :)



Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Ya Maulana

assalamualaikum, semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

tahun nie tak ada gambar raya lah yang boleh saya tunjukkan untuk korang. sebabnya saya beraya tahun nie 2 hari je iaitu last ramadhan dan first syawal tu. sekejap je. tak dapat nak kumpul duit raya banyak-banyak. okay, bersyukurlah kan. at least dapat duit raya. hahaha. 

okay, balik pada niat asal saya. saya dok jalan-jalan kat website Karya Seni. kononnya dah buat persediaan lah kan. bukan persediaan apa sangat kot. nie perancangan untuk habis spm nanti. maklumlah, saya tak dapat PLKN untuk kumpulan 1 nie iaitu sesi untuk pelatih lepas spm tu. so, kenalah buat perancangan apa nak buat kan lepas spm. (cam yakin je -.-

tengah jalan-jalan tu, saya ternampak novel nie. actually, saya tak tengok tajuk dia. saya tengok nama penulis dia. tu yang menarik perhatian saya. kebetulan kan. saya pernah baca novel Hana Ilhami nie sebelum nie and saya ada novel tu. 




best jugak novel beliau. jenis islamik dan ada unsur-unsur dakwah lah kan. hohoho >_< jadi, bila dah nampak novel beliau yang seterusnya nak try lah baca kan tapi bukan sekarang lah kot. lepas spm nanti lah nak beli. huhuhu -.-" 

novel Ya Maulana nie berharga RM 35.00. kalau order kat website Karya Seni, dapat diskaun RM 3.00 lah. hehehe. okay ini sinopsisnya. 

Maulana IqbalDunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.
adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya.  Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustazGothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.
“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal
 “Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana
“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal
 Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…
“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana
“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal
“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin

13/8/13

Ramadhan 2013

assalamualaikum, semua

hai semua !! apa khabar?! dah lama tak update blog. okay, tipu je. hahaha. sekarang dah masuk ramadhan yang ke 26 kalau tak silap sayalah. so macam mana ramdhan korang tahun nie?! pasti okay kan. banyak buat amal ibadah kan. hehe. saya rasa ramadhan tahun nie lah ramadhan yang paling malas lah. huhuhu. tak patut betul. 

okay, korang pasti sibuk dengan kuih raya, baju raya dan apa-apa saja lah untuk persiapan raya tahun nie kan. huhuhu. tak pun sibuk solat tarawih. tahniah lah. saya tengah cuti. so faham-faham aja lah ya ^0^ raya tahun nie tak seronok lah. (raya pun tak lagi dah kata tak seronok) sebab saya kena beraya dengan buku-buku. maklumlah bakal menduduki SPM tahun nie. cikgu bagi banyak 'kuih raya' untuk kita orang. haha. tak apalah. cikgu bagi untuk kebaikan kita orang jugak. terimalah ia dengan hati terbuka. ecehh.


di kesempatan ini saya nak mengucapkan

  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 MAAF ZAHIR DAN BATIN

minta maaf andai sepanjang saya bergelar blogger nie ada kata-kata saya yang menyakitkan hati korang atau apa-apa sahajalah yang buat korang terasa. minta maaf sangat-sangat. moga amal ibadat kita diterima allah dan semoga kita dapat berjumpa ramadhan akan datang. amiin... kalau dapat duit banyak, jangan lupa hulur-hulur lah sikit untuk saya. hahaha. (buat muka tak malu >_<)

okay, sampai setakat ini sahaja.moga kita berjumpa lagi. assalamualaikum.

