Last Day

assalamualaikum, semua

see my new skin ?? i mean pada blog saya. okay, saya tak mahu membangga kat sini pasal blog saya sebab bukan saya yang design. saya ambil je codes orang tu and edit apa yang patut. so, we should puji pada orang yang design skin tu. hehehe. ceh, berceramah plak. mentang-mentang baru je balik dari mendengar ceramah kat surau. hehehe. kidding, okay :D saya tetiba je ada mood nak update blog. but saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri saya kali nie. so, saya hentam je lah letak "Last Day". nie bukan lagu or cerita or apa-apa lah. "Last Day" nie maksudnya hari nie last cuti untuk bulan 3 nie. esok, dah kena sekolah. oh, tak sukanya saya. well, homework tak siap lagi. and rasa malas sangat nak buat. tapi cikgu nak lepas cuti nie. so, nak tak nak kena siapkan.

oh ya, saya asyik lupa je nak upload gambar kucing saya. memang nak upload tapi kameranya ada pada ayah saya sekarang nie. gambar tu ada dalam tu. so, lain kali je lah. anak-anak kucing tu dah buka mata dah and sekarang nie nak keluar plak dari kotak. tapi tak mampu lagi lah. just panjat-panjat cam tu je lah. mak kucing tu sentiasa mengawasi anak dia. memang lah. tugas sebagai mak kucing. sekarang nie, dia and anak-anak dia tinggal kat bawah katil saya. mula-mula tu, kat bilik adik saya tapi dia angkut anak dia gi kat bawah katil saya. mentang-menatang ada kotak kosong kat situ, dia letaknya kat situ. ah, memang nayalah malam-malam dia mintak nak keluar sebab saya tidur tutup pintu. huhuhu >_< sedihnya. 

tak apa lah. dia sayang saya. sebab itu dia letak anak dia kat bawah katil saya. ceh, perasan plak. huhuhu :)) okay, sampai setakat ini je lah entri saya kali nie. saya nak siapkan homework saya nie. nanti naya kena marah dengan cikgu gara-gara tak siap. okay, babai :D

saya nak pergi baca blog kawan saya nie. dia rajin plak buat cerita kat situ. bakal penulis lah nampaknya.

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018