06 May 2012

Mid-year exam

assalamualaikum, all mid-year exam candidates

okay, saya tahu semua dok sibuk study, dok depan buku gara-gara exam pertengahan tahun nie. saya rasa most of korang start exam minggu nie. sama lah macam saya nie. exam saya start 8 Mei nie. aduh, sedih gila lah. nak tahu kenapa ? exam selama 3 minggu !! bapak lama. eh, bukan bukan. tak main lah bapak-bapak nie. gila lama lah. aduh, saya nak masuk form 3 balik lah. nak ambil PMR balik. ada siapa-siapa yang nak tukar form dengan saya ? confirm tak ada.

okay, saya sebenarnya tak tahu nak kata apa nie. saya merajinkan diri nak update blog hari nie sebab dah lama tak update blog. dah 3 minggu dah kalau tak silap saya. kalau ikutkan hati nak update time cuti 2 minggu nanti. tapi nafsu nie hah. saya tak dapat nak lawan lah -alasan je lebih- okay,  saya tak mahu membebel yang bukan-bukan. jujur saya kata, sunyi hidup saya tau tanpa Farah. Farah, aku rindu kat kau sangat-sangat nie !!! serius nie, gila sunyi lah. saya kena belajar lebih kuat tau. lagi-lagi subjek Chemistry. saya dah lah tak berapa suka dengan subjek nie. kalau Farah, dia suka lah. 

ish-ish, nak tak nak kena jugak fahamkan betul-betul. kalau tak, tak boleh jawab lah saya nanti. gagal nanti, sudahhhh ... saya tak mahu gagal kali nie. ada C pon ada apa lah. jangan gagal sudah. hmmm, nak kata apa lagi ek ?? okay lah itu je lah yang saya nak katakan. hehehe. sekadar nak luah kan perasaan je. nak cerita pasal k-pop, takut ramai yang tak suka. nanti semua dah tak mahu kawan dengan saya pulak. naya saya nanti. so, bye-bye and good luck for your exam.

6 May 2012

No comments: