Last Day

assalamualaikum, semua

see my new skin ?? i mean pada blog saya. okay, saya tak mahu membangga kat sini pasal blog saya sebab bukan saya yang design. saya ambil je codes orang tu and edit apa yang patut. so, we should puji pada orang yang design skin tu. hehehe. ceh, berceramah plak. mentang-mentang baru je balik dari mendengar ceramah kat surau. hehehe. kidding, okay :D saya tetiba je ada mood nak update blog. but saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri saya kali nie. so, saya hentam je lah letak "Last Day". nie bukan lagu or cerita or apa-apa lah. "Last Day" nie maksudnya hari nie last cuti untuk bulan 3 nie. esok, dah kena sekolah. oh, tak sukanya saya. well, homework tak siap lagi. and rasa malas sangat nak buat. tapi cikgu nak lepas cuti nie. so, nak tak nak kena siapkan.

oh ya, saya asyik lupa je nak upload gambar kucing saya. memang nak upload tapi kameranya ada pada ayah saya sekarang nie. gambar tu ada dalam tu. so, lain kali je lah. anak-anak kucing tu dah buka mata dah and sekarang nie nak keluar plak dari kotak. tapi tak mampu lagi lah. just panjat-panjat cam tu je lah. mak kucing tu sentiasa mengawasi anak dia. memang lah. tugas sebagai mak kucing. sekarang nie, dia and anak-anak dia tinggal kat bawah katil saya. mula-mula tu, kat bilik adik saya tapi dia angkut anak dia gi kat bawah katil saya. mentang-menatang ada kotak kosong kat situ, dia letaknya kat situ. ah, memang nayalah malam-malam dia mintak nak keluar sebab saya tidur tutup pintu. huhuhu >_< sedihnya. 

tak apa lah. dia sayang saya. sebab itu dia letak anak dia kat bawah katil saya. ceh, perasan plak. huhuhu :)) okay, sampai setakat ini je lah entri saya kali nie. saya nak siapkan homework saya nie. nanti naya kena marah dengan cikgu gara-gara tak siap. okay, babai :D

saya nak pergi baca blog kawan saya nie. dia rajin plak buat cerita kat situ. bakal penulis lah nampaknya.

Freedom Ke ?

assalamualaikum, semua

dah lama tak dengar cerita daripada korang semua. saya kat sini sihat-sihat aje. saya tahu pasti semuanya happy lah sebab cuti seminggu. hehehe :3 O-N-L-I-N-E habis-habisan lah ! entah lah saya tak tahu lah apa yang saya rasa sekarang nie. entah lah, entah and entah and entah. macam tak ada perasaan lah plak :D mula-mula tu happy lah gak sebab cuti seminggu. boleh rehatkan otak tapi bila cikgu bagi homework yang banyak untuk cuti nie, sedihnya hidup ini. aduh, punyalah banyak kerja yang cikgu bagi. penuh satu muka surat kertas kecil saya. hehehe ... ada lah dalam 10 kot homework. tapi nak buat macam mana kan ? cikgu tak mahu kita buang masa time cuti nie. jadi diorang bagi kita homework. okay, nak tak nak kena redha je lah and try siapkan homework tu.

eh, tahu tak hari Khamis lepas ada pertandingan Pidato Antarabangsa ?? saya sure ramai yang tak tahu nie. alah, yang orang luar negara berpidato dengan menggunakan bahasa melayu tu. oh, best gila. saya dapat pergi tengok secara live. bukan kat depan tv tu. best best ...cikgu buat rombongan ke sana. and bila cikgu tanya siapa yang nak pergi, apa lagi saya angkatlah tangan. hehehe. semangat betul lah. seronok tengok orang luar negara cakap bahasa kita. kelakar pon ada. yang paling kelakar bila dengar pemidato dari Jepun tu. kelakar dia cakap. tapi COMEYY. suka tengok dia sebab gaya dia macam shin chan or upin & ipin pon ada. hehehe. tapi dia tak menanglah. yang menang, pemidato dari Afghanistan (no. 1), Rusia (no. 2) and lagi satu tu saya tak ingat lah nama negara dia. negara kita pon menag untuk bahagian nusantara. johan sehh ... tahniah buat kakak Fathiah (tak tahu lah betul ke tak ejaannya) sebab mengharumkan nama negara.


lagi ?! saya tak tahu nak share apa lagi kat korang. banyak sangat sampai tak tahu lah mana satu nak ceritakan. hehehe. dah habis exam, suka betul tapi sedih bila dapat paper. tak mahu lah bagi tahu paper apa yang saya dapat. tak semua yang dapat. baru dapat 4 paper. yang lain tu cikgu bagi lepas cuti. okay, cuti nie kena get ready lah perasaan tu bila dapat result nanti. hope tak teruk sangat lah. hope dengan result nie saya akan terus berusaha untuk exam saya yang akan datang. amiin ....

saya tak tahu nak kata apa lah. okay lah sampai di sin dahulu entri saya kali nie. oh ya, maaf lah sebab tak dapat nak upload-kan gambar anak kucing saya. sorry, insyallah saya akan upload-kan pada entri lain plak. okay lah, saya minta diri dulu. Have a nice day :D

Here

assalamualaikum, semua

maaf lah sebab dah lama tak update blog. ye ke ?? saya pon tak tahu lah sebab saya selalu update setiap hujung minggu. tapi kawan saya kata saya dah lama tak update blog. hmmm, entah lah saya pon tak tahu. actually, saya tak ada mood nak update blog. saya tak tahu kenapa tapi maybe pasal saya lama sangat kot ngadap komputer lama sangat. kadang-kadang tu sampai 2 jam lebih saya kat depan komputer. apa saya buat ?? selain online Facebook, Twitter (kadang-kadang je), saya dok sibuk edit blog. hehehe. salah saya juga tapi sekarang nie saya tak edit blog saya sebab saya tak tahu nak edit apa. maklumlah, dah guna Blogskins katakan. hohoho

oh, saya sekarang dalam "demam exam" or "exam fever" dalam bahasa mat salih. hehehe. memandangkan saya nie aliran sains agama. saya ada lagi 2 papers nak jawab. Arab and Kimia. OH MY GOD !! mudah-mudahan saya boleh buat nanti. tapi saya ada lagi satu lagi paper. apa dia ?? KKQ . apa benda tu ?? Kelas Kemahiran Al-Quran. hehehe. paper KKQ nie just untuk orang yg ambil kelas nie je. saya lah tu salah seorangnya. saya tak tahu nak baca apa lah untuk KKQ tu sebab saya baru je sekali hadir kelas untuk tahun nie. entah lah, pasrah je lah. 

saya ada satu lagi problem. saya ada oral untuk BI. saya rasa ramai tahu pasa oral nie. dah lah cikgu nak kelas saya present khamis minggu depan. ingatkan lepas cuti, ada lah masa sikit nak fikir tajuk apa. but cikgu nak start khamis depan. naya betul !!! saya tak tahu nak pilih tajuk apa nie. aduh .... risau betul lah. korang, doakan untuk saya ya. moga-moga Allah bagi saya idea nak ambil tajuk apa untuk oral nanti. amiiin ... by the way, kalau korang nak sumbang idea korang, bagi tahu saya ya. tinggalkan kat chatbox saya. 

aduh, sampai di sini je lah entri saya kali nie. kepala saya rasa pening sikit nie. okay, saya akan kembali semula minggu depan. bye, bye :)

kucing saya, Meow dah beranak. dia dapat 6 ekor. nanti saya akan upload-kan gambar untuk korang semua pada entri saya akan datang. bye-bye. :3