24 December 2012

Tahun 2013

assalamualaikum, kawan-kawan

apa khabar ? harap semua sihat-sihat. so, macam mana ? dah ready nak sekolah ? saya yakin ramai dah ready nak sekolah. kan kan ?! hehehe. saya pula memang semangat betul. barang-barang sekolah dah beli. baju, tudung, beg, kasut sekolah dan lain-lain. semua dah beli. buku-buku pon dah beli. first day sekolah, semua bau kedai. hahaha. tapi pakaian saya tak bau kedai sebab dah basuh. hehehe. hmmm, tahun depan adalah tahun 2013 *memang pon!*. tahun yang amat saya takuti. sebab apa ?! saya form 5 tahun depan. memang seronok sebab jadi senior tapi yang tak seronok sebab SPM. tak seronok, tak seronok, tak seronok *ceh, tiru gaya ipin plak*

tahun depan .... hmmm, menakutkan betul. memang time cuti nie dah rancang dah lepas SPM nak buat apa. hahaha. SPM pon belum lepas lagi, dah berangan dah. aduh, sedarlah diri, Anis oiii. tahun depan, saya kena tuisyen. huhuhu. tak suka. pelikkan ? serius, saya memang tak suka tuisyen. tahun lepas pon saya ambil tuisyen arab je. tahun nie, saya tak ambil tuisyen. konon nak belajar sendiri lah. bajet pandai katakan. kan amik kau, gagal setiap exam. apa lagi kalau bukan add math plus fizik plus kimia. subjek yang paling saya tak suka. *actually kimia lah yang paling tak suka sebab banyak experiment nak kena hafal*. sedih betul tapi nak tak nak kenalah tusiyen saya tahun depan. huhuhu. 

okay, seterusnya *aik, cepat betul berubah emosi*. tahniah buat semua budak PMR and UPSR. belum terlambat lagi kan nak wish. hahaha. lambat update punya pasal, lambatlah wish. saya dengar sekolah saya 65 orang dapat straight A's. wah hebat. tahaniah ya :)) SMK 18 sentiasa HEBAT. hahaha. so, saya pernah bagi tau sebelum nie saya ada adik yang ambil UPSR dan PMR. nak tahu result dia orang ?? tak payah lah tahu. hehehe. malu plak nak cakap. haha. okay, yang UPSR tu dapat 4A 1B. yang PMR tu dapat 4A 3B 2C. hmm, jangan gelak ye. tak baik tau. PMR dan UPSR bukan penentu masa depan kita ye adik-adikku sayang. hehehe. so jangan give up ye. teruskan usaha. fighting!!!


tahun 2012 dah nak berakhir. azam saya untuk tahun depan adalah ... *jeng jeng jeng* ... saya tak tahu lagi lah. hehehe. tak adalah. main-main je. mestilah ada azam kan? saya nak belajar betul-betul *baru nak serius*. tak nak malas. kena lawan nafsu malas, nafsu tidur, nafsu makan, nafsu berangan dan nafsu online. hehehe. berubah ya Anis !!! SPM 2013 11A insyallah.

oh ya sebelum tu saya nak ucapkan tahniah buat KAk Irine. saya rasa korang semua mesti kenal Irine Nadia Marcello. baru-baru nie, saya terdetik nak pergi jenguk blog kak Irine. ye lah dah lama tak skodeng blog nie. so, hari tu saya pon skodeng lah. baru saya tahu kak irine dah kahwin. dah beberapa bulan yang lepas and now kak irne dah berbadan dua. wah, hebat lah. tahniah, Kak Irine. hehehe nampak sangat dah lama tak skodeng blog kak irine. bila saya dapat tahu kak irine dah kahwin, wow keinginan saya nak berkahwin muda semakin menebal. hahaha. sempat lagi berangan. SPM pon tak lepas lagi. memasak pon failed. ini ada hati nak kahwin awal ?! hehehe tapi tak salah kan kalau berangan nak kahwin awa ?! kak irine pon kahwin umur 20 tahun. hehehe. okay, ketepikan dulu perkara. fokus Aniss fokus. tahun kau nak SPM. kena buat betul-betul. jangan kecewakan ibu bapa kau. buat mereka bangga. *kata-kata semangat untuk diri*

saya nak kongsikan satu doa pada korang. saya rasa korang pasti akan gelakkan saya tapi tak apalah. saya nak share je dengan korang. doa nie lebih kepada jodoh lah. mak saya yang minta saya amalkan doa nie. doa nie juga diamalkan oleh Prof. Dr. Muhaya. 

Ya Allah, percepatkanlah jodohku dan mudah-mudahan jodohku dari kalangan orang yang beriman
lebih kurang macam tu lah doanya. so, korang nak amalkan, amalkan lah. saya hanya nak kongsikan perkara yang baik. hehehe. nampak sangat nak kahwin cepat. hahaha. jadi sampai setakat inilah entri saya untuk kali ini. maaflah sebab entri kali nie panjang sedikit. maklumlah dah lama tak update blog. sekali update, amek kau panjang terus. hahaha. thanks sebab baca. jaga diri baik-baik. assalamualaikum.

Pray for Gaza

24/12/12