3/8/13


ciptaan kawan baik saya, Alina

p/s : kalau tak keberatan, follow lah TWITTER saya :D

Follower ke 100


assalamualaikum, semua

dah lama tak update blog. kali nie saya nak review blogger yang bertuah nie. nie first time saya buat review. huhuhu >_< tahniah buat pemilik blog ini kerana menjadi follower ke 100 saya. haha. okay, rasa malu pula sebab dah lama jadi blogger tapi baru sekarang blog saya masih 100 followers. blogger lain tak macam saya. okay, bersyukur. jujur saya kata, saya dah lama guna blog nie tapi tak aktif punya pasal. haha. okay, apa-apa pun tahniah buat pemilik blog ini. tahniah sangat-sangat. muah muah muah *flying kiss*

jom terjah blog ini ramai-ramai 
.
.
.
.
.
v

dah terjah?! thanks banyak-banyak. blog nie comel lagi-lagi love-love kat tepi-tepi tu. huhuhu >_< okay, itu sahaja daripada saya. jumpa lagi. assalamualaikum :D 

SELAMAT BERBUKA PUASA :D

25/7/13

p/s : sedihnya tak dapat join iftar dengan kelas hari nie. huhuhu T.T

Segmen : Blog Paly ajak tengok blog aku!

assalamualaikum, semua

saya kembali dengan join satu segmen. huhu. dah lama tak join segmen nie dan dah lama tak update blog. banyak cerita saya nak share dengan korang tapi masa tak mengizinkan dan saya kemalasan mungkin masa tu. huhuhu. 

mari join segmen nie. simple je dan syaratnya sangat mudah. 
tarikh tutup : 16 Julai 2013

14/7/13
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia ini. Harap segala amal ibadah kita diberkati oleh Allah dan dapat dilakukan berterusan. amiin :D

Demam SPM

assalamualaikum, semua

okay sekarang kita berada di penghujung bulan 6 dan dah nak masuk bulan 7. tinggal lebih kurang 5 bulan untuk semua spm candidates untuk study hard terutamanya sayalah kan. hehe. trial spm bulan 8 kot. insyallah. seramnya >_< baru sekarang rasa bahang spm tu. sebelum nie rasa jugak tapi sikitlah. huhuhu. kadang-kadang rasa nak putus asa je sebab banyak silibus yang saya belum dapat pick up lagi. rasanya 50% je lah atau bawah lagi. kadang-kadang menyesal lah jugak sebab tak study betul-betul waktu form 4 dulu tapi kan bak kata pepatah "nasi sudah menjadi bubur" kan. tak boleh nak patah balik. so, selagi belum spm sebenar tiba, saya kenalah usaha lagi tapi usaha kali nie kena banyak sikitlah. bukan banyak sikit tapi banyak sangat. *kata-kata semangat untuk diri ini* hehe. tak faham tak apa. doakan untuk saya ya. hehe. saya pon doakan untuk korang jugak. kita doa sama-sama. huhuhu :)


lepas habis spm, masuk universiti pulak. kadang-kadang tu risau jugak saya sebab saya tak tahu nak ambil bidang apa nanti. hmmm, rasa macam diri nie tak ada hala tuju pulak. ish ish, mintak jauhlah. insyallah suatu hari nie allah akan bagi pertunjuk jugak pada saya. amiin ... okay, dah tak tahu nak kata apa dah. actually, saya tak tahu nak tulis apa untuk entri kali nie. saya tengok dah 'berhabuk' dah blog saya nie. tu yang saya nak 'bersihkan'. hekhekhek. mengarutlah pulak.

minggu depan, ada ujian KKQ (Kelas Kemahiran Al-Quran). takutnya. belum study apa-apa lagi. jangan lah saya buat perangai lagi waktu form 3 dulu. tak bersungguh-sungguh betul. kalau boleh nak dapat mumtaz lah untuk spm nie. mudah-mudahan. wish me luck, okay?! huhuhu.

hmm, okaylah. setakat ini sahaja entri saya kali ini. maaf kalau kata-kata saya nie ada menyakitkan hati korang kan. sorry ya. moga kita jumpa lagi dan semoga allah mempermudahkan segala urusan kita serta memberkati hidup kita. amiin... assalamualaikum. 

28/6/13

Penggal Ke-2

assalamualaikum,

okay, cuti pertengahan tahun dah tamat. hari ini bermula persekolah untuk penggal kedua. so, macam mana perasaan korang?! best kan?! hahaha. saya?! best sangat-sangat. hohoho. tipu je. best ape ke bendanya? nightmare wehh. hari ini dah berapa kertas periksa saya dapat. teruk ke tak, saya tak tahu lah nak kata macam mana kan. yang pasti menurunlah markah saya berbanding dengan penggal pertama tu.yang pasti subjek yang gagal dah ada dah satu. memang tak sangkalah kan. tapi saya akuilah sebab subjek tu saya tak banyak membacalah dan menghafal. buat ikut logik dan apa yang saya ingat dan sempat study je lah. disebalik kesedihan dan saya hampir-hampir nak putus asa je, allah menggantikan sesuatu yang dapat mengubat hati saya (cehh, ayat tak boleh blah kot -.-) happy lah bila dapatkan. memanglah tak tinggal mana tapi okaylah. daripada gagal naik ke lulus. subjek apa?! bahasa arab lah. tapi memang jujur saya kata exam kali nie saya agak struggle lah dengan bahasa arab nie. weh, bukan senang. kalau dapat lulus cukup-cukup makan tu, dah bersyukur gila dah. huhuhu.

penggal kedua nie, azam saya (baru nak buat azam) nak lebih berusaha lagi. kena pick up semua subjek, insyallah. amiin. kena rajin. dah tak boleh dah nak enjoy lebih-lebih. sikit-sikit je. simpan dulu novel, komik, majalah dan semua yang seangkatan dengannya. hehehe. insyallah, sekarang baru nak sedar. tapi belum terlambat lagi nak berusahakan. selagi belum masuk ke dalam dewan peperiksaan, selagi tu kita kena berusaha. okay, kata-kata semangat untuk diri. hehehe.

oh ya, entri saya yang sebeblum nie, saya cerita pasal folio add math saya. alhamdulillah dah siap. tinggal satu bahagian je lah tak siap. tak tahu nak buat macam mana. copy je lah orang punya. thanks buat hamba allah nie. saya lupa namanya tapi dia budak sekolah KISAS. thanks sangat-sangat sudi share folio anda untuk kita  orang. moga allah membalas budi baik anda. okay, pasal folio dah selesai. sekarang nie memang cikgu akan sibuk nak buat ULBS. hope dapat buat yang terbaik. hmmm, surah as-sajadah tak hafal lagi. memang padan muka untuk diri sendirilah sebab tak nak hafal awal-awal dulu. tangguh-tangguh lagi. anda buat, anda dapat.(macam pernah dengar je statement nie -.-")

ayah saya akan pulang dari mekah insyallah hari esok. doakan ayah saya tau moga selamat tiba. rindu kat ayah. lebih kurang 2 minggu menjalani kehidupan tanpa ayah. hehehe. tapi mungkin aku tak dapatlah nak ikut ibu pergi airport jemput ayah kan. ye lah sekolah kot esok. tak apalah balik sekolah boleh jumpa. apalah buah tangan yang ayah bawa?! hehehe. ke situ pulak.

okaylah sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. mohon maaf jikalau ada kata-kata saya nie mengguris hati korang semua. hehehe. entri kali nie saya taip dengan penuh semangat. huhuhu. anis dah merepek yang bukan-bukan dah. sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah buat Kak Irine Nadia. Kak Irine selamat melahirkan puteri pertama pada 6/6/13. ehh, sama birthday dengan Adha. untunglah kan. hehehe. okaylah, bye-bye. semoga kita berjumpa lagi. assalamualaikum.

10/6/13

Resah

assalamualaikum, kawan-kawan

pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat Bercuti pada korang. huhuhu. sorry lah wish lambat. dah nak habis cuti dah baru nak wish kan. hehehe. hari nie baru saya rasa nak update blog saya yang dah berhabuk dah nie. fuhhh *tiup dan bersihkan* so, apa cerita?! korang mesti tengah seronok-seronok cuti nie kan?! hehehe. cuti nie saya tak ke mana pun. just balik kampung je. 3 hari je. balik kampung pun sebab ayah. oh ya, ayah saya selamat bertolak ke mekah pada 30 hari mei tu, hari khamis. sorry lambat inform kat korang. doakan untuk ayah saya semoga selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur ya. amiin. ayah saya seorang saje ke sana. ibu saya tak pergi. thanks buat ucu saya sebab sudi sponsor untuk ayah saya. terharu kot. moga allah membalas budi baik ucu. 

okay, seperti yang korang baca pada tajuk saya untuk entri nie. saya tengah frust nie tapi taklah frust sangat. maybe ramai kot dah tahu. semua budak form 5 yang ambil subjek add math sibuk menyiapkan folio add math. saya pun tak terkecuali. saya tak start apa-apa lagi. saya tengah fikir macam mana nak buat untuk part 2 tu. oh ya, tajuk yang saya kena buat tu "logarithms". frust saya tak tahu nak buat macam mana dengan experiment tu. kena cari diameter tapi gunakan formula. korang ada idea tak?! takkan saya nak pergi carik bola tu dan ukur bola tu? saya tak ada vernier caliper. aduhhh.... pening saya fikirkan. moga allah beri petunjuk pada saya nak buat macam mana. tanya kawan-kawan yang lain, majoriti tak tahu. buat masa nie saya just buat yang saya tahu. macam history logarithms tu. dahlah kena hantar naik sekolah. hmm, tapi memang salah sendiri sebab tak usaha. nak tak nak saya kena buat jugak.

hmm, saya dah hilang idea. sorry lah kalau entri saya nie dah spoil kan mood korang. huhu. wish me, okay. risau saya dibuatnya. selamat bercuti buat korang semua. jumpa lgi. bye-bye

5/6/13

Segmen Blogwalking Kita-kita

  

assalamualaikum, semua

mehh join segmen nie. tarikh tutup 15 Mei 2013. 
nak join, klik kat gambar tu ye :))

11/5/13

Kerinduan

assalamualaikum, semua

apa khabar semua ?! hehehe. kata exam kan tapi sempat pulak dia online lagi. hahaha. bosanlah tak tahu nak buat ape. *ceh padahal banyak benda boleh buat*. esok exam BI kertas 1 dan 2. macam boleh jawab je. insyallah jawab tu boleh tapi hope esok allah bantu saya dalam memberi idea untuk buat esok. karangan kau. sekali tak boleh jawab, naya kot. nauzubillah, mintak jauhlah.

okay, macam biasa. saya selalu lari dari tajuk entri saya. hahaha -.-' sorry ye. okay, saya tengah merindu nie. rindu kat siapa ?! pakwe saya ?! crush ?! bias ?! atau ... *krikkrik* hahaha. nie lah padahnya bila dah start menaip nie. merepek yang bukan-bukan pulak kan. sorry again. okay, biar saya berterus-teranglah. berdebar tak ?! hehehe. sebenarnya saya tengah rindu pada KUCING saya. ulang suara. KUCING SAYA. hahaha. cuak tak ?! okay tak cuak pon. pertama sekali, saya nak minta maaflah sebab tak inform kan awal-awal tentang kucing saya nie. ibu saya dah hantar kucing saya dekat Pusat Jagaan Kucing. dah lama dah ibu saya hantar tapi saya tak inform kan kat korang sebab malas plus sedih lah ingatkan kucing saya tu. sebelum nie saya ada kata yang kucing saya ada 14 ekor kalau tak silap saya *nampak sangat dah lupa -.-'* ibu saya hantar 12 ekor kat pusat jagaan kucing tu. kenapa ibu buat macam tu ?! banyak sebabnya. yang pasti rumah saya tak sesuai untuk pembesaran anak-anak kucing nie. bayangkan saya ada 10 ekor anak-anak kucing. 2 ekor mak kucing and 2 ekor anak dara tua :D

ibu tak mahu hantar kat orang sebab cukuplah kucing saya yang sebelum nie bagi kat orang hilang macam tu je. sedih tau. ibu ambil keputusan hantar kat pusat jagaan kucing tu lah. hantar kat situ berbayar lah. bukan ibu jual. duit tu untuk keperluan kucing tu jugak sementara belum ada orang nak ambil kucing tu kan. jangan salah faham plak ye. ibu hantar kucing-kucing saya bulan 3 lepas lah. dah dekat sebulan lebih baru nak bagi tahu. hehehe. sorry again.

yang paling menyedihkan, kucing kesayangan saya dihantar sekali. sedih kot tapi terpaksalah saya lepaskan juga. kucing saya tu namanya MEOW. kucing paling lama tinggal dengan kita orang. saya ambil dia tapi saya form 3. memang sayang gila lah kat dia.


psstt nie gambar lama. rasanya saya snap nie time saya form 3. hahaha. malas nak upload gambar. internet lembap. okay, sambung balik cerita. saya yang ambil meow nie. saya jumpa kat berek rumah saya. waktu tu saya ingatkan anak kucing sebab badan dia time tu kecik giler and memang nampak macam anak kucing lah. pandai kau tipu aku, meow!! hahaha. dia cedera time saya ambil dia bawa balik rumah. kulit dia terkoyak dari bawah perut dia sampai ke kaki. memang ibu ayah saya bawa pergi klinik. ubat dia apa semua tu. lebih kurang sebulan ke 2 bulan, luka dia dah sembuh dah.

sepanjang dia tinggal dengan family saya, dia beranak 3 kali. yang first tu, 6 ekor. second punya, 5 ekor and yang last nie 6 ekor. banyakkan ?! tapi semua tu dah bagi orang and hantar kat pusat jagaan kucing. apa yang istimewanya meow nie ?! entah lah. huhuhu. meow nie seeokr kucing yang paling bising. dalam banyak-banyak kucing yang saya pernah bela, dialah yang paling and tak manja. tak adalah tak manja langsung. dulu, kalau ibu nak kejut saya bangun, ibu akan masukkan meow dalam bilik saya. nanti meow akan mengiau kat depan saya. kalau saya tak bangun, dia akan naik katil dan mengiau depan muka saya. so nak tak nak terpaksalah bangun jugak. hahaha. kadang-kadang ibu dengki dengan saya. kalau meow nak mintak makanan, ibu akan masukkan meow dalam bilik sayalah. sabar je lah. sebab itulah saya selalu tutup pintu bilik tak bagi dia masuk. tapi kadang-kadang tu dia akan mengiau jugak depan pintu bilik saya sambil mencakar-cakar pintu tu. sabar je lah tapi saya buat tak tahu je, hehehe

meow nie seekor kucing yang setia. dia pernah tak balik rumah dalam 2 hari. saya ingankan dia sesat ke apa kan. tetiba dengar  bunyi kucing mengiau kat depan pintu. aikk, tahu pulak dia balik. kadang-kadang kalau dia keluar dia akan pergi blok sebelah (saya duduk rumah flat), kalau saya nampak dia, saya akan panggil dia. dia tengah and nanti dia baliklah rumah. dia boleh cam suara satu family saya. kalau ibu panggil dia makan even waktu tu dia tengah tidur dia akan bangun and menyahutlah. comeeeeel gilaaaa !!! huhhuhu. rindu kot nak dengar suara dia. kucing yang saya ada pon bising jugak tapi dia just bersuara kalau nak makan and kalau ada orang kacau dia. itu je lah.

gambar terakhir meow

okaylah sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. thanks kerana sudi baca entri saya yang tak seberapa ini. kalau nak tahu lagi banyak cerita pasal kucing, bolehlah skodeng-skodeng kat entri saya sebelum nie. kalau rajinlah. hahaha. okay, assalamualaikum.

2/5/13


Gwiyomi Fever

assalamualaikum, semua

apa khabar semua ?! sihat tak ?? hope korang semua sihat ye. hehehehe. dah lama tak update lah. ye ke ?! hahaha. tak ingatlah. maklumlah bergelar SPM CANDIDATE. tapi nie belum nak busy sangat. baru busy sikit tapi dah macam apa dah. 

okay, nampak gambar kat atas nie. saya bukan nak kata siapa orang tu tapi korang pasti tahu apa yang dia buatkan. huhuhu. sekarang trend gwiyomi plak. dulu gangnam. pada asalnya saya tak tahu gwiyomi nie sampailah satu hari tu kawan-kawan saya kata pasal nie. pada asalnya saya ingatkan lagu dia yang buat dia jadi famous. rupa-rupanya gaya dialah. hmm, tak hairan lah ramai yang suka lagu nie sampai budak laki pon nak buat jugak. comel gaya dia. senang je nak tiru and memang tak hairan ramai nak buat. lagu dia comel and sesuai dengan gaya dia.

baru tadi, saya pergi tengok kat you-tube. ceh, dah lama dah famous baru hari nie nak tengok. hahaha. belum jumpa masa yang sesuai nak tengok. kebetulan hari nie ada masa lapang, saya tengoklah. susah jugak nak cari video yang original punya. banyak version saya jumpa. kelakarlah jugak tengok dia orang buat. comel pon ya jugak. huhuhu. saya nak try?! malulah plak. kalau buat sorang-sorang kat bilik boleh kot. hehehe.

hmm, itu je sebenarnya saya nak cakap. hahaha. hmm, selasa depan saya dah start periksa pertengahan tahun. seram kot. hahaha. ye-ye seram tapi belajarnya belum buat lagi. hai, anis nie. baru semalam buat aku janji kat depan ibu ayah. dah lupa dah ?! tak patut betul. okay, jangan contohi saya okay. *tak ada sape-sape nak contohi kau lah, anis* hehehe. mengarut sorang-sorang kat sini. okaylah, itu je. jumpa lagi ye. assalamualaikum.

27/4/13

Segmen: Iyraa Cariyno Mencari Follower

assalamualaikum, semua

saya kembali untuk join satu segmen nie. jom join sekali !! syaratnya mudah saje. hehehe

15/4/13

New Header

assalamualaikum, semua

hehehe. entri kali nie saje je nak share pasal header baru saya. nak berlagak lah tu. huhuhu. memang pon. opsss, gurau je. header saya nie saya buat design sendiri. nak tempah kat blogger, duit terhad lah plak. tak apalah. try lah edit sendiri. hasil edit dari Photoscape dan Photofilter. pasti korang pelik asal lah saya tak guna Photoshop ?! hahaha. saya tak reti lah. dulu pernahlah jugak try tapi tak menjadilah. dah belajar dah dari pakar-pakar photoshop nie *ecehh* tapi tak menjadilah plak. hahaha. tak apalah. kalau saya rajin, saya belajar lah guna Photoshop tapi itu pon tunggu lepas saya habis SPM lah kot. hehehe. cepat benor putus asa.

hmm, tak lama lagi pilihan raya. hope buat korang yang dah layak mendaftar tu, pergilah mendaftar ya. saya nie belum layak lagi. so just berdoa je lah moga bakal pemimpin kita nanti dar kalangan orang yang beriman and baik-baik. korang tak tahu nak undi mana ?! hmmm, serius jugak. saya pon tak tahu larh. hahaha. buat solat istikharah lah. huhuhu. okay dah mula merapu dah. bulan depan saya ada exam pertengahan tahun. doakan untuk saya ye. risau kot.

okay lah *cepat betul reaksi berubah* sampai setakat ini saje. dah tak ada idea nak taip apa dah. tambah lagi, perut nie tengah menyanyi-nyanyi nie. nasi lemak kat tepi je nie. tinggal nak makan je. hehehe. bye-bye and assalamualaikum.

13/4/13

p/s : gambar perempuan tu saya ambil dari kawan saya punya facebook. saya tengok ramai orang jadikan gambar nie sebagai photo picture. so, saya ambil lah untuk letak kat blog saya. saya tak tahu siapa yang design gambar nie. buat pelukis gambar nie, tahniah okay. cantik sangat lukisan nie :)) teringin nak belajar -.-

Saya mau review blog korang



assalamualaikum, semua

berminat nak join tak ?!
klik kat SINI
tarikh tutup pada 15 APRIL 2013

13/4/13


Dari Sahabat


Di dalam kerinduan yang mendalam
Ku mencari-cari kau disisi
Namun kau tiada disisi 

Ku ingin bertemu denganmu bagi melepaskan rindu
Namun banyak yang menghalang
Aku terus terseksa dengan jiwa yang terus-menerus merindu

Bilakah harus aku bertemu denganmu bagi melepaskan rindu yang mendalam ini ?
Ku menanti jawapan daripadamu teman
Penat aku menunggu
Penat aku menangis
Penat aku mengingati kenangan kita

Namun Allah telah menentukan takdir kita
Kita berpisah kerana Allah
Kita bersahabat kerana Allah
Namun kita tidak dapat menghalang kerinduan ini


puisi ini kawan saya bagi, Alina. thanks sangat-sangat kat dia. suka cipta puisi and saya rasa dia memang berbakat. korang rasa ?! To Alina : thanks dowh. kau cipta sendiri ke ?! kau buat aku terharulah bila baca. thanks sangat-sangat.

27/3/13


Cuti Penggal 1

assalamualaikum, semua

lama benar saya tak update blog ye. nak dekat hujung bulan baru nak update blog. hehehe. actually, saya bukak blog saya nie. just nak baca entri-entri blog yang saya follow and tengok orang komen saya. itu aje. nak post entri, belum jumpa masa yang sesuailah. so, alhamdulillah hari nie dapat jugak saya update blog. jealous lah jugak tengok blogger-blogger yang lain dok post-post entri. saya nie, haiiii susah betul nak post entri. tapi tak apalah. budak nak ambil SPM kan tahun nie. so, busy lah sikit. hahaha. bajet je lebih lah aku nie. 

so, semua dah start cuti dari semalam. but untuk saya baru hari nie. why ?! sebab semalam and hari nie saya kena pergi sekolah. ada GROOM A. apakah itu ?! entah lah. hahaha. benda nie mecam kelas tambahan lah. buat review untuk subjek yang dah ditetapkan. semalam, belajar add maths. dari pukul 8.30 sampai 4.30 petang. lama kan ? awal-awal tu macam merungut lah jugak tapi bila dah belajar tu. best plak. penceramah yang dijemput tu best kot. kelakar and cara dia ajar sempoi je. dia bagi formula add math tak ikut sangat ape yang dah kita belajar. maksudnya dia cipta formula sendiri dengan bercerita and formula tu kena dengan formula yang ada kat buku teks and buku rujukan. serius best kot. saya tak pernah belajar add maths se-happy nie. boleh jenguk kat blog Sir Suhaimi.

tadi untuk kelas saya belajar matematik dan sejarah. buat revision lah. hmmm, cuti nie family saya tak ada plan nak pergi mana-mana. tambahan lagi, homewrok cikgu bagi boleh tahan banyak ditambah dengan kertas-kertas untuk latihan masa cuti. memang cuti nie tak boleh nak enjoy lah sangat lah macam budak lain. huhuh. sedih betul. korang yang lain mesti dah dapat kertas exam kan even tak semua pon. hehehe. amacam, okay tak ?! saya rasa mesti okay kan. hmm, saya baru dapat 6 subjek. alhamdulillah, saya dapat 4A 2C. hahaha. jangan gelakkan saya ye. C saya tu add maths dengan fizik. first time lulus (nampak sangat sebelum nie tak lulus). hehehe. alhamdulillah, hope itu exam akan datang, saya akan tingkatkan lagi usaha saya nie ye. doakan saya ye. and begitu jugak buat korang semua.

akhir sekali, tahniah buat semua SPM candidates tahun 2012. tahniah ye. sorry lah lambat wish kat korang. buat yang tak dapat apa yang diharapkan, jangan kecewa. apa pon result korang yang dapat, jangan kecewa ye :)) hehehe. pandai bagi kata-kata semangat. padahal dalam hati nie dah berdebar giler kot. cikgu sekolah target yang tinggi untuk kitorang nie. huhuhu. hope kita orang mampu buat apa yang diharapkan and kalau lebih pon, apa salahnya kan. biar semua orang terkejut. ada orang kata, "batch 1996 nie budaknya nakal-nakal tapi bila result keluar, memang GEMPAK kot. tak sangka betul." betul ke statement ini ?! betul kot. korang rasa ?!

24/3/13

Kucing II

assalamualaikum, semua

apa khabar semua ?? dah lama saya tak update blog (tipu jerr >_<). busy betul bila dah jadi budak form 5 nie. letih kot. cuti sabtu ahad nie rasa macam nikmat gila bila dah form 5 nie. sebelum nie rasa macam biasa je. hehehe. maybe korang yang bekas-bekas spm candidates pon rasa macam tu kot dulu. okay, kini giliran saya untuk merasainya. huhuhu.

okay, saya nak cerita pasal kucing saya pulak untuk entri saya kali nie. sebelum nie saya ada cerita pasal kucing saya kat entri saya sebelum ini. hah, yang ini part 2 lah. hahaha. actually, majoriti entri yang saya post banyak pasal kucing saya. maklumlah orang yang sukakan kucing. sampaikan kamera family saya pon penuh dengan gambar kucing. hehehe. okay, tanpa membuang masa saya akan upload-kan gambar-gambar kucing saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

mak kucing sedang menjaga anaknya













kucing saya sedang menyusukan anak dia



perasan tak ada seeokor kucing besar tu ?? kucing saya yang paling nakal. dia nie dah macam pembantu kepada mak kucing nie. kadang-kadang tu dia pulak sibuk jaga or jilat-jilat bersihkan anak kucing nie. kalah mak kucing. hahaha. ibu saya kata kucing saya yang seekor nie penyayang. macam anak kucing saya sebelum nie pon dia buat macam tu jugak. dialah guru, pembantu kepada anak-anak kucing saya.



nie lah kucing nya. opss, tak comel plak. hehehe. ambil gambar time dia tengah tidur. hehehe. kata ibu, kucing saya nie perangai dia sama macam kucing saya, Sepet yang dah mati dulu. tapi yang nie nakal sangat. suka buka almari kabinet lah. panjat sana lah. jatuhkan pasu bunga plastik lah. pening betul.



nie yang mana ? hahaha. extra nie. hehehe. sedap je dia baring atas bantal saya. dah macam orang dah. hehehe
 
hah, itu je lah gambar yang dapat saya upload-kan. tak banyak. sorry lah. so sekarang kucing kat rumah saya 14 ekor. 10 ekor anak kucing. aik, hari itu kata anak kucing 6 ekor, macam mana boleh 10 ekor plak ?? hahaha. kucing saya lagi seekor tu dah beranak, 4 ekor tapi gambarnya saya tak dapat nak tunjukkan sebab susah nak ambil gambar anak dia. kucing saya nie letakkan anak dia bawah katil. susah nak ambil. minta maaflah ye. insyallah kalau saya dapat ambil, saya akan tunjukkan pada korang semua.
 
okaylah setakat ini sahaja entri saya untuk kali ini. thanks kerana sudi membaca. jumpa lagi and assalamualaikum. oh sebelum itu, terima kasih buat korang yang follow saya. terima kasih sangat-sangat. kalau saya lambat follow tu, minta maaflah ye. kalau saya tak follow tu, sorry lah ye. kalau nak saya follow korang balik, korang kena tinggalkan pesanan kat cbox saya tau. kalau tak, saya tak akan follow. sorry lah ye. hahaha. mintak maaf kalau saya ada buat salah. sayonara.  
 
24/2/13


p/s : pasti korang pening bila baca entri saya nie kan. dahlah kucing banyak tapi tak berikan nama. hahaha. sorry. kucing saya ada nama tapi saya malu nak taip. nama pelik!! sorry sekali lagi